Saturday, 8 December 2012

Lelah Mencintaimu 9

Aku terus terbatuk-batuk bila mendengar kata-kata nenek tu.Imtiyaz dengan Myra pula


bantai gelakkan aku.Tak patut betullah dia orang ni.


            “Amboi anak teruna..Orang masjid dah sampai,awak boleh duduk lagi dekat sini?”


            “Oh,dah sampai..”


            Imtiyaz terus meminta diri untuk ke depan bila mengetahui oang masjid dah sampai.Leka


sangat gelakkan Amani punya pasallah ni.


            “Amani ni ada boyfriend ke?”


            “Dia ni memilih,nek.Tu yang sampai sekarang tak ada boyfriend tu.”
           

Aku mencubit peha Myra geram.Eii,suka-suka hati dia cakap bukan-bukan pasal aku.Ni


yang buat aku nak balik ni.Sabar jelah aku dengan dia.


            “Auch,sakitlah awak.”


            “Tahu sakit,mulut tu tak reti jaga eh?Sedap-sedap je kutuk saya.”


            “Alah,saya bergurau je.”


            “Nak nenek carikkan tak?”


            Aku dengan Myra saling berpandangan sebelum aku mengalihkan pandangan aku pada


nenek semula.Aduh,apa yang aku nak cakap ni?Nak kata aku ada boyfriend,tak baik menipu


orang tua.


            “Nenek nak carikkan?”


            “Kalau Amani nak,nenek boleh tolong.Amani nak lelaki yang macam mana?”


            “Tak apalah,nek.Saya tak nak fikir pasal tu dulu..Saya nak fokus pada study dulu.”


            “Kalau macam tu tak apalah.Tapi kalau nak minta nenek tolong,bagitahulah ye?”


            Lepas habis kenduri arwah barulah Amsyar datang menunjukkan mukanya di situ.Aku


terkejut juga bila melihat wanita lain pula berada di sisinya.Pakai pakaian yang mencolok mata


pula tu.
           

“Myra,saya nak naik solat dululah.”


            “Eh,tunggulah saya sekejap.Saya pun belum solat.Saya nak sudahkan yang ni je lagi.”


            “Meh,saya tolonglah sekali.”


            Lepas habis mencuci pinggan,Amani dengan Myra terus memanjat anak tangga ke


tingkat atas..Amsyar yang berselisih dengan mereka di tangga ramah menegur seolah-olah tak


ada apa-apa terjadi antara dia dengan Amani sebelum ni.


            “Nak ke mana?”


            “Solat Isyak.”


            “Oh..Kejap lagi kan nak celerate birthday nenek,jangan lambat turun tau.”


            Amsyar terus menuruni anak tangga dengan laju bila ‘sayang’ dia dah panggil dekat


bawah.Urghh,gedik betul.


            “Amani..Tengok tu..Menggedik semacam.”


            “Biar jelah dia.”


            Usai mandi dan solat,aku termenung di balkoni.Kenapa dengan aku ni?Tak kanlah aku


jealous dekat awek Amsyar?Hisyh,mustahillah.Aku bukannya sukakan dia pun.


            “Amani,awak dah siap ke?Jomlah kita turun.”


            Aku terus menoleh ke belakang bila mendengar suara Myra.Mak cik ni dah siap?Cepat


gila dia siap!


            “Apasal pandang saya sampai macam tu sekali?”


            “Sejak bila awak minat pakai dress labuh ni?”


            “Hehe,dress ni rupanya..Ni dress mummy Imtiyaz yang beri.”

 BERSAMBUNG...

No comments:

Post a comment