Aku merenung wajah bayi polos yang masih lena dibuai
mimpi walaupun dalam keadaan panas begini dengan mata yang mula
berkaca-kaca.Kesian bayiku ini,kecil-kecil lagi bakal kehilangan ayah walhal
dia baru saja berusia beberapa hari dan masih merah lagi langsung tidak
memahami perpisahan yang bakal terjadi antara mama dan papanya.
Setiap
kali memikirkan hakikat yang bayi aku akan membesar tanpa kasih sayang seorang
lelaki bernama ayah,hati aku mula berasa pilu.
“Tak
apalah,sayang.Mama akan sentiasa ada untuk kamu..Tak apalah mama kehilangan
papa asalkan mama ada kamu.Kalau kamu tak ada,tak tahulah macam mana hidup
mama.”
Ketukan di
muka pintu membuatkan aku berpaling.Hurm,Hawani rupanya yang datang mengganggu.
“Kak,ada
orang call.”
“Siapa?”
“Orang
yang tak faham bahasa tu lah.”
Aku terus
bangun dan menuju ke telefon rumah selepas Hawani mendukung bayiku.Hurm,apa
lagi dia nak?
“Hello,Assalamualaikum..”
“Hurm,kau
buat apa sampai lambat jawab phone?”
“Jawab
dulu salam saya boleh tak?”
Aku
menarik nafas panjang bila tiada sahutan dekat sebelah sana.Dia ni dah
kenapa?Kalau dulu,dia yang berlumba-lumba nak bagi salam tapi sekarang langsung
tak beri atau menjawab salam.
“Awak nak
apa call ni?Kalau setakat nak diam je baik tak payah.Buang kredit awak je kan?”
“Kau ni
dah kenapa?Kalau aku tak call,kau bising.Ni aku call pun kau bising jugak.Apa
yang kau nak sebenarnya?!”
“Kalau
setakat nak marah saya,baik awak simpan je kredit awak tu untuk call girlfriend
baru awak tu.”
“Kau tak
payah nak perli akulah.Aku nak tanya ni,anak aku sihat?”
“Ohh,call
pasal anak..Bari hari ni teringat ada anak ke?”
Bila
mendengar rengusan kasar di corong telefon membuatkan aku tersenyum.Apa dia
ingat aku ni tak reti buat orang marah ke?Nampak je aku lembut macam ni tapi
bila selalu digasak,aku boleh jadi sekejam-kejam mungkin.
“Aku nak
bagitahu kau yang aku nak buat tuntutan hak penjagaan budak tu dekat court.”
“Eh,banyak
cantik?Budak tu yang awak tengah cakapkan ni anak saya!Selagi saya hidup,awak
jangan harap nak ambil dia daripada saya.Awak dengar sini baik-baik,dia anak
saya.Kalau awak nak anak,buatlah dengan girlfriend awak tu!Buat apa nak rampas
anak saya?!”
“Budak tu
anak aku jugak!Kalau kau berkeras jugak,kita jumpa dekat court.”
“Okey,saya
akan fight untuk anak saya and saya tak kan sesekali serahkan anak saya pada
lelaki macam awak ni!”
Aku terus
menghempas ganggang telefon sebelum dia sempat membalas kata-kataku.Berani dia
nak rampas anak aku?Aku akan pastikan dia tak kan dapat ambil anak aku buat
selamanya selagi dia tak ubah perangai dia tu!
“Kak,kenapa?Dia
nak ambil Arfan ke?”
“Berani
betul dia nak rampas Arfan dari akak!Akak tak kan benarkan dia sentuh Arfan.”
“Kak,dia
tu tak betul apa?Dah sah-sah dia tak mampu,ada hati nak buat tuntutan hak
penjagaan dekat mahkamah?”
“Dia tu
memang!”
“Dahlah,kak.Biarkan
jelah dia tu.Wani yakin nanti dia awal-awal lagi akan tarik diri.”
“Wani tak
kenal siapa abang ipar Wani tu lagi.Dia tu seorang yang tak boleh dijangka.”
***********************************************
BERSAMBUNG...
best nyer...tp sakit hati kalu ade hubby cam tuh..nk g dek...
ReplyDeletehehe,thanks sudi baca...insyaallah tk lama lagi sy akn post new entry
Delete