Hazrill
tersenyum malu sambil menggaru kepalanya. Alisya tergelak kecil melihat gaya
Hazrill yang agak comel itu. Hisyh, comel pula mamat ni buat macam tu. Terasa
macam nak picit-picit sahaja.
“Buat
apa nak cari? Akukan ada?”
“Kau?
Kaukan ada kekasih slow tu… lagipun
aku tak sudi nak hidup bermadu, okey?”
Masing-masing
tergelak bila mendengar gelaran yang Alisya beri pada kekasih Hazrill. Selambanya
dia mengutuk orang yang Hazrill suka.
“Hurm,
aku terlupa pula pasal dia.”
“Bila
kau nak perkenalkan dia dekat aku?”
“Bila-bila
pun boleh.”
Alisya
terus mengetuk jari Hazrill menggunakan garfu. Dia iinikan, bila aku serious dia sengaja main-main dengan aku.
Ada juga yang aku telan sekejap lagi.
“Main-main
eh kau.”
“Okey,
okey... sensitif pula kau ni... yalah, nanti aku perkenalkan dia dengan kau.”
“Ceritalah
pasal kekasih kau tu.”
Waktu
Hazrill bercerita, aku betul-betul rasa cemburu menggunung. Apasal dengan aku
ni? Dia kawan baik aku sahaja… apasal aku cemburu gila bila dia cerita pasal kekasih
dia? Alisya, bangun! Jangan jadi gilalah. Dia tu kawan baik kau, hanya kawan
baik. Kau kena ingat hakikat tu.
“Haha,
aku doakan kau berjaya dapatkan cinta kau.”
“Oh,
thanks.”
“Apa
yang buat kau boleh tersuka minah tu?”
“Kau
pernah dengar tak orang cakap menyintai seseorang itu tak perlukan sebab? Aku
jatuh cinta padanya tanpa sebab dan entah sejak bila aku dah terjatuh cinta
dengan dia. Tahu-tahu sahaja dia dah ada dalam hati aku.”
Alisya
mengangguk faham. Nampaknya Hazrill betul-betul menyintai gadis tu. Dan entah
kenapa… emosi dia jadi makin tak menentu selepas mendengar penjelasan Hazrill
itu. Dia sendiri pelik dengan keadaan dirinya sekarang.
‘Isya,
Hazrill tu kawan baik kau. Hanya kawan baik kau sahaja. ’
“Beruntung
dia dapat kau, Hazrill.”
“Kenapa
pula?”
“Kalau
kau merajuk, tak payah dia susah-susah nak memujuk kau.”
“Eh,
apa pula… akulah yang untung. Kalau dia tengok muka aku ni, aku yakin dia mesti
tak jadi nak merajuk punya.”
Alisya
hanya tersenyum mendengar jawapan Hazrill itu. Malas dia nak layan orang yang
asyik nak menang sahaja ni. Lebih baik dia diam.
“Isya…”
“Hurm?”
“Kau
pasti tak nak bermadu? Tak rugi tahu bermadu sebab aku.”
Alisya
terus mencebik mendengar kata-kata Hazrill itu. Tak rugi apa ke bendanya? Rugi
berganda-ganda kalau bermadu sebab dia. Ingat dia tu best sangat ke? Lelaki dalam dunia ni bersepah lagilah.
“Huh!
Tak ingin aku. Daripada nak hidup bermadu sebab kau, aku sanggup jadi anak dara
tua.”
“Weh,
tak sayang mulut nampak?”
“Mulut
aku, suka hati akulah nak cakap apa.”
“Doa
tu, doa…”
Hazrill
tergelak kecil tatkala melihat cebikan Alisya. Bertahun dia duduk di luar
negara, dia teramat merindui untuk mengusik gadis itu. Dari dulu lagi mengusik
Alisya memang termasuk di dalam hobinya.
Alisya
terus menguis nasi di dalam pinggannya menggunakan garfu. Sayangnya nasi ini
terpaksa dibazirkan. Sesungguhnya selera untuk makan sememangnya sudah tiada
lagi. Dia makin tak berselera untuk menjamah makanan itu bila mendengar cerita
Hazrill tentang girlfriendnya itu.
“Jomlah
balik. Aku risaulah Nana seorang diri dekat chalet.”
“Hurm...”
Hazrill terus bangun dan melangkah
ke arah kaunter. Bual punya bual tak sedar pula jarum jam sudah menunjuk ke
angka sebelas. Mujurlah si Allysha mengingatkan dia kalau tak memang lamalah
mereka duduk di sini.
No comments:
Post a Comment