SEBULAN
selepas Alisya keluar dari hospital, Hazrill langsung tak melawat dia walaupun
sekali sama ada di hospital atau pun di rumah. Setiap hari, setiap detik dan
setiap saat dia menunggu kedatangan Hazrill namun penantian dia hanya sia-sia.
Nak
sahaja dia menghubungi Hazrill namun handphonenya awal-awal lagi telah
diambil ibu dan nak datang ke rumah Hazrill pula tak boleh kerana ibu langsung
tak mengizinkannya keluar daripada rumah.
“Kak
Sara... Rill ada datang cari Isya ke waktu Isya tidur?”
“Isya,
akak...”
Alisya
cepat-cepat menghalang langkah Kak Sara di depan muka pintu. Ini last usaha dia untuk menghubungi Hazrill.
Kalau gagal juga, hanya Allah sahaja tahu betapa kecewanya dia. Sudah sebulan
mereka mengelak bila dia mahu bercakap tentang Hazrill. Apa sebenarnya yang
mereka sorokkan darinya sebenarnya ni?
“Kak
Sara, boleh tak Isya nak pinjam handphone?”
Kak
Sara dengan Aidil saling berbalas pandang bila mendengar permintaan aneh Alisya
tu. Hurm, pinjam? Mana handphone Isya?
Kenapa sampai nak pinjam meminjam ni?
“Boleh
tu memang boleh tapi mana handphone
Isya?”
Kak
Sara menghulur handphonenya kepada
Alisya tanpa banyak kerenah. Setakat nak pinjam handphone tak ada bendalah tapi siapa yang Alisya nak call? Hurm, apa-apa sahajalah.
“Handphone Isya ibu ambil. Jangan tanya
Isya kenapa sebab Isya langsung tak tahu.”
“Isya
nak call siapa?”
“Isya
nak call Hazrill.”
Kak
Sara terus menahan Alisya dari mendail nombor telefon Hazrill. Masalahnya
sekarang mereka tidak tahu di mana Hazrill berada sekarang ini kerana Hazrill
tidak dapat dihubungi malah kakak Hazrill sendiri tak tahu ke mana lelaki itu
pergi.
“Hazrill?”
“Yalah,
dah sebulan dia tak datang jumpa Isya. Apa sebenarnya yang dah jadi?”
Bila
mendengar Alisya menyebut nama Hazrill, Kak Sara jadi serba salah. Ya Allah, sampai
sekarang ibu tak beritahu hakikat yang Hazrill dah pergi daripada Alisya? Ibu
dah janji!
“Isya...
tak payahlah call dia.”
“Kenapa
Kak Sara pun nak halang Isya? Kak Sara tahu tak betapa Isya rindukan dia?”
“Isya...
sebenarnya... Hazrill…”
Alisya
terus memandang wajah kakaknya dengan perasaan bercampur baur. Kakaknya tahu
apa yang dah jadi sebenarnya dan kenapa Hazrill tak boleh dihubungi?
“Apa
yang dah jadi dengan Hazrill, kak. Apa sebenarnya yang terjadi?”
“Hazrill
dah pergi... tak ada sesiapa pun yang tahu dia ke mana dan tak ada siapa tahu
apa-apa pasal Hazrill sebab tak ada sesiapa pun yang dapat hubungi dia. Kami
cuba cari dia tapi dia langsung tak dapat dikesan.”
“Tak
dapat dikesan?”
“You hilang ingatan… semua pasal Hazrill you lupa. You hanya ingat yang you
masih tunang I… macam-macam benda
yang Hazrill cuba buat untuk pulihkan ingatan you tapi you langsung tak
ingat apa-apa… tapi entah macam mana you
boleh tiba-tiba balik dari medical check
up, you cakap you nak kahwin dengan doktor tu. Kami
terkejut juga mula-mula tapi kami ikutkan sebab itu yang you mahu.”
Alisya
hampir pitam bila mendengar cerita yang sebenar daripada mulut Kak Sara dan
Aidil. Apa... apa yang dia dah buat? Hazrill, maafkan Isya. Isya tak sengaja.
“Alisya,
you okey tak ni?”
Alisya
memandang wajah abang iparnya itu. Air matanya semakin laju menitis. Apa yang
dia nak buat sekarang? Hazrill sudah meninggalkan dia!
“Dia
dah tinggalkan I, Aidil... Hazrill
dah tinggalkan I. I yang buat dia
tinggalkan I sekali lagi. Ya Allah, apa
yang I dah buat? Apa yang I dah buat?!!”
Aidil
hampir menitiskan air mata bila mendengar esakan adik iparnya itu. Macam mana
dia nak tolong Alisya kalau dia sendiri tak tahu di mana keberadaan Hazrill
sekarang ni? Dan... apa yang mertuanya fikir sebenarnya?
“Isya...
Isya banyak bersabar ya...”
“Sabar,
Kak Sara? Nak sabar apa lagi? Dia dah tinggalkan Isya... kenapa orang yang Isya
Sayang akan tinggalkan Isya? Kenapa orang yang bagi Isya harapan akan buat Isya
kecewa?!! Apa salah Isya?!!”
“Isya,
bukan kita semua yang nak semua ni jadi!”
Alisya
terus berlari memanjat anak tangga untuk ke tingkat atas dengan linangan air
mata. Dia sedih, geram dan kecewa dengan apa yang dah terjadi. Patutlah selama
ini ibu tak membenarkan dia keluar dari rumah dan menyorokkan handphonenya.
“Isya,
kenapa Isya menangis ni?”
Lama
Alisya merenung wajah bersih ibu ketika berselisih dengan ibu di atas tangga. Kenapa
ibu menghalang dia untuk cari Hazrill? Ibu tahukan yang dia betul-betul
cintakan Hazrill?
“Ibu...
terima kasih banyak-banyak...”
“Kenapa
ni?”
“Terima
kasih sebab buat Isya macam ni.”
Alisya
terus berlari ke dalam biliknya dan mengunci dirinya sepanjang hari. Ibu terus
menuruni tangga dengan beribu persoalan. Apa yang tak kena dengan Alisya tu? Pagi
tadi elok sahaja.
“Isya
tu kenapa, Sara... Aidil?”
“Ibu,
apa yang ibu fikir tu? Kenapa ibu halang Isya dari cari Hazrill?”
“Apa
maksud kamu, Sara?”
“Kenapa
ibu tak cerita hakikat yang sebenar pada Isya? Ibu dah janjikan?”
Ibu
hanya mendiamkan diri bila mendengar pertanyaan Sara tu. Hurm, nampaknya Alisya
dah tahu. Dia tahu cepat atau lambat anaknya itu akan tahu juga tentang hal itu.
“Sudah,
ibu tak nak siapa-siapa pertikaikan apa yang ibu buat.”
“Ibu?”
Ibu
terus berlalu ke dapur untuk menyediakan makan malam. Malas dia mahu memikirkan
tentang hal anaknya merajuk. Dia yakin yang anaknya itu akan tenang semula pada
keesokan harinya.
“Aidil,
Sara pergi jenguk Isya sekejap ya?”
“Hurm…”
Kak
Sara terus memanjat tangga ke tingkat atas. Mesti adiknya itu sedang kecewa. Ya
Allah, apa yang patut dia lakukan untuk memujuk hati adiknya itu?
“Isya,
Kak Sara ni…”
Kak
Sara mengetuk pintu Alisya beberapa kali namun tiada respon daripada adiknya. Ya
Allah, janganlah Alisya buat benda yang membahayakan dirinya.
“Isya…”
“Kenapa,
Sara?”
“Tak
tahulah… Isya tak nak buka pintu.”
Aidil
terus mengetuk pintu bilik Alisya berkali-kali sambil memusingkan tombol pintu.
Ya Allah, apa yang Alisya buat di dalam itu? Janganlah dia buat benda yang
bodoh.
“Kunci spare
ada?”
Kak
Sara menggelengkan kepalanya perlahan. Kunci spare dalam rumah ni dah lama hilang. Entah terselit dekat ceruk
mana entah dalam rumah ini. Mahu sahaja dia pecahkan pintu bilik adiknya ini.
“Isya,
buka pintu ni…”
“Mungkin
dia tengah mandi.”
Aidil
cuba menyedapkan hatinya dan isteri. Ya Allah, janganlah Alisya buat sesuatu
yang bodoh di dalam biliknya itu.
“Kata
nak keluar beli barang. Jadi ke tidak ni?”
Kak
Sara merenung pintu bilik adiknya sebelum menganggukkan kepalanya perlahan. Isya,
akak betul-betul risaukan kamu, dik. Tolonglah jangan buat sesuatu yang akan membahayakan
diri.
“Sara?”
“Saya
risaukan keadaan Isya. Ya Allah, apalah yang mak saya fikirkan?”
“Mungkin
dia ada alasan dia sendiri kenapa dia buat macam ni.”
Kak
Sara menganggukkan kepalanya sambil merenung pintu bilik Alisya. Dik, janganlah
buat kami macam ni… bukalah pintu ni. Walaupun Hazrill dah pergi, kami masih
ada lagi dekat sini.
No comments:
Post a Comment