Tuesday 30 April 2013

Lelah Mencintaimu 18

“Sayang,phone you tu bisinglah.I nak tidur pun susah.”
Amsyar terus menjawab panggilan telefon dari entah siapa tu dengan malas.Siapalah yang mengganggu lenanya pagi ni?Tak tahu ke orang mengantuk?
“Hello?”
“Izzat Amsyar!!Dalam masa dua puluh minit kau tak ada lagi dekat library ni,kita putus sahabat!”
Bila Imtiyaz memutuskan talian,Amsyar terus merebahkan badan di sebelah wanita yang dikenalinya malam tadi.Apalah yang Imtiyaz nak pagi-pagi ni?Nak pergi library pagi-pagi buta buat apa?
Mata Amsyar terus terbuntang luas bila mendengar perkataan library.Hisy,bodohnya  aku!Macam manalah aku boleh lupa rancangan aku nak memikat Amani.Kalau macam ni memang hancur rancangan!Amsyar terus meloncat turun daripada katil tanpa menunggu sesaat pun.Aku dah lambat ni!
Tepat jam sepuluh pagi,Amsyar tiba di library.Waktu tu Amani,Myra dengan Imtiyaz sedang tekun mengulangkaji.Minta-minta mereka tak marah pada dia atas kelewatan dia yang langsung tak disengajakan.Nilah gara-gara leka sangat dekat kelab malam tadi.
Sorry lambat.”
Amsyar terus melabuhkan punggung di sebelah Amani yang langsung tak menoleh ke arahnya walaupun buat seketika.Imtiyaz pula sempat memandang Amsyar dengan pandangan sinis sebelum kembali fokus membaca nota penting.
“Kau orang dah study sampai mana?”
“Kita orang postpone ke next week,hari rabu malam.Tolong datang sebelum pukul lapan.”
Amani menoleh ke arah Amsyar buat seketika sebelum menatap kembali buku rujukan dihadapannya.Kenapa baju dia..Macam ada bau minyak wangi perempuan?
“Awak bacalah nota-nota lepas.Tak guna juga kalau awak datang tak buat apa-apa,Amsyar.”
“Oh,okey.”
Sepanjang tiga jam dekat library tu,Amsyar belajar langsung tak masuk otak sebab dia langsung tak ada hati nak belajar dan hanya Amani yang berada dalam kepala dan hatinya sekarang.
“Kita pergi makanlah.Laparlah belajar non-stop macam ni.Otak pun dah tepu sekarang ni.”
“Jom,nak makan dekat mana?”
Cafe?”
“Bosanlah nak makan dekat cafe kampus.Lauk asyik sama je tiap hari.”
“Habis tu nak makan mana?”
“Cafe nenek Im nak?”
Amani dengan Myra terus bersetuju dengan cadangan Imtiyaz sementara Amsyar masih lagi berbolak balik sama ada nak join mereka atau tidak.
“Aku nak kena baliklah.”
Imtiyaz terus berbisik di telinga Amsyar ketika mereka berada di pintu keluar library.Tak kan Amsyar nak lepaskan peluang untuk celebrate birthday party Amani pula kan?
Birthday Amani?”
“Yupp.Birthday dia.Tak boleh ke kau cancel plan kau untuk hari ni?”
“Err,aku tak beli apa-apa hadiah untuk dia.”
“Aku dengan Myra dah uruskan.Pasal hadiah,kau jangan risau sebab yang penting kau ada dekat sana.”
Amsyar akhirnya menggangguk setuju walhal dia sedar yang ada satu janji yang dibuatpagi tadi.Apa salahnya tunda ke hari esok?Hari lahir Amani amat penting baginya walaupun sebelum ni dia langsung tak ambil kisah tentang hal itu.
“Aku datang lambat sikit sebab nak kena jumpa orang ni.”
“Tak boleh postpone ke?Hari ni penting buat Amani.”
“Aku kena jumpa orang tu hari ni.Dah janji tak kan nak mungkiri pula?”
“Jangan lambat sangat.”
Sebaik saja tiba di cafe nenek Imtiyaz,kedatangan mereka disambut mesra oleh nenekdan pekerja-pekerjanya.Cafe memang indah dihias pada hari itu untuk meraikan hari lahir Amani.Bagi nenek,majlis hari lahir Amani adalah satu kemestian kerana dia sudah mengganggap Amani seperti cucunya juga.
Happy Birthday,sayang.Nenek ucapkan selamat hari lahir,Amani.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.Semoga happy selalu.”
“Terima kasih,nenek.”
“Sama-sama,sayang.”
Waktu Amani baru saja nak memotong kek,barulah Amsyar tiba di cafe itu dengan sebungkus hadiah di tangan.Imtiyaz terus bercekak pinggang bila terpandang wajah Amsyar.Tadi kata sekejap saja.
“Maaf lambat sekali lagi.Happy Birthday,Amani.Hope your birthday is totally cool,reallly funtastic,wonderful,exciting,majorly awesome,rocking and happy.”
Thanks,Amsyar.”
Beberapa bulan selepas hari lahir Amani,sekali lagi Amsyar melamar Amani untuk menjadi kekasih hatinya.Lamarannya kali ini diterima Amani tanpa ragu-ragu dengan keputusan yang diambilnya itu.
“Betul ke apa yang saya dengar ni?”
“Betullah.”
“Dah tak nak main tarik tali dah?”
Amani tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali.Tarik tali?Dia ni ingat aku ni main tarik tali dengan dia ke selama ni?
“Tak,dah penat dah.”
Tengok ni,mulut dengan hati aku langsung tak pernah sekata dalam setiap hal.Hati saja yang sibuk mengomel itu ini tapi mulut rajin pula mengiakan kata orang.
“Jadi sekarang ni kita couple kan?”
“Hurmm..”
Sepanjang malam tu,Amani betul-betul terhibur dengan telatah dan lawak Amsyar tanpa menyedari sejak dari Amsyar menjemputnya di hadapan hostel hingga ke kini ada yang memerhatikannya dengan perasaan benci dan meluat.
Kenapa Amsyar pilih dia daripada aku?Jika nak dibandingkan antara aku dengan perempuan tu,aku lebih menyerlah dalam kebanyakan hal kecuali dalam bab belajar.Amani sentiasa dapat pointer tinggi setiap semester.
“Jangan ingat kau dah menang,Amani.Permainan ni baru bermula dan berbahagialah selagi kau boleh jadi girlfriend Amsyar.Aku janji aku tak kan sesekali bagi kau bahagia dengan dia.”
Lama dia merenung pasangan kekasih di hadapannya itu dengan cebikkan di mulut.Kau boleh pegang kata-kata aku,Amani.Kita tengok selama mana kau dapat bertahan dengan dia
“Saya nak pergi ladies sekejap.”
“Okey.”
Waktu Amani tengah membetulkan lilitan tudung di kepalanya,seorang wanita memandangnya dengan pandangan jelik di muka pintu ladies.Dah apa hal dia nak pandang aku macam tu?Aku kenal dia ke atau dia kenal Amsyar?Dasyat sangat ke Amsyar ni sampai pergi mana pun orang kenal?

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment