Tuesday 30 April 2013

Lelah Mencintaimu 17

I nak ke sana sekejap.You makanlah dulu.”
Mellisa terus melangkah ke meja makan meninggalkan Eeila yang masih dengan muka cemberutnya.Susah betul dapat kawan cepat sentap ni.Cakap sikit sahaja dah tarik muka.Kalau tak stop tadi,aku yakin mesti malam ni party aku jadi pesta bercakaran.
Baby..”
Darling?OMG,bila you balik sini?Kenapa tak bagitahu I you nak balik?”
I saja nak bagi you kejutan.Menjadi tak kejutan I?”
You memang berjaya buat I terkejut.Thanks,darling sebab sudi balik walaupun jauh.”
Birthday you,mustahil I akan lepaskan peluang untuk datang majlis you.”
Thanks,darling.I betul-betul tak sangka you akan datang ke majlis I ni.”
Awal pagi tu ketika Amsyar masih berseronok di kelab malam,Amani bangun untuk menunaikan solat istikharah.Dia sekarang ni betul-betul tengah keliru dengan perasaan dia sendiri.Sekejap dia rasa dia cintakan Amsyar tapi kemudiannya dia fikir dia hanya sayangkan Amsyar sebagai seorang kawan sahaja.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun dankemudian redhailah aku dengannya".
Usai menunaikan solat Istikharah,Amani ambil keputusan untuk mengambil angin di balkoni. Apa sebenarnya perasaan aku pada dia?Hanya kawan atau aku anggap dia lebih daripada kawan?
“Lama-lama aku boleh gila kalau macam ni je selalu.”
“Amani..Apasal awak tak tidur lagi?Dah pukul 2.29 pagi dah ni.”
“Baru lepas buat solat sunat tadi.Lepas solat,mata jadi segar pula.Tu yang ambil angin dekat sini ni.Saya kacau awak tidur ya?”
“Mana ada,saya bangun nak minum air tapi ternampak awak dekat luar.Sebab tulah saya tegur awak.”
Sudahnya dengan Myra sekali lepak dekat balkoni sampai pukul lima pagi.Masing-masing banyak berbual tentang rancangan masa hadapan dan tentang hal pertunangan Myra yang bakal berlangsung tak lama lepas Imtiyaz pergi bertemu dengan keluarga Myra tu.Kalau mengikut info yang aku dapat petang tadi,keluarga Myra langsung tak menghalang sebab ada yang boleh jaga Myra lepas ni.Lagipun mereka dah berkenan dengan Imtiyaz tu.Sebab itulah senang dapat green light daripada keluarga Myra tu.
“Lepas ni jaranglah kita dapat lepak macam ni lagi kan?”
“Kenapa pula?”
“Yelah,lepas ni awak sibuk jaga suami pula.Suami tu jadi nombor satu terpenting dalam hidup awak pula.”
“Kita boleh lepas sesekali dekat luarlah,Amani..So,awak tak payah sedih-sedih okay?”
Amani mengangguk setuju.Ya tak ya juga,apasallah aku ni tak terfikir tentang hal ni?Buat penat aku sedih-sedih je.Bukan tak jumpa pun lepas ni.
“Haha,saya memang overkan?”
“Tahu tak apa.Haha..”
Amani tergelak kecil bila mendengar kata-kata Myra tu.Ya,dia mengaku dalam sesetengah hal dia agak keterlaluan sikit penerimaannya.
“Nanti jangan lupa pula untuk jadi pengapit saya tahu?“
“Ya,saya ingat.Dah berjuta kali awak ingatkan saya,Myra.Saya belum terasa nak dapat pangkat pelupa lagi ya?”
Usai solat subuh,Amani lama duduk berteleku di atas tikar sejadah memikirkan hal mimpinya malam tadi.Dia bermimpi dia bersanding dengan seorang lelaki lengkap memakai sepersalinan songket putih,berambut lurus dan memakai cermin mata.
“Amani..Awak dah siap berdoa belum?Dah pukul tujuh setengah dah ni.”
“Hah?!Tujuh setengah dah?”
Cepat-cepat Amani melipat kain telekung sebaik saja terpandang jam dinding.Ya Allah,macam manalah boleh terlajak termenung ni?
“Awak ada masalah ke?”
“Kenapa tanya macam tu?”
“Yalah,dari malam tadi awak asyik termenung sahaja.Kalau awak ada masalah,awak boleh kongsi dengan sayakan?”
Bercerita pada Myra tentang masalah ni?Baik tak payah,makin dia kuat gelakkan aku nanti adalah.Dia dengan Imtiyaz sama saja dua kali lima,kuat mengusik.Memang layaklah dikahwinkan berdua.
“Saya mana ada masalah..Saja buang masa dengan berfiir sesuatu yang tak perlu pun.”
Myra terdiam buat seketika sebelum mengubah topik perbualan mereka.Kalau Amani tak nak share dengan dia,buat apa dia nak memaksakan?Kalau Amani nak share,dia sendiri akan bercerita tanpa dipaksa.
“Kita nak breakfast dulu atau apa?”
Breakfast dululah.Nanti nak belajar pun tak ada semangat sebab perut kosong.Awak tu bukannya boleh belajar kalau tak makan.Nanti tersengguk-sengguk pula nak belajar.Satu apa pun tak kan faham.”
“Betul juga eh?”
Sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam library,mata Amani mula meliar mencari kelibat Amsyar di sekelilingnya.Hisyh,apa pasal aku cari dia?
“Cari siapa,Amani?”
“Saya cari Imtiyaz.”
“Dia kan duduk dekat tempat biasa.Jomlah.”
Amani terus membontoti langkah Myra yang ternyata sudah jauh ke hadapan.Kenapa dengan aku ni?Buat apa aku tercari-cari dia?Aneh betullah aku ni sekarang.
“Assalamualaikum.Sorry terlambat.Tadi ada yang buat hal dekat cafe.Amsyar mana?”
“Wa’alaikumussalam.Huh,entahlah dia tu.Dia yang beria paksa kita suruh buat group discussion tapi dia yang tak datang-datang lagi.Tidur lagi ke apa?Tahu diri tu payah nak bangun awal pagi,tak payahlah nak mengada buat pagi.Suruh buat petang atau malam tak nak.”
Aku dengan Myra saling berbalas pandang bila mendengar Imtiyaz sudah mula  menjadi mak cik-mak cik.Kalau dah mula membebel,memang bernanahlah telinga semua orang.
“Dia ada hal lah tu.Myra dengan Amani pergi cari bahan dululah.Kalau Amsyar terlambat sampai nanti,tak adalah membuang masa sangat.Semua bahan dah ada kan?”
“Jom,Myra.”
Lepas Amani dengan Myra berlalu ke rak buku,Imtiyaz terus mendail nombor telefon Amsyar beberapa kali.Entah kali ke berapa juta kali dah dia mendail nombor telefon Amsyar.Wanita yang masih lagi berlingkar di atas katil bersama Amsyar terus mengejut Amsyar bila bunyi deringan telefon tidak berhenti daripada tadi mengganggu mimpi lenanya.



BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment