Alisya
tersenyum puas bila dia berjaya ‘senyapkan’ Doktor Nadzrin buat beberapa saat. Berani dia nak
sentuh pipi aku? Jangan haraplah dapat. Dia tak tahu yang aku ni belajar seni
mempertahankan diri... kan dah dapat sebiji.
“Tolong
keluar. Jangan sampai saya nampak muka awak depan mata saya lagi, Doktor Nadzrin! Kalau saya nampak muka doctor lagi, saya tak akan teragak-agak
untuk buat laporan polis. Kalau saya mahu, saya boleh ambil tindakan ke atas doktor. Now, leave!”
Doktor Nadzrin terus berlalu dengan perasaan tak
puas hati. Kau jangan ingat aku pergi sebab aku mengalah, Alisya... aku akan
pastikan kalau aku tak dapat kau, dah tentu-tentunya dia pun tak akan dapat kau
juga!
“Ibu,
abah... mana Hazrill?”
Ibu
terus mengusap kepala anaknya itu. Kalau bukan sebab dia menghalang Alisya
mencari Hazrill, pasti semua ini tak akan berlaku. Anaknya ini pasti tak akan
jatuh dari tangga.
“Ibu
nak Isya rehat dulu... nanti dah sihat sikit baru kita pergi jumpa dia.”
Alisya
hanya mendiamkan diri sebaik sahaja
mendengar jawapan ibu walaupun dalam kepalanya masih banyak persoalan yang aku
nak tanya. Kenapa ibu cakap baru pergi jumpa dia? Pergi ke mana? Apa dah jadi
antara aku dengan Hazrill sepanjang aku hilang ingatan dulu?
“Isya
rehat dulu ya, kami nak keluar sekejap.”
“Hurmm.”
“Kak
Sara keluar dulu ya?”
Alisya
menarik tangan kakaknya sebelum kakaknya sempat melangkah menjauhi katilnya. Hanya
pada kakaknya sahaja yang dia harapkan.
“Kak
Sara, kalau Hazrill datang kejutkan Isya okey?”
Bila
mendengar permintaan Alisya, Kak Sara hampir-hampir menitiskan air mata di
hadapan Alisya. Ya Allah, kesiannya Alisya. Dia langsung tak tahu ke Hazrill
dah pergi?
“Janji
dengan Isya kalau Hazrill datang tolong kejutkan Isya.”
Kak
Sara menganggukkan kepalanya sambil menahan sebak yang bertandang di
sanubarinya. Ya Allah, kesiannya adik aku ini. Hazrill mungkin tak akan kembali
semula untuk menjenguknya.
“Akak
janji, sayang. Nanti kalau dia datang akak bagitahu Isya.”
Kak
Sara melangkah keluar dari dalam wad yang menempatkan Alisya dengan linangan
air mata. Ya Allah, tabahkanlah hati adikku ini.
No comments:
Post a Comment