SUDAH
sebulan berlalu namun Alisya masih lagi tidak mengingati apa-apa pun pasal
Hazrill meskipun sudah banyak usaha yang dicurahkan dan bukti yang dilonggokkan
pada Alisya dalam usaha untuk mengembalikan memori Alisya yang hilang tu.
when i miss you, i close my eyes
and i can see that person better,
i try to forget and erase, but i
get reminded of that person more,
i told myself a lie thinking that, that
person would come back,
that person never said that she
will be coming back, but all i can do is wait,
the sin of loving you more, the sin
of missing you a lot,
because of you, and because of sin,
im crying with pain... like this.
Berkali-kali
Hazrill mendengar lagu Love Sick yang
dinyanyikan oleh kumpulan FT Island
yang menjadi kegemaran Alisya sebelum kemalangan itu berlaku. Dia betul-betul
sudah putus asa. Hadiah terakhir yang Alisya beri padanya masih lagi terletak
elok di atas almari dan masih berbalut. Dia tak ada tenaga nak menyentuh hadiah
tu sejak Alisya lupa semua tentang dia.
“Ya
Allah, Rill! Apa nak jadi dengan kau ni hah?! Sampai bila kau nak berkurung
dalam bilik ni?”
“Jangan
kacau Rill lah.”
Kak
Zita terus menutup lagu yang sungguh membingitkan telinganya selama seminggu
ini. Sampai bila adiknya nak menyeksa diri sebegini? Keadaan Alisya tak akan
berubah jika adiknya itu berkurung di dalam bilik sambil meratapi nasibnya. Makan
tak nak, pergi office tak nak, apa
pun tak nak…sampai bilalah adiknya nak berterusan sebegini?
“Kau
ingat Alisya akan ingat kau ke kalau kau macam ni sahaja tiap hari?”
Kak
Zita menarik langsir yang tertutup. Sejak Alisya hilang semua memori tentang
Hazrill, Hazrill asyik duduk bergelap sahaja di dalam biliknya. Dia betul-betul
risaukan keadaan adiknya itu.
“Rill
dah putus asa, kak. Dia dah lupakan Rill. Apa lagi Rill nak buat kalau dia
tetap tak percaya apa bukti yang Rill dah longgokan pada dia?”
“Hazrill!
Kalau dulu kau sanggup tunggu dia sembilan tahun, kenapa sekarang ni tak
sanggup tunggu dia sembuh?”
Hazrill
mengesat air matanya yang kembali menitis. Penantian ni satu penyeksaan, sampai
bila aku nak menunggu Alisya sembuh? Tunggu Alisya sembuh ni macam menunggu buah
yang tak gugur.
“Kalau
kau dah tak sanggup tunggu dia, tak payah tunggu dah. Kau carilah orang lain!”
Semudah
itu Kak Zita suruh dia mencari orang lain? Tidak, hatinya tidak menginginkan
cinta dari orang lain. Dia hanya mahukan Alisya. Hanya Alisya sahaja yang
berhak berada di dalam hatinya.
“Tak
mungkin, kak. Cinta Rill hanya untuk Isya.”
“Kalau
macam tu, usahalah untuk dapatkan cinta dia semula! Kau ingat dengan berkurung
dalam bilik ni, meratapi apa yang terjadi akan dapat kembalikan memori dia?! Aku
ni bukan makin muda, Hazrill. Tak boleh ke kau tak susahkan hati aku? Aku ni
dah tak larat dah…”
Kata-kata
kakaknya membuatkan Hazrill terfikir untuk melakukan sesuatu. Hurm, aku patut
cuba. Kalau aku tak cuba, aku akan menyesal.
“Kak,
Rill nak keluar. Akak tolong doakan Rill berjaya dalam misi terakhir Rill.”
LAMA
Alisya
merenung album gambar perkahwinan Kak Sara dengan Aidil di laman rumah. Dia
masih lagi tidak dapat percaya yang Kak Sara sudah berkahwin dengan tunangnya.
Waktu
Hazrill tiba di hadapan rumah, lama dia merenung Alisya dari dalam kereta. Ya
Allah, rindunya aku pada dia.
“Isya,
masa untuk makan ubat.”
“Hurm...
ibu, macam mana Kak Sara boleh kahwin dengan Aidil? Bukan ke dia tunang Isya?
Isya tak faham kenapa Kak Sara boleh kahwin dengan tunang Isya… apa yang dah
jadi sebenarnya ni? Isya dah ada orang lain ke?”
“Sebenarnya…”
“Assalamualaikum...”
Ibu
dengan Alisya terus menoleh ke arah pintu. Ibu terus tersenyum sebaik sahaja melihat siapa yang datang. Dah lama
Hazrill tak datang ke rumah ni. Busy
sangat ke?
“Wa’alaikumussalam...
apa pasal dah lama tak datang?”
“Rill
busy sikit. Isya apa khabar?”
“Isya?
Dia sihat sahaja cuma masih belum ingat apa-apa pasal kamu lagi, Hazrill. Aunty dah tunjuk gambar-gambar kamu
semua, dia masih belum ingat lagi.”
Hazrill
menganggukkan kepalanya perlahan. Dia tak terkejut pun dengar berita yang
disampaikan Ibu Alisya itu.
“Aunty, Rill nak minta izin bawa Isya
keluar.”
“Keluar?
Aunty tak tahulah Isya nak ikut ke
tak...”
Ibu
menoleh ke arah Alisya yang masih lagi leka membelek album kahwin Kak Sara.
Mahu ke anaknya itu ikut Hazrill? Dia takut anaknya itu tak mahu pergi sahaja
nanti.
“Saya
kena cuba juga, aunty. Ini usaha saya
yang terakhir, kalau dia masih belum boleh ingat lagi, saya sendiri yang akan
undur diri. Kalau aunty nak ikut
sekali pun tak apa.”
Akhirnya
Alisya mahu juga keluar bila ibunya beri jaminan akan ikut sekali. Hazrill
betul-betul harapkan yang plan dia
akan berjaya.
“Mac Donald?”
“Yupp, Mcd. Jom, kita masuk.”
Ibu dan Alisya melangkah masuk ke dalam Mac Donald
itu dengan kerutan di dahi. Kenapa mereka dibawa ke sini? Apa yang ada dekat
sini sampai mereka perlu datang dari jauh semata-mata mahu ke sini sahaja?
“Ibu, kita nak buat apa dekat sini?”
No comments:
Post a Comment