LAMA
betul Alisya dengan Hazrill berbual dekat dapur. Bila handphone Alisya berbunyi tanda bateri dah nak habis barulah mereka
menamatkan perbualan. Hazrill, Hazrill... perangai dari dulu sampai sekarang masih
tak berubah-ubah. Ah, rindunya pada dia. Agaknya apalah yang Hazrill lakukan
sekarang? Tak sabarnya nak jumpa Hazrill.
Lepas
memutuskan talian sejam kemudiannya, baru Alisya terperasan abang iparnya sudah
berdiri di hadapan pintu nak masuk dapur. Cepat-cepat dia menyimpan semula
botol air di dalam peti sejuk dan ingin berlalu dari situ secepat mungkin.
Aidil
cepat-cepat menyambar lengan Alisya sebaik sahaja berselisih dengan gadis itu. Namun
dia melepaskan pegangan sebaik sahaja terpandang pandangan sinis Alisya.
“Isya,
I... I mintak maaf atas apa yang dah
berlaku ni. I tahu...”
“Maaf?
Semudah tu? Amat mustahil, Aidil. You
kata you tahu tapi apa yang you tahu? You tak tahu apa-apa pun.”
Aidil
berzikir di dalam hati mengharap agar dia diberi kesabaran untuk menghadapi
perangai Alisya ini. Kalau boleh dia tak mahulah sampai mengusutkan lagi
keadaan. Dia mahu semuanya kembali normal dan dia mahu melihat Alisya dan Sara
rapat macam dulu-dulu lagi.
“Isya,
I kesian tengok Sara menangis
tiap-tiap malam sebut nama you. Dia
rindukan you dan kami rindukan you yang dulu. Kenapa kita tak buang
perkara ni jauh-jauh dari dalam hidup kita dan mulakan hidup baru dan rapat
seperti dulu?”
Alisya
terus membuat muka bosan. Dia balik sebab nak jumpa orang tuanya dan bukan
untuk menghadap drama swasta mereka berdua. Dan lagi satu, peduli apa dia
dengan perempuan tu. Kalau semua orang dia nak kena kesiankan, siapa yang nak
kesiankan dia pula?
“Oh,
nak mulakan hidup baru? Rapat macam dulu… the
answer is nope. Nak baik balik dengan I?
Just in your dreams, okay? Selagi tak hilang rasa benci dan meluat dalam
hati I ni terhadap you dengan dia, you all jangan pernah bermimpi nak kita rapat macam dulu!”
“I tak sangka you ni pendendam.”
Kata-kata
Aidil membuatkan Alisya kembali berpaling. Dia cakap aku pendendam atau aku
salah dengar? Alisya merenung wajah Aidil tajam. Apa maksud dia dengan cakap
aku macam tu?
“Apa
you cakap?”
“You pendendam! I tak sangka you orang
sebegini...”
“So? You nak cakaplah yang you tak menyesal pilih diakan? Haha, kisah
pula I... sebelum you tuduh I sehina tu, baik you
cerminkan diri you tu... you dengan dia yang ajar I jadi pendendam! Apa lagi you nak cakap? I tak mengenang budi? Perempuan tak tahu malu? Hati kering? Suka
hati youlah. Malas nak layan orang
yang tak betul macam you ni.”
Alisya
terus berpeluk tubuh tak lama lepas itu. Kenal aku pun tidak nak cakap aku
pendendam. Kalau betul pun dia pendendam, siapa yang ajar dia jadi pendendam? Bukan
mereka laki bini juga ke?
“Lain
kali cermin sikit diri you tu… kalau
tak cukup besar cermin kau tu, aku belikan lagi besar untuk kau.”
“Alisya,
I… I tak bermaksud…”
“Sudahlah,
Aidil. I muak dengar semua benda ni. Tak
boleh ke you biarkan I hidup tenang?”
Aidil
terdiam mendengar kata-kata Alisya tak lama lepas itu. Bunyi pinggan berkecai
membuatkan Aidil dan Alisya menoleh ke muka pintu.
“Aidil?”
Hurm,
ni lagi seorang manusia yang aku tak dapat nak maafkan perbuatannya. Kenapa tak pecahkan sahaja semua barang dalam
rumah ni? Setakat pinggan sahaja yang berkecai buat apa? Kak Sara terus
bercekak pinggang merenung wajah adiknya.
“Sara…”
Air
mata Kak Sara terus jatuh berjuraian membasahi pipi. Ya Allah, apakah niat
sebenar adiknya itu kembali? Adiknya mahu merampas Aidil darinya semula ke?
Aidil adalah miliknya… hanya miliknya seorang!
“Apa
ni?”
“What? Tanyalah your husband… that’s not my
problem. Laki kau ni yang sibuk-sibuk halang jalan aku.”
“Dasar
perempuan tak tahu malu!!”
Serentak
dengan itu, satu tamparan hinggap di pipi Alisya hingga membuatkan dia terkedu.
Eh, perempuan ni dah kenapa? Suka-suka hati nak sentuh pipi aku. Ibu dengan abah
pun tak pernah jentik aku.
“Kau
ni dah kenapa?! Apa masalah kau ni?!!”
“Sara,
awak salah faham ni… saya dengan Alisya…”
“Awak pun sama, Aidil. Mentang-mentanglah dia
dah balik, awak sanggup buat saya macam ni. Kau! Apa lagi yang kau nak hah?! Kau
nak rampas laki aku pula ke?”
Belum
sempat Alisya membalas, tubuhnya terdorong ke belakang akibat ditolak Kak Sara.
Aidil cuba menghalang isteri kesayangan dia tu tapi perempuan macam Kak Sara ni
bila dah cemburu dan marah menguasai diri cakap atau buat apa pun dah tak guna.
“Apa
yang kau tak puas hati lagi hah? Dia dah jadi laki aku!”
“Sara,
sudahlah… awak salah faham ni. Alisya ni adik awak.”
Aidil
menarik isterinya agar menjauhi Alisya waktu itu. Niatnya berdepan dengan
Alisya untuk menyelesaikan semua kemelut ini, dia langsung tak ada niat untuk
buat benda jadi macam ni.
“Awak
diam! Awak pun sama dengan perempuan ni!!”
kesian Alisya. menyampah dgn Aidil & Sara. Geramm...
ReplyDeletesbar2...
Delete