Aku memandang nota-nota kecil yang bersusun di atas
mejaku.Hurm,siapalah yang tak ada kerja nak selit nota cinta dekat loker
aku?Perkara ni berlanjutan sejak beberapa bulan yang lalu.
“Hai,Amani..Tak
berkelip tengok surat cinta tu.Dah jatuh hati ke pada empunya tuan surat tu?”
“Surat ke
benda,Myra?Nota ringkas adalah..”
“Nota pun
notalah,Amani oii..Hurm,makin giat orang tu hantar eh?”
“Tulah,saya
dah kusut memikirkan siapalah empunya nota ni?Makin dibiarkan,makin
menjadi-jadi.”
“Mr.
I?Hurm,siapa lelaki yang awak kenal nama dia bermula dengan huruf I?”
Kawan
lelaki starting nama huruf I?Siapa ye?Selain senior Imtiyaz a.k.a pakwenya si Myra
ni siapa lagi ye?
“Boyfriend
awak,Irfan budak kelas saya tu dengan Izuddin,abang sepupu saya.Tu je.Saya
manalah rapat dengan budak-budak lelaki,Myra oii..”
“Paling
jelas bukan Imtiyaz and bukan Izuddin.Tak kan Irfan kot?”
“Banyaklah
awak,Irfan tu kan dah ada kekasih.Lagi cun melecun daripada saya.So,tak adanya
dia pandang orang biasa macam saya ni.”
“Jadi
siapa ye?”
“Tak
kisahlah siapa pun,Myra.Dah penat saya fikir dari tadi.Biarlah siapa pun Mr. I
tu.Lama-lama nanti bila dia dah penat,dia stoplah.”
“Ha’ah,kalau
dia penat.”
Aku terus
mengumpul nota-nota kecil tu dan simpan di dalam satu kotak kecil.Kalau
ditakdirkan aku jumpa dia satu hari nanti,aku pulang je semua ni balik dekat
dia.
“Agak-agak
bilalah kau nak jumpa dia kan?Kotak tu dah hampir penuh dah dengan nota-nota
dia.”
“Entah,tapi
aku tahu yang one fine day dia akan tunjukkan siapa dia sebenarnya.”
“One fine
day...Hurmm,bilalah one fine day tu kan?”
Aku hanya
menjongket bahu sebelum kembali menelaah.Sebenarnya bukan Myra seorang yang tak
sabar menunggu,aku pun tak sabar sebenarnya.Siapalah gerangan Mr. I tu?
“Petang ni
jadi tak nak pergi kedai buku?”
“Eh,mestilah
jadi..Gila tak nak?”
Lepas
solat Zohor,kami berdua terus menapak ke stesen bas untuk turun ke pekan.Susah
betul kampus dekat pendalaman ni.Tak pasal-pasal nak kena menapak jauh ke
stesen bas.
“Payahnya
kita nak turun pekan kan,Amani?Nak kena menapak ke stesen basnya lepas tu nak
kena tunggu bas lagi..”
“Tak baik
mengeluh,Myra oii..Dengar dek Imtiyaz,bernanah telinga awak tu dengar bebelan
dia.”
“Haha,sebab
dia tak adalah saya mengeluh..”
Aku hanya
menggelengkan kepalaku melihat sikap kebudak-budakan Myra tu.Haisyh,macam
manalah dia lepas kahwin nanti?Harap-harap Imtiyaz dapat ubah perangai dia
nanti.
“Apa yang
awak fikir tu,Amani?”
“Hah?Fikir?Mana
saya ada fikir apa-apa..”
“Tipulah..Dahi
awak berkerut-kerut tadi.Ke awak masih fikir siapa Mr.I tu?Ceritalah dengan
saya..Saya pun nak tahu.”
“Mana ada
apalah.Dah,jom jalan..Karang kena tinggal bas pula.”
Tepat-tepat
jam lima petang,kami sampai ke kedai buku.Mujur masih awal lagi,jadi tak adalah
kami terburu-buru nak membeli.Dari satu rak kami pindah ke satu rak yang lain.
Myra
seperti biasa akan memborong pelbagai jenis novel yang dirasakan menarik.Aku
tak pelik pun tengok dia memborong novel sekali banyak sebab dia anak orang
beradalah jugak,anak tunggal pula tu..So,siapa lagi yang nak perhabis duit mak
bapak dia?Macam aku,aku lebih suka bersederhana..Ye,memang keluarga aku dalam
golongan keluarga berada juga tapi aku sejak dari kecil diasuh untuk hidup
dalam kesederhanaan.
“Amani,awak
punya novel yang saya hilangkan tu apa tajuknya?Saya nak gantilah.”
“Kan saya
dah cakap tak payah ganti,Myra..Lagipun bukan awak sengaja pun kan?”
“Tapi saya
tak sedap hatilah..Lagipun awak kata buku tu sangat bermakna untuk awak.”
Aku hanya
menggeleng sambil tersenyum.Aku dah cakap tak payah,dia nak ganti jugak.Susah
betul cakap dengan budak degil ni.Lagipun,kalau dia ganti sekali pun buku
tu..Tak kan sama dengan buku aku yang hilang tu.Buku tu arwah abang yang bagi.
“Kita tak
payahlah cakap pasal buku tu lagi,Myra.Lagipun benda nak hilang,jaga baik macam
mana pun tetap akan hilang.Dah bukan rezeki saya,saya nak buat macam mana?”
Aku terus
beralih ke bahagian alat tulis.Banyak juga pen aku dah kehabisan
dakwat.Hurmm,nampaknya hari ni aku borong pen jelah ni.
“Amani,saya
minta maaf.Kenapalah saya cuai sangat?”
“Dahlah,saya
tak marah awak pun..Awak kata nak beli buku tadi?Dah cukup semua?”
“Belum.”
“Kalau
macam tu,tunggu apa lagi?Pergilah cari buku yang awak nak.”
Aku hampir
bertembung dengan seorang lelaki ketika mahu meletakkan barang di
kaunter.Hisyh,Amani..Amani..Lain kali mata pandang depan,ni tak asyik melilau
je.Mujur tak incident dengan mamat ni.
“Sorry
okey?My bad..”
“It’s okey,Cik
Amani.”
Lepas
mamat tu beredar baru aku terperasan sesuatu.Sejak bila dia tahu nama
aku?Setahu aku,dia bukan kawan sekuliah aku atau apa..Siapa dia ye?Macam mana
dia tahu nama aku?
“Amani,awak
kenapa berdiri tegak dekat sini macam tiang bendera?Tadi tu siapa?Handsome
betul orangnya.”
“Myra...Jaga
mata tu.Mengamuk Imtiyaz nanti.”
“Eh,saya
cakap benda betullah..Awak kenal ke mamat tadi tu?Seriously dia betul-betul
handsome.”
“Tak kenal
and tak rasa pun mamat tu handsome.Mamat tu standard biasa-biasa je sebab arwah
ayah saya lagi handsome waktu muda dia dulu.”
“Itu
memanglah..Daddy saya pun handsome juga.”
“Hurmm,jomlah
kita bayar.Karang kita tertinggal bas pulak.”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment