IBU
mengeluh kesal sebaik sahaja mendengar
penjelasan Aidil. Sara pula tak mampu nak kata apa lagi, dia dah tersilap
menuduh adiknya. Padahal bukan adik dia perampas, tapi dialah perampas yang
sebenar.
“Abang,
macam mana kita nak cari Isya balik?”
“Isya
pasti balik, ibu.”
Abah
melepaskan keluhan berat. Inilah padahnya bila buat tuduhan secara melulu tanpa
usul periksa. Sekarang ni hati anaknya itu sudah terluka. Terluka dengan
perangai isteri dan anak sulungnya itu.
“Masalahnya, Sara. Adik kamu tu betul-betul
terluka dan kecewa dengan kamu dan ibu kamu ni. Abah tak rasa Isya akan balik. Abah
kenal anak abah tu. Kalau dia merajuk, memang dia akan balik selepas dia tenang.
Tapi sekarang ni dia terluka, Sara. Terluka dengan perangai kamu dan ibu kamu
ni. Entah bila pula dia nak balik ke mari lagi.”
“Salah saya, abang... dulu, dia merajuk lepas
tu dia balik. Tapi sekarang, saya yang buat dia pergi dari rumah ni lagi... Ya
Allah, apa yang saya dah buat ni, abang.”
“Kalau
dia nak balik, dia akan balik.”
“Kalau
Isya tak balik? Macam mana kalau anak saya tak nak balik?”
Tiada
siapa mampu menjawab pertanyaan ibu tu. Masing-masing tak tahu Alisya akan
balik semula ke rumah ni atau tidak. Saralah yang paling rasa bersalah dalam
hal ni. Dia bukan sahaja melemparkan
kata-kata yang mampu merobek hati sesiapa yang mendengar, dia dah menampar
adiknya yang tak pernah dijentik walaupun sekali.
“Lain
kali, sebelum buat apa-apa… fikir dulu apa yang akan jadi. Tengoklah sekarang
ni apa yang dah jadi…”
Kak
Sara terus terdiam tatkala mendengar kata-kata abah itu. Semua ini salah dia,
kalau dia dengar dulu penjelasan suaminya, pasti semua ini tak akan terjadi.
Adiknya itu tak akan pergi lagi dari rumah ni.
“Sara nak cari Isya...”
“Dekat
mana, Sara?”
“Tak
kisahlah dekat mana sekali pun. Sara tak akan berhenti mencari Isya.”
Kak
Sara terus mengambil kunci di atas meja sebelum melangkah menghampiri pintu
utama. Aidil cepat-cepat menghalang di muka pintu sambil menghulurkan tangannya.
Dia tak akan biarkan isterinya itu keluar rumah berseorangan.
“Nak
cari dekat mana dulu?”
“Tempat
Isya suka pergi atau tempat yang Isya mungkin akan berada.”
Sampai
pukul dua belas tengah malam, masing-masing tak dapat mencari clue di mana keberadaan Alisya sekarang
ini. Terpancak jelas riak kerisauan di wajah ibu dan Sara. Inilah padahnya bila
buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak
perbuatan binasa jadinya.
“Macam
mana ni, ibu? Sara tak boleh tunggu lagi. Mana Isya nak tidur malam ni?”
“Kamu
nak cari dia ke mana? KL ni luas. Entah-entah dia dah keluar dari KL.”
Kata-kata
abah membuatkan Sara terdiam. Ya Allah, ke manalah aku nak cari Isya ni? Alisya,
baliklah. Akak tak sengaja buat macam tu pada Isya. Maafkan akak, dik... Isya, baliklah.
Akak betul-betul minta maaf.
Esakan
ibu kembali menjengah telinga. Ke manalah satu-satunya anakkandung dia itu
pergi? Ya Allah, dia dah menampar pipi anaknya walhal selama ini dia tidak
pernah menjentik anaknya itu. Pasti anaknya itu kecewa dengannya kerana
bertindak sebegitu padanya.
“Abang,
tolonglah cari anak saya…”
“Awak
nak suruh saya cari ke mana lagi? Dah satu KL kita pusing macam orang gila ke
sana ke mari…”
“Aidil,
tolonglah cari Alisya.”
“Saya
akan cuba cari dia, ibu. Ibu jangan risau ya?”
No comments:
Post a Comment