AWAL-awal
lagi Hazrill lagi Hazrill sudah berpesan pada Alisya agar menantinya di restaurant berhampiran dengan chalet tepat jam lapan pagi kerana ada
hal penting yang dia ingin beritahunya tapi hingga sekarang batang hidung
Hazrill masih lagi tidak kelihatan walhal jarum jam sudah menunjuk ke angka
sembilan. Ni dah dekat sejam aku tunggu dia dekat sini. Manalah dia ni? Air dah
dua gelas sudah habis diminum.
“Manalah
pak cik ni? Tadi kata urgent sangat
sampai tak boleh tunggu esok tapi sampai sekarang tak reti nak tunjuk muka lagi.
Hisyh, sabar sahajalah aku dengan dia ni.”
Aku
menghirup iced lemon tea di hadapanku
sambil mengeluh berat. Mana dia ni? Dia tahukan aku tak suka menunggu, tapi dia
ni sahaja sahaja buat darah aku mendidih.
Darah
Alisya semakin mendidih bila melihat Hazrill menghampirinya dengan senyuman
mengalahkan piawaian kerang busuk tu. Dah lambat boleh pula tersengih macam tu.
Macam manalah aku boleh tersuka dekat mamat ni hah?
“Assalamualaikum,
maaf... tadi Rill terjumpa kawan lama dekat depan tu. Terbabas pula bersembang
dengan dia. Mesti Isya dah lama tunggu, maaf ya? Oh ya, dia kirim salam pada
Isya.”
“Kirim
salam? Isya bukannya kenal pun. Oh ya, jam tangan tu rosak ke? Dah tahu lambat
boleh pula tersengih macam kerang busuk.”
“Alah,
jawab sahajalah. Rill bukannya sengaja, terbabas tahu? Lepas ni Rill dah tak
buat lagi okey?”
Dengan
muka ketat seketat-ketatnya, Alisya layankan sahaja kerenah Hazrill tu meskipun
hati dia merungut tak puas hati. Dahlah datang lambat lepas tu nak paksa-paksa
orang pula. Ada juga yang makan bubur sahaja seumur hidup nanti.
“Ya,
wa’alaikumussalam.”
“Hah,
macam tulah...”
Alisya
terus mencebik. Dia ingat dia siapa nak paksa-paksa aku ni? Mentang-mentanglah
aku ni layan sahaja kerenah dia yang tak berapa nak betul tu.
“Kutuk
Rill lah tu.”
“Apa?
Tak nampak ke orang tengah diam ni?”
“Eleh,
macamlah Rill tak kenal Isyakan? Memanglah luar nampak diam tapi dekat dalam. Ni
hah, dekat sini ni mana diam lagi giat mengutuk adalah.”
Alisya
terus menepis tangan Hazrill yang menyentuh kepalanya. Dia iinikan! Siapa yang
bagi kebenaran dia sentuh aku ni? Sabar sahajalah aku dengan dia ni! Berapa
kali entah aku nak kena ingatkan dia?
“Tadi
kata ada hal penting. Apa yang penting sangat sampai tak boleh nak tunggu esok
pagi? Lagipun esok dah nak balikkan? Apa yang tak boleh tunggu?”
“Isya,
Rill nak minta maaf… Rill dah bohong Isya selama ni, Rill dah…”
Dahi
Alisya hampir bercantum tatkala mendengar kata-kata Hazrill. Apa maksud Hazrill
dengan maaf dan bohong? Apa yang dia bohong aku? Dia berpura-pura sahaja ke
dengan aku?
“Bohong?
Maaf? Apa yang Rill cakap ni?”
“Alisya...”
Sebaik
sahaja mendengar suara ibu menyebut
namanya, Alisya terus menoleh ke belakang. Ibu, abah, Aidil dan Kak Sara
berdiri di belakangnya. Apa semua ni? Wajah Hazrill terus aku tenung lama-lama.
Berani dia bohong aku?!!
“Isya,
maafkan Rill sebab bohong Isya. Uncle
dengan aunty betul-betul nak jumpa
Isya. Sebenarnya, kepulangan Rill ke Malaysia bukan seperti apa yang Rill
maklumkan pada Isya sebelum ni. Aidil yang minta Rill balik sini sebab dia nak
pulihkan hubungan kita...”
“Alisya,
I betul-betul minta maaf. Dulu I yang sebarkan fitnah pasal Hazrill
dulu. I cemburu sebab you sentiasa lebihkan Hazrill daripada I padahal I boyfriend you and bukan
Hazrill. Dia hanya kawan you tapi you sentiasa ada untuk dia dan
kadang-kadang kita terpaksa cancel date kita sebab Hazrill. Bukan sekali
Alisya, I makan hati... banyak kali.”
“Aidil,
itu kisah dulu. Kan kita dah janji nak mulakan hidup baru and tak akan buka kisah lama lagi?”
“Alisya
kena tahu apa yang aku dah buat pada kau, Hazrill. Aku betul-betul hina sebab
guna pelbagai cara untuk pisahkan kau orang dulu...”
aduhai!kesian nye kat rill...sabar rill andai tk berjodoh ngan alisya kerna 'ajal dn jodoh ade lh ketentuan ilahi.
ReplyDeletehahah,thanks sudi baca..
Delete