Sepupu-sepupu
Alisya terus duduk menghadap sepinggan brownies
sambil join Alisya dengan mama
berborak kosong. Lama dia tak balik kampung. Macam-macam yang dah berubah dekat
kampung ni.
“Isya,
mana kau jumpa boyfriend kau tu. Handsome gila.”
“Nak
tahu ke? Isya jumpa Hazrill... dekat... dekat...”
“Oii,
cakap betul-betullah. Dekat, dekat. Apa yang dekatnya?”
“Dekat
tepi jalan.”
“Hah?!!!”
Alisya
tergelak kecil bila melihat mata sepupu-sepupunya membuntang bila mendengar
jawapan dia. Haha, agak keterlaluan ke jawapan dia tadi? Sesekali kenakan
mereka apa salahnya? Selama ni mereka yang suka mengenakan dia. Apa salahnya
kalau dia membalas balik?
“Isya
dengan Hazrill satu kampus.”
“Oh,
buat terkejut orang sahaja.”
Qila
terus menepuk peha Alisya geram. Sikit lagi jantung dia nak melompat keluar
mendengar kata-kata Alisya itu. Sabar sahajalah bila tahu mereka dimainkan.
“Ha’ah,
kira dah lamalah kau orang kenal?”
“Lamalah
juga dah genap sembilan tahun.”
“Wow,
lamanya!”
Malam
tu, Alisya dengan Hazrill berbincang dengan ibu dan abah tentang hasrat Hazrill
untuk menyunting Alisya sebagai seorang isteri. Tiada reaksi daripada Abah dari
mula hingga sekarang bila mendengar hasrat Hazrill tu.
“Abah?”
“Abah
cuma akan restu kamu berdua jika Hazrill tak ada langsung niat nak
mempermainkan hati anak abah. Jadi, Hazrill? Boleh jamin dapat jaga anak uncle sebaik yang mungkin?”
“Inshaallah,
uncle. Saya betul-betul serious nak memperisterikan Alisya.”
Hazrill
terus menggenggam erat tangan Alisya di bawah meja. Jujur dia katakan yang dia
sememangnya ikhlas nak memperisterikan Alisya.
“Kalau
macam tu, uncle restu kamu. Jadi apa
rancangan kamu sekarang?”
“Saya
nak balik berbincang dengan kakak saya dulu. Lepas tu bolehlah kita pilih
tarikh yang sesuai nak langsungkan majlis.”
“Tak
nak bertunang?”
Alisya
dengan Hazrill saling berbalas pandang. Bertunang? Kalau ikut dia, dia tak nak
bertunang sebab dia dah serik dengan apa yang terjadi sebelum ni. Dia jadi
trauma nak bertunang.
“Saya
tak nak bertunang lama-lama, uncle, aunty.
Kalau nak bertunang pun, saya rasa boleh buat hari yang sama dengan nikah. Apa-apa
pun saya kena balik bincang dengan kakak saya.”
Ibu
dengan abah menganggukkan kepala mereka faham. Tak kisahlah nak bertunang atau
tidak, yang penting mereka berdua bahagia. Lagipun benda yang baik tak elok
dilambat-lambatkan.
“Hurm,
Alisya… apa pendapat kamu pasal bertunang hari yang sama dengan hari akad nikah?”
“Isya
okey sahaja, abah. Bagus juga tak payah bertunang lama-lama. Boleh jimat kos and masa.”
Alisya
melepaskan keluhan lega sebaik sahaja orang tuanya merestui hubungannya dengan
Hazrill. Alhamdulillah, segalanya sudah selesai dan hanya perlu tunggu keluarga
Hazrill datang ke rumah untuk berbincang.
No comments:
Post a Comment