SEDAR-sedar
sahaja Alisya terus mancari kelibat Hazrill. Mana Hazrill? Dia tak datang
jenguk aku ke? Dr. Nadzrin yang duduk disebelahnya langsung tidak dihirau. Entah
apa kepentingan lelaki itu untuk berada di dalam biliknya, dia sendiri tak tahu.
“Ibu,
mana Rill?”
“Rill?!”
Masing-masing
berbalas pandang bila mendengar nama yang keluar dari mulut Alisya adalah
Hazrill dan bukan Doktor Nadzrin, bakal tunangnya. Doktor Nadzrin betul-betul
tak puas hati bila Alisya menyebut nama lelaki lain sebaik sahaja tersedar dari lena.
“Siapa
Rill? And kenapa you cari dia?!!”
“Doktor
Nadzrin nak tinggi-tinggikan suara pada saya ni kenapa? Saya cari bakal tunang
saya… yang doktor menyibuk kenapa?”
Sekali
lagi masing-masing berbalas pandang sebaik sahaja mendengar kenyataan yang dikeluarkan
Alisya. Alisya dah ingat semula ke?
“I bakal tunang you! Bukan jantan tu!!”
Kening
Alisya hampir bercantum mendengar kata-kata Doktor Nadzrin itu. Kenapa pula dia
kata dia bakal tunang aku? Sejak bila pula aku nak bertunang dengan dia? Aku
dengan Hazrill dah janji nak kahwin. Macam mana pula wujudnya berita yang aku
nak bertunang dengan dia?
“Apa
doktor merepek ni? Bakal tunang? Bakal tunang saya tu Hazrill… ibu, kenapa
dengan doktor ni? Gila ke apa?”
“Isya,
kenapa cakap macam tu? Nadzrin memang bakal tunang kamu.”
Alisya
macam tak percaya bila mendengar cerita abah tak lama lepas itu. Dia kemalangan
and lupa semua tentang Hazrill? Mustahil...
semua ni amat mustahil! Tak kanlah dia boleh lupakan semua pasal Hazrill?
“Mana
Rill? Dia dekat mana sekarang? abah, ibu. Janganlah mendiamkan diri macam ni. Mana
Hazrill? Isya perlu jumpa dia sekarang.”
“Isya
kena sihat dulu baru kita boleh cari dia...”
Cari
dia? Maksud abah, Hazrill dah tinggalkan aku? Ya Allah, kenapa dia tinggalkan
aku? Hazrill tak boleh tinggalkan aku... tak boleh! Hazrill, kenapa awak
tinggalkan saya? Awak dah janji tak akan tinggalkan saya macam ni lagi.
“Eh,
you tu tunang I, sedap rasa sahaja you
nak cari jantan lain. Uncle dengan aunty ni pun sama! Dah tahu Alisya
dengan saya sekarang, kenapa nak sokong tindakan Alisya!”
Alisya
menarik nafas panjang bila melihat Doktor Nadzrin meninggikan suara bila
bercakap dengan orang tuanya. Dari mood
sedih terus bertukar menjadi bengang. Mamat ni memang tempah mautlah, berani
betul dia tinggi suara pada orang tua aku? Depan aku pula tu? Aku ni dahlah
tengah tak ada mood. Macam manalah
aku boleh nak bertunang dengan mamat ni...
“Doktor Nadzrin boleh tak keluar dari wad ni sekarang
juga? Saya nak berehat and lagi satu
tak ada apa pentingnya doktor nak duduk dekat sini lama-lama. Saya bukan
siapa-siapa pada doktor dan doktor bukan siapa-siapa dalam hidup saya. By the way Doktor Nadzrin, dengar baik-baik apa yang saya nak
cakap ni sebab saya tak akan ulang dah lepas ni... saya tak sudi nak bertunang
dengan orang yang kurang ajar pada orang tua saya macam doktor ni! Dahlah
belagak bagus. Entah macam manalah saya nak bertunang dengan doktor dulu...”
“You!!”
Tangan
Doktor Nadzrin hampir melekat di pipi
Alisya namun cepat-cepat Alisya menepis dan menghadiahkan sebuah penumbuk di
pipi doktor belagak bagus tu. Terkejut semua yang ada tu bila tengok Alisya
menumbuk seorang lelaki yang merupakan bakal tunangnya sendiri.
No comments:
Post a Comment