Myra terus menarik tangan Amani masuk ke dapur.Waktu tu
Amsyar dengan Imtiyaz
betul-betul terkejut nampak mereka dekat situ.
“Hai,kau
orang tak tidur lagi?”
“Belum
mengantuk lagi.Kau orang pulak?”
“Turun
nak minum air.”
Amani
yang berdiri di sebelah Myra tu hanya tunduk mendiamkan diri.Ya Allah,aku
betul-betul terharu dengan sikap Imtiyaz yang melindungi
aku itu.
“Amani,kenapa
diam je?”
“Oh,saya
mengantuk je.”
Keesokan
paginya,aku dengan Amani terbabas tidur gara-gara bersembang hingga ke
subuh dengan Imtiyaz dan Amsyar.
“Kita balik
pukul berapa?”
“Imtiyaz
cakap tengah hari..Entah dah bangun ke tak dia tu.”
“Jomlah
kita keluar.Nanti apa kata dia orang kita bangun lambat?”
Waktu
dia orang turun ke tingkat bawah,rumah dah sunyi sepi.Huh?Apasal ni?Dia orang
ada plan ke
mana-mana ke?
“Mana
semua orang?”
“Entah,cuba
call Imtiyaz...”
Baru je
Amani nak panjat anak tangga ke tingkat atas,Amsyar yang baru keluar dari
dapur terus menegur mereka.
“Kau
orang nak makan ke?”
“Amsyar,mana
semua orang?Kenapa senyap je rumah ni?”
“Oh,dia
orang..Dia orang keluar.Nenek tak bagi kejut kau orang tadi,tu yang saya dengan
Imtiyaz biarkan je.”
“Imtiyaz
mana?”
“Lepak
dekat belakang rumah.Jomlah join
sekali.”
Amani
dengan Myra terus berjalan ke belakang rumah banglo dua tingkat tu.Masing-
masing terpukau bila nampak air terjun belakang rumah tu.
“Ya
Allah..”
Bila
Amsyar memberi isyarat agar aku ikut dia,aku terus meninggalkan Myra dengan
Imtiyaz berdua menikmati pemandangan indah di situ.
“Inilah
tempat favourite saya bila balik
rumah nenek.Cantikkan?”
“Cantik
sangat-sangat..Rasa tenang bila ada dekat sini.”
“Myra,saya
dah fikir masak-masak.”
“Hurm?”
“Saya
rasa lebih baik kita akhiri hubungan kita dengan pernikahan.Lagi pun buat apa
nak
tunggu lama-lama?”
Sekembali
dari rumah nenek Imtiyaz,Myra banyak tersenyum dan termenung.Aku dekat
sebelah dia ni dah rasa pelik satu badan.Apasal dengan
minah ni?Kena sampuk apa?Sikit-sikit
senyum.
“Myra,awak
dah kenapa?”
Tengok,dia
masih senyum lagi.Apa yang tak kena dengan dia hari ni?Dia hanya pandang
muka aku sambil tersenyum tanpa mahu mengulas apa-apa.Aku
rasa dia dah gilalah.
“Myra!!!”
“Huh?Apa?”
“Awak
dengar tak saya tanya apa tadi?”
“Sorry,saya
tak perasaanlah.Awak tanya apa?”
“Saya
tanya awak kenapa?Asyik senyum je lepas Imtiyaz hantar kita balik.”
“Oh..”
“Ohh??”
Myra
kembali tersenyum hingga membuatkan aku semakin aneh dengan keadaan dirinya.
Apa yang dah jadi pada dia?Aku yakin mesti ada sesuatu
yang terjadi antara mereka berdua
waktu Amsyar suruh aku ikut dia tadi.Agak-agaknya apa
yang dah jadi ye?
“Myra,janganlah
senyum..Ceritalah dekat saya.”
“Amsyar
ajak saya kahwin!”
“Oh..What?!Kahwin?Really,Myra?Akhirnya kau orang akan disatukan juga..Bila
tarikhnya?”
“Hujung
minggu ni keluarga Imtiyaz nak datang jumpa ummi dengan walid.”
“Kalau
macam tu,petang ni jom kita pergi celebrate
nak?”
“Celebrate?Dekat mana?”
“Tempat
biasa?Saya belanja.”
“Kita
ajak Imtiyaz dengan Amsyar sekali nak?”
Aku
hanya menggangguk menyetujui idea Myra tu.Lagi ramai lagi meriahkan?Sementara
Myra menghubungi kekasih tersayang,aku terus berjalan ke
bilik basuh di tingkat dua dengan
bakul baju kotor yang hampir penuh.
No comments:
Post a Comment