“What?!!”
“Yalah,
tak lama lagi ka... eh, silap... Hazrill nak kahwin. Saya dah tak ada kawan
tahu tak? Nana pula kena ikut Iskandar. Huh, susah betul kawan baik kahwin
dengan kawan baik. Dah sekarang ni terdesak nak cari suami.”
Mata
Hazrill membuntang mendengar kata-kata yang tak disangka-sangka akan keluar
dari mulut Alisya. Biar betul Alisya terdesak nak cari suami? Dia betul-betul serious ke nak cari suami?
Sebut
nama Nana, apalah cerita dia sekarang. Hurm, lepas balik kampung atuk lepas
Nana operate mata dia tak sangka pula
dia dengan Iskandar akan jatuh cinta. Aku betul-betul tak sangka langsung. Sekarang
dia dah ada anak seorang. Baru-baru ni aku dengar Nana tengah alah sekarang. Nampaknya
sekali lagi aku akan datang kenduri cukur jambul anak keduanyalah.
“Uitt,
menung apa tu? Nak duduk sini sampai senja ke?”
“Hazrill,
sebenarnya... aku... eh, silap lagi. Susahlah nak tukar.”
“Lama-lama
nanti biasalah.”
Alisya
terus bercekak pinggang. Dia ingat aku ni apa? Isteri? Tunang? Kekasih? Adik? Yang
nak dipaksa-paksa macam ni?
“Banyaklah
kau. Kau ingat aku wife kau ke nak
paksa-paksa?”
“Bukan
kau tapi Hazrill dan bukan aku tapi Alisya. Bukan Isya wife Rill ke? Dua tahun lepas time
dengan Sufi dulu?”
Mamat
iinikan, tak dapat bezakan lakonan dengan reality
ke? Huh, menyesal aku tolong dia. Sepatutnya aku biarkan sahaja dia dulu. Kalau
aku tahulah macam ni jadinya tak nak aku tolong.
“Dahlah,
malas nak layan. Balik bilik lagi bagus.”
“Ala,
Isya… tak akan gurau sikit pun nak sentap?”
“Gurau
sikit? Cik abang, nak bergurau pun ada limitnya.”
Hazrill
hanya tersengih malu sambil menggaru pipinya perlahan. Alisya panggil aku
abang? Macam sweet sahaja Alisya
panggil aku abang… kan best kalau
Alisya panggil aku abang lepas ni.
“Kau
dah kenapa, Hazrill? Tersengih macam kerang busuk.”
“Aku
malulah…”
“Dah
kenapa pula kau malu tiba-tiba ni?”
“Kau
panggil aku abang… macam sweet
sahaja.”
Alisya
terus membuat muka macam seolah-olah dia mahu muntah. Hazrill ni gediklah… suka
sangat ambil serious tentang sesuatu
benda yang aku cakap.
“Gediklah
kau… aku balik dululah, malas nak layan kau lama-lama macam ni.”
YA ALLAH,pada mu ku datang pada mu ku kembali.sedeh sesngt dek...hidup ku mati ku ade lah di tangan mu YA ALLAH.tabah lh hazrill ape pun ketentuan nye,terima lah dengan penuh redha.
ReplyDeleteSdih?Alhamdullilah,mnjadi jugak sedihnya.thanks sudi baca ok?
Delete