MALAM
itu
seperti yang dijanjikan, Alisya dengan Hazrill keluar dinner sama-sama. Pada mulanya Alisya menolak tapi selepas Nana
berjaya yakinkan Alisya yang dia akan okey duduk chalet seorang diri barulah Alisya bersetuju nak teman Hazrill dinner.
“Hurm,
kenapa tak ajak Aidil sekali?”
“Err,
Rill... aku dengan dia...”
“Order sir?”
Pelayan
yang tiba-tiba datang menghentikan perbualan antara kami berdua. Hisyh, kalau
ya pun nak ambil order, janganlah
secara tiba-tiba. Buat aku terkejut sahaja. Mujur tak tertepis tangan dia.
“Alisya
nak makan apa?”
“Hurm,
nasi goreng ayam dengan iced lemon tea.”
“Sama
ya?”
Lepas
pelayan tu beredar, Hazrill kembali memandang ke mukaku. Hisyh, mamat ni… pandang
aku macam nak telan. Aku nak sambung balik cerita aku pun takut.
“Cepatlah,
sambung cerita kau...”
“Janganlah
pandang aku macam tu. Dari gaya kau, macam nak telan aku sahaja.”
“Sorry, teruja pula. Dah, cepat cerita.”
Macam
mana ya dia nak menerangkan semuanya pada Hazrill? Agaknya apa reaksi Hazrill
tatkala mendengar apa yang akan disampaikan ini.
“Aku
dengan Aidil dah tak ada apa-apa kaitan.”
Hazrill
mengerutkan dahinya tak lama lepas itu. Apa maksud Alisya dengan dia dan Aidil
sudah tiada apa-apa kaitan? Bukan mereka dah bertunang ke?
“Eh,
maksud kau? Bukan dia tunang kau ke?”
Alisya
menggelengkan kepalanya. Aidil adalah suami kakaknya dan bukan tunangnya lagi. Sampai
ke saat ini pun, hati dia masih sakit dengan perkahwinan mereka berdua.
“Dulu
ya, sekarang ni dia abang ipar aku.”
Hampir
tersembur air di dalam mulut Hazrill. Alisya ni buat lawak ke apa? Patutlah... patutlah
Aidil minta aku balik Malaysia. Rupa-rupanya benda ni yang jadi.
“Aku
tak faham. Diakan tunang kau, macam mana dia boleh jadi abang ipar kau pula?”
“Sebelum
ni, segalanya okey sahaja antara kami hinggalah aku pergi New York untuk sambung master...
mungkin sebab kealpaan aku, membuatkan dia orang rapat. Ibu banyak kali juga
luahkan kesangsian dia dekat aku bila mereka terlalu rapat tapi bagi aku, apa
salahnya mereka rapat? Lagipun dia nak jadi family
kami tak lama lagi.”
“Sabar,
Alisya...”
“Aku
dah penat bersabar… walaupun mereka buat aku macam ni, tak pernah terlintas
dalam hati aku ni walaupun sebesar zarah pun nak rampas balik Aidil daripada
dia.”
Hazrill
merasa sebak yang teramat sangat tatkala melihat air mata Alisya berlinangan
membasahi pipi. Dia ingat selama ni dia berada di luar negara, Alisya bahagia
dengan Aidil. Tak sangka pula ini yang terjadi.
Akhirnya
sampai ke sudah nasi goreng ayam langsung tidak berusik dan hanya iced lemon tea sahaja yang luak sedikit.
Alisya dengan Hazrill betul-betul dah hilang selera nak makan.
“So, apa plan kau?”
“Kalau
mata Nana boleh dibedah, aku tunda dulu plan
aku nak berhijrah. Maybe ke overseas...”
“Overseas? Buat apa? Akukan ada dekat
sini...”
Hazrill
menentang keras niat Alisya untuk berhijrah ke overseas. Dia tak mahu sahabatnya itu pergi jauh darinya. Dia
kembali kerana gadis itu dan tak mungkinlah dia akan membiarkan gadis itu pergi.
“Cari
ketenangan, mulakan hidup baru and maybe
cari bakal suami...”
Membuntang
terus mata Hazrill tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Alisya
itu. Dia yang salah dengar atau Alisya betul-betul serious nak cari bakal suami di negara orang?
“Tak
perlulah pandang aku sampai macam tu sekali… aku bergurau sahaja.”
No comments:
Post a Comment