Aku dengan Amsyar yang duduk di hadapan saling
berpandangan bila melihat tiada respon daripada Myra.Nampaknya marah sangat
Myra kali ni.
“Myra,boleh
bagitahu abang kenapa Myra senyap macam ni?”
Myra tetap
mendiamkan diri sambil membuang pandangan ke luar tingkap kereta.Lambatnya nak
sampai hostel.Kalau aku tahulah macam ni jadinya,baik aku balik naik bas dengan
Amani.
“Amsyar,awak
boleh drive cepat sikit tak?Saya ada hal sekejap lagi ni.”
“Hah?Okey.”
Myra
kembali mendiamkan diri selepas mendapat feed back daripada Amsyar.Cepatlah
sampai hostel..Aku dah tak sanggup duduk lama-lama dalam kereta ni dengan mamat
sebelah aku ni.
Sebaik
saja mengambil barang dalam boot kereta,Myra terus berlalu pergi meninggalkan
Amani yang masih terkial-kial mengambil barang.Mujur ada Amsyar yang datang
membantu.
“Maaflah
dah susahkan awak,Amsyar.”
“It’s
okey.”
“Myra tu
masih lagi marah tu.Insyaallah tak lama lagi dia akan okeylah
tu.So,Imtiyaz.Janganlah pula leka daripada memujuk.”
“Dia marah
saya kenapa?”
“Awak
selidik sendiri,Imtiyaz..Assalamualaikum,terima kasih Amsyar hantar kami
balik.”
Aku terus
berlalu dengan beg plastik sarat di tangan.Myra ni kalau dah marah,barang yang
dekat tangan dia je dia bawa yang lain terus dilupakan.Seperti selalunya,akulah
yang menjadi mangsa mengangkat barang-barang dia sekali.
“Myra..Myra..Bilalah
nak matang sikit.”
Waktu aku
melangkah masuk ke dalam bilik,Myra dah menghadap laptopnya dengan mata yang
berkaca-kaca.Hurmm,apalah nak jadi dengan dia ni.
“Myra,ni
barang-barang awak saya letak dekat sini.”
Bila
melihat tiada apa-apa respon daripada Myra,aku terus mencapai towel dan
barang-barang keperluan mandi.Sebab dia je aku boleh gila lama-lama.
Malam tu
ketika aku melayari facebook,aku terbaca satu status Myra yang dipost beberapa
jam lepas.
Myra94:
Hurm,apa-apa
jelah Myra ni.Tak faham betul aku dengan dia ni.Susah sangat ke nak bertanya
terus pada Imtiyaz?Tak payahlah dia makan hati sampai begini sekali.
Keesokan
harinya ketika aku membuka loker,sekeping nota lagi jatuh di atas lantai.Belum
sempat aku nak mengutipnya,Amsyar terlebih dahulu mengutipnya.
I love you without knowing how, or when, or from where.
I love you simply, without problems or pride: I love you in this way because I
do not know any other way of loving but this, in which there is no I or you, so
intimate that your hand upon my chest is my hand, so intimate that when I fall
asleep your eyes close. –
Mr. I-
“Mr.
I?Oh,dear.Tak sangka pula awak ada peminat.”
“Amboi,sedapnya
baca orang lain punya note.”
“Oh,tak
boleh eh?”
Aku
hanya menjongket bahuku.Sebaik saja nota tu bertukar tangan,aku terus
menyimpannya ke dalam handbag.Suka-suka je dia baca note untuk aku.Tak malu
punya Amsyar.
“Sorry
okey,saya tak sengaja..”
“It’s
okey,cuma lepas ni jangan buat lagi.”
“Baik,boss!”
Aku
tertawa kecil sambil menggelengkan kepalaku.Tak sangka pulak aku yang Amsyar ni
tak matang rupanya.Sama je perangai macam Wani,kanak-kanak ribena!
Tanpa disedari dari jauh ada mata yang memandang ke
arah kami dengan pandangan benci.Kau jangan ingat semudah tu kau nak rampas
Amsyar daripada aku!Kau tunggu nasib kau,Amani.Kau tunggu!
“Okeylah,saya
ada kelas ni..”
“Boleh
kita jumpa lepas kelas?”
“Lepas
kelas?Hurmm,ulat bulu dah datang nampak.”
“Ulat
bulu?Haha,apa salahnya kan?”
Aku
terus berjalan meninggalkan Amsyar di hadapan lokerku dengan senyuman yang
masih terlakar di bibir.Ada-ada jelah kawan baik Imtiyaz ni.
“Amani!!”
“Huh?”
Aku
terus menoleh ke belakang bila mendengar suara orang memanggil nama aku.Imtiyaz
termengah-mengah berlari ke arahku.
“Ada
apa,Imtiyaz?Saya ada kelas ni.”
“Myra
mana?Saya call dia tak berangkat,saya mesej dia tak berbalas.Dia masih marah
lagi ke?”
“Saya
nak cepat ni,Imtiyaz..Nantilah kita jumpa,saya ajak Myra sekali.”
BETSAMBUNG...
jgn lh merajuk lama2 myra... pape pun kena lh selesai kn cara tg baik bkn cam tuh.....cepat tua lh kalu sllu merajuk myra...hehe nk g del tk puas lh...
ReplyDelete