Keluarga?!
Jadi, budak lelaki tu anak Hazrill? Dan wanita yang berjubah tu pula isteri
Hazrill? Ya Allah, sampainya hati Hazrill buat dia macam ni? Dia tunggu lelaki
itu macam orang gila tapi ini yang dia dapat?
“Kenapa
Rill buat Isya macam ni? Kenapa, Rill?”
“Kenapa
awak tanya? Semua ni sebab awak. Kalau awak tak hancurkan hati saya dengan
pertunangan awak dengan doktor tu, saya tak akan buat macam ni.”
Alisya
terus memegang tangan Hazrill. Dia tak percaya yang Hazrill akan buat dia macam
ni. Hazrill cintakan dia… kenapa Hazrill buat dia macam ni?
“Isya
dengan Doktor Nadzrin tak jadi bertunang, Rill...”
Hazrill
menarik tangannya kembali daripada terus dipegang oleh Alisya. Dia sudah
berjanji dengan Maisara dan anaknya yang dia akan belajar menyayangi mereka.
Dan kalau boleh dia tak naklah mereka salah faham melihat Alisya memegang
tangannya.
“Dah
terlambat, Alisya. Terlambat. Mereka sekarang hidup saya... nyawa saya. Saya tak
akan lepaskan mereka semata-mata nak kembali pada awak. Saya tak akan sesekali
lakukannya sebab mereka adalah kebahagiaan saya sekarang.”
Alisya
hampir terduduk bila mendengar kenyataan yang diberikan Hazrill kepadanya. Mereka
adalah kebahagiaan Hazrill? Sebak yang bertandang di dada cuba ditahan seboleh
mungkin.
“Rill
dah nekad?”
Hazrill
menganggukkan kepalanya tanpa memandang wajah Alisya. Dia takut dia jadi tak
sampai hati untuk melupakan gadis itu jika melihat wajah gadis itu. Jadi, lebih
baik dia tidak memandang wajah gadis itu.
“Saya
dah nekad dengan keputusan saya… saya harap awak akan lupakan saya.”
“Isya
tak akan ganggu atau harapkan Rill lagi lepas ni. Semoga bahagia dengan
keluarga Rill ni. Terima kasih sebab beri Isya kesempatan untuk rasa kebahagian
yang pernah Isya miliki suatu masa dahulu. Isya akan doakan kebahagiaan Rill…”
Alisya
terus berpaling dan terus melangkah pergi dari situ dengan linangan air mata. Hazrill
dah mulakan hidup baru dan dia dah ada pengganti aku. Untuk apa aku merayu pada
dia kalau hati dia dah dimiliki sepenuhnya wanita tu? Aku tak akan merendahkan
diri aku untuk merayu pada dia lagi kerana dia dah jumpa kebahagiaan yang
selama ini dicari.
“Isya,
ke mana Isya pergi? Merata Kak Sara cari Isya tahu tak?”
Makin
laju air mata Alisya menitis membasahi pipi sebaik sahaja terserempak dengan Kak Sara dan Aidil. Kak
Sara jadi kaget bila melihat adiknya menangis sebegitu rupa. Apa yang dah jadi
ni? Bukan ke adiknya okay ketika
mereka tinggalkan tadi?
“Isya,
kenapa ni? Apa yang dah jadi?”
“Kita
balik bilik dulu, Sara. Ramai yang tengah pandang kita.”
MALAM
tu Aidil dengan Kak Sara buat keputusan untuk bawa Alisya kembali ke KL semula
esok pagi. Buat apa mereka nak berlama-lama di situ jika hanya akan menambah
luka di hati Alisya jika terserempak dengan Hazrill dan keluarga barunya itu di
mana-mana.
“Ke
Isya nak tinggal sini sehari dua lagi?”
Alisya
menggelengkan kepalanya laju sambil menyumbat semua baju-bajunya ke dalam beg.
Buat apa dia nak tinggal di sini sehari dua lagi? Kalau boleh dia nak balik ke
KL malam ini juga.
“Kalau
boleh Isya nak keluar dari pulau ni malam ni juga.”
“Hurm,
kalau macam tu Isya rehat dululah. Kak Sara dengan Aidil keluar dulu ya.”
“Hurm...”
Selepas
siap mengemas beg pakaian, Alisya terus menyarung tudung dan terus berjalan ke
arah pantai yang ternyata masih banyak lagi pelancong berada di situ. Ada yang
buat unggun api, ada yang menari dan macam-macam lagilah.
Alisya
mengambil keputusan untuk mengisi perut di kedai makan berhadapan dengan pantai.
Berakhir sahaja malam ni, maka berakhirlah kenangan dan cinta antara aku dengan
Hazrill. Aku dah buat keputusan untuk lupakan dia sekali gus melupakan kenangan
yang tercipta di antara kami.
“Nak
makan apa?”
“Bihun
sup dengan teh o ais limau ya.”
“Okey,
tunggu sekejap.”
Apa
khabar Nana agaknya ya? Lama juga aku tak jenguk dia atau bertanya khabar. Dia
bersalin anak kedua ni pun aku masih belum ada kesempatan nak pergi menjenguk. Lepas
balik KL nanti, ajak ibu dengan abah balik kampunglah. Boleh jenguk mereka.
“Assalamualaikum...”
“Wa’alaikumussalam...”
“Awak
ni kawan abang?”
Sambungan.....
ReplyDelete