Alisya
merenung wajah wanita yang bertudung litup di hadapannya dengan pandangan yang
aneh. Abang mana pula ni? Siapa pula perempuan di hadapannya ini? Tiba-tiba
sahaja datang bertanyakan tentang abang yang entah siapa pada dia.
“Abang?
Siapa? I minta maaf tapi rasanya you silap orang.”
“Saya
nampak awak cakap dengan abang petang tadi.”
Dahi
Alisya terus berkerut. Siapa perempuan ni? Apa maksud dia? Nampak aku cakap
dengan abang petang tadi? Abang siapa? Aku mana kenal mana-mana abang pun hari
ni. Aku cuma bercakap dengan...
“Maksud
you, Hazrill?”
“Ya,
saya datang sini sebab nak minta awak jauhkan diri daripada dia. He’s mine.”
Alisya
menganggukkan kepalanya perlahan. Dia tahu Hazrill milik wanita itu dan rasanya
tak perlu kot nak mengingatkan dia tentang hakikat tu lagi. Dia belum nyanyuk
lagi…
“Ya,
I tahu. He’s yours. You jangan
risau sebab I dengan dia dah tak ada
apa-apa hubungan. Sekarang ni kami bukan couple
atau pun kawan. Dia hanya sejarah dalam hidup I and begitu juga sebaliknya.
He’s yours…”
Wanita
yang bertudung litup itu terus memegang tangan Alisya dengan suara yang tersekat-sekat
memohon agar Alisya tidak lagi mengganggu Hazrill. Hazrill bukan Hazrill yang
dulu lepas dia berjumpa dengan gadis di hadapannya ini. Hazrill dah banyak
berubah.
“Saya
tak tahu saya boleh percayakan awak atau tak. Tapi malam ni saya nak merayu
pada awak. Tolonglah kotakan apa yang awak cakap pada saya ni. Kalau awak nak
saya melutut pun saya sanggup. Awak tahu tak yang dia dah berubah lepas jumpa
awak? Saya minta pada awak… tolonglah pergi dari hidup kami dan jangan jumpa
Hazrill lagi. Kami sudah berkeluarga.”
Alisya
mengeluh perlahan bila mendengar kata-kata wanita di hadapannya ini. Terasa
rendahnya martabat seorang wanita bila sanggup melutut pada perempuan lain demi
seorang lelaki. Dia terus meletakkan not lima puluh di atas meja sebelum
berlalu daripada restaurant tu. Hilang
terus mood aku nak makan malam ni.
Sewaktu
Alisya menyusuri pantai, Alisya betul-betul tak sangka akan terserempak dengan
Hazrill. Niat di hati nak menyapanya tapi bila teringatkan kata-kata wanita
tadi tu, dia terus melangkah pergi tanpa menoleh sesaat pun pada Hazrill
walaupun hampir berselisih bahu tadi.
‘Selamat
tinggal, sayang... ’
Hazrill
menundukkan kepalanya memandang pasir di kakinya. Alisya langsung tak menegurnya
ketika berselisih tadi. Setitis demi setitis air matanya jatuh di atas pasir. Kenapa
payah sangat untuk melupakan awak, Alisya? Kenapa susah sangat nak buang awak
dari hati saya? Kenapa awak muncul di sini ketika saya dah berjanji dengan
seseorang untuk mulakan hidup baru dengan dia? Kenapa lambat baru awak sedar?
“Abang?”
“Apa
awak buat dekat sini?”
“Kenapa
abang sanggup buat saya macam ni?”
Hazrill
mengeluh perlahan bila Maisara mula menangis teresak-esak. Murah sangat ke air
mata wanita itu hingga perkara kecil pun mampu buat dia menangis sebegini rupa?
Dia tak ada buat salah apa-apa pun sampai wanita itu mahu menangis.
“Apa
yang awak merepek ni? Buat apa?”
“Abang
dah janji akan sayangkan saya dengan anak kita. Tapi kenapa dia masih ada dalam
hati abang? Kenapa abang sanggup buat saya macam ni?”
Hazrill
meraup mukanya kesal. Dia tahu dia sudah berjanji dengan Maisara dan Naufal
untuk mulakan hidup baru… tapi buat masa ni dia perlukan masa untuk melupakan
segalanya.
“Maafkan
saya... saya tahu saya dah janji dengan awak. Boleh awak bagi saya masa untuk
lupakan semua ini?”
SELEPAS
hantar Maisara balik, Hazrill ambil keputusan untuk mengambil angin malam di
tepi laut. Seandainya apa yang telah berlaku antara dia dengan Maisara dulu tak
pernah terjadi, dia dengan senang hati akan kembali ke pangkuan Alisya. Kalau
dia boleh kembali ke masa lalu, dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubah semua ini.
Kalaulah...
kalaulah dia ada kuasa untuk mengubah segalanya. Alisya, I don't deserve you... I never did. Saya tak layak untuk
mendampingi awak. Apa yang dah terjadi antara saya dengan Maisara tak boleh
diubah. Naufal anak saya dan saya kena bertanggungjawab atas perbuatan saya
dulu.
“Hazrill...”
Waktu
Hazrill menoleh, satu tumbukan padu hinggap di pipinya hingga membuatkan dia
terduduk di atas pasir. Aidil? Macam mana dia boleh ada dekat sini?
“Kau
buat apa dekat sini?”
Hazrill
mengesat kasar bibirnya yang sudah berdarah. Ni mahu bengkak esok pagi ni. Apa
yang Aidil buat di sini agaknya? Dia datang dengan Alisya sekali ke?
“Kenapa
kau buat macam tu pada Alisya?!! Kalau aku tahulah kau hanya nak mempermainkan
hati dan perasaan dia sahaja, aku tak minta kau baliklah!”
“Aku
balik bukan sebab kau yang suruh, Aidil. Aku balik sebab Alisya.”
Makin
berang Aidil bila mendengar kata-kata Hazrill itu. Sekali lagi dia melayangkan
buku limanya ke muka lelaki itu. Kalau lelaki itu balik sebab Alisya, kenapa
menghancurkan hati gadis itu?
“Kalau
kau balik demi dia, kenapa kau buat dia macam ni?! Kau tahu dia cintakan kau!
Jangan berani kau guna alasan dia hilang ingatan untuk kau hancurkan hati dia.
Aku menyesal minta tolong kau!”
Hazrill
bertindak mendiamkan diri bila Aidil menyoalnya tentang keputusannya
meninggalkan Alisya. Sesekali Hazrill mengesat matanya guna tangan. Andai dia
beritahu Aidil tentang perkara sebenar, nak ke Aidil berkawan dengan dia lagi?
“Aku
sayang Alisya sebab tu aku nak yang terbaik untuk dia. Kau tahu betapa
bersalahnya aku setiap hari tengok dia macam ni. Dia dah macam mayat hidup
waktu kau tinggalkan dia. Hanya nama kau sahaja yang keluar mulut dia setiap
masa. Kau tahu tak, kau tak pernah hilang daripada ingatan dia daripada dulu
hingga sekarang? Kau tahu apa yang membuatkan aku beralih arah pada Sara? Dari
dulu lagi dia dah cintakan kau tapi aku sengaja buat-buat tak nampak sebab aku
tak nak kehilangan dia! Sebab tu aku sanggup fitnah kau dulu! Kau tahu tak
betapa hancurnya hati aku bila dia sibukkan hal kau sedangkan hari tu birthday aku tapi hanya kau, hanya kau
yang dia ingat! Dua puluh empat jam masanya adalah untuk bersama kau.”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment