Hazrill
terus memandang wajah Aidil tidak percaya. Betul ke apa yang dia dengar tadi?
Atau dia hanya salah dengar sahaja? Maknanya… Alisya dah lama sukakan dia? Ya
Allah, kenapalah baru sekarang dia tahu semua benda ni?
“Apa
maksud kau?”
“Ya,
dia memang cintakan kau dari dulu sampai sekarang! Kaulah lelaki pertama yang
menghuni hati dia! Macam-macam yang aku kena buat untuk buat dia jatuh cinta
pada aku tapi kau tetap yang pertama dalam hati dia! Apa yang aku buat untuk
dia semuanya tak berguna sebab hanya kaulah segalanya buat dia! Kau tahu betapa
hancurnya hati aku bila setiap kali aku ajak dia keluar, hanya nama kau yang
dia sebut! Hanya Hazrill, Hazrill, Hazrill dan Hazrill! Lepas aku fitnah kau
dulu barulah dia nampak aku.”
Hazrill
terus menerus bertindak mendiamkan dirinya. Ya Allah, kalau dari mula aku tahu
mengenai hal ini pasti aku tak akan bawa diri ke oversea dan aku tak akan bertemu Maisara dan tak akan terlanjur
dengan Maisara.
“Kenapa
kau hancurkan hati dia, Hazrill?”
Hazrill
tetap mendiamkan dirinya tanpa mahu membela dirinya di hadapan Aidil meskipun
pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya. Biarlah lelaki itu nak cakap apa pun…
dia tak kisah kalau lelaki itu nak memaki hamunnya kerana dia layak
menerimanya.
“Aku
betul-betul kecewa dengan kau… kau dah janji nak jaga Alisya.”
“Maafkan
aku, Aidil. Aku bukan orang yang layak untuk mendampingi Isya.”
“Kenapa
kau cakap macam tu?”
Hazrill
menggelengkan kepalanya perlahan sebelum berlalu meninggalkan kawasan pantai
itu dengan pipi yang mula dibasahi dengan air mata. Ya Allah, tabahkanlah
hatiku untuk melupakannya.
BAB TIGA BELAS
KEESOKAN harinya,
Alisya terus bangun meninggalkan cafe
beberapa minit kemudian sebaik sahaja dia terpandang wajah Hazrill dan keluarga
barunya sedang melangkah masuk ke dalam café..
Sebelum dia tinggalkan pulau ni, dia nak habiskan masa berseorangan di tepi
pantai.
Hari ini dia akan kembali semula ke
KL. Harapannya agar dia dapat melupakan Hazrill sebaik sahaja dia meninggalkan
pulau ini. Biarlah semua memorinya bersama lelaki itu terkubur di pulau ini.
‘Hazrill,
biarlah semua cinta kita terkubur dekat sini. Saya bukan perampas atau perosak
keluarga orang meskipun orang lain yang merampas dan merosakkan kebahagiaan
saya. Saya doakan awak bahagia di samping keluarga awak. ’
Ketika
Alisya memadam semua gambar-gambarnya dengan Hazrill di facebook, dia terasa seakan mahu menangis ketika mendengar
sekumpulan budak-budak muda yang duduk tidak jauh daripada dia mendendangkan
lagu kegemaran dia dan Hazrill, love sick.
Setitis
demi setitis air matanya mula membasahi pipi. Ya Allah, kenapa payah sangat
untuk aku buang dia daripada hati dan ingatan aku? Kenapa dulu dengan mudahnya
aku melupakan cinta aku pada Aidil tapi tidak kini?
‘Mungkin
sudah terlalu lama Hazrill berada dalam hati aku. ’
“Alisya...”
Cepat-cepat
Alisya mengelap pipinya yang basah dengan air mata tu dengan hujung selendang
yang dia pakai. Moga-moga Aidil tak nampak dia menangis tadi. Kalau boleh dia
tak mahulah mereka risaukan pasal dia lagi.
“Aidil?
You buat apa dekat sini? Kak Sara
mana?”
Aidil
terus melabuhkan punggungnya tidak jauh dari tempat Alisya duduk. Lama betul
tak duduk macam ni dengan adik iparnya itu. Sebenarnya dia dah lama tahu Alisya
menangis tapi dia berpura-pura tidak tahu.
“Sara
tengah beli air dekat situ. Dia suruh I
datang sini dulu.”
“Oh...”
Alisya
terus menguis pasir di kakinya menggunakan hujung kasut. Hazrill dah buat
keputusan untuk memulakan hidup baru dengan keluarganya tanpa aku. Aku pula
macam mana? Patut ke aku mengharapkan dia lagi?
“You okey?”
Alisya
memandang wajah Aidil sedikit hairan dengan pertanyaan itu. Kenapa tiba-tiba
sahaja lelaki itu bertanyakan soalan itu? Teruk sangat ke keadaan dia sekarang
ni?
“I
okey sahaja. Kenapa you tanya?”
Aidil
hanya mengangkat bahu tanda dia pun tak tahu kenapa dia tanya soalan begitu
pada Alisya. Mungkin dah terbiasa kot? Yalah, sejak kebelakangan ni dia dengan wife dia selalu ajukan soalan tu
berulang kali pada Alisya.
“Dah
terbiasa tanya you macam tu.”
“I redha dengan apa yang jadi antara I dengan Hazrill. Kami memang tak ada
jodoh. Kalaulah I tahu macam ini
jadinya, lebih baik I terus hilang
ingatan.”
Berubah
terus wajah Aidil mendengar kata-kata Alisya itu. Ya Allah, kenapa Alisya
bercakap macam orang yang tak beriman? Ke mana hilangnya Alisya yang dia kenali
dulu yang sentiasa matang bila berkata-kata?
“Isya,
tak baik you cakap macam ni. You tahu kenapa dia nak kahwin dengan
Maisara?”
Alisya
menggelengkan kepalanya sambil memandang ke arah laut yang terbentang luas di
hadapannya. Untuk apa dia mengambil tahu sebab apa Hazrill nak kahwin dengan
Maisara? Lepas ni biarlah lelaki itu nak buat apa… dia dah tak nak ambil tahu.
“Buat
apa I nak ambil tahu jika buat tambah
sakit hati I? Cukuplah I kecewa
menerima berita tentang keluarga dia. I
dah tak sanggup nak dengar apa-apa pasal dia lagi.”
Aidil
mengangguk faham sebelum dia membuang pandang ke arah laut yang terbentang luas
di hadapannya. Sesungguhnya dia tak pernah menghabiskan masa di tepi pantai di
pulau seperti ini kerana minatnya tidak cenderung ke arah ini.
“I tak pernah habiskan masa macam ni
dekat tepi pantai… tak sangka tenang juga ya rupanya kalau berada di sini.”
“Bukan
minat youkan? My sis pun tak minat
lautkan.”
Aidil
mengangguk laju. Dia dan isterinya berkongsi minat yang sama dan tak menggemari
benda yang sama. Mungkin itu yang membuatkan mereka serasi agaknya.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment