Thursday 15 October 2015

Atas kertas... part 1

PROLOG
SUDAH hampir tiga jam Mellyna menunggu di café study yang terletak berhampiran dengan rumah orang tuanya. Manalah lelaki yang beria sangat nak berjumpa dengan dia sampai tak boleh nak bercakap dalam telefon tu? Jadi nak jumpa atau tidak? Kalau dia ada hal ke apa… tak boleh inform pada aku dulu? Tak kanlah aku pula nak terhegeh-hegeh call or sms dia? Bukan aku yang beria-ia nak jumpa dia.
            Inilah yang paling dia benci dalam hidup. Menunggu orang ni sangat-sangat memerlukan kesabaran yang tinggi dan dia bukanlah seorang yang sangat penyabar. Lima minit lewat dia masih boleh bertolak ansur… tapi ini dah tiga jam lewat!
            “Susah berjanji dengan manusia yang tak menepati janji.”
            Sebaik sahaja terpandang wajah insan yang ditunggu-tunggu sejak dari tadi melangkah masuk ke dalam café, dia terus membatalkan niatnya untuk beredar dari situ. Sampai pun… ingatkan sesat tadi. Kalau lambat lagi beberapa minit, memang dia dah hantar map pada lelaki itu.
            “Kenapa tak order makanan dulu sebelum saya sampai?”
            “Agak-agak awaklah, Encik Addam… kalau dah tiga jam saya ada dekat sini dari kenyang pun boleh jadi lapar balik. By the way, awak sesat ke?”
            Addam terus melabuhkan punggungnya di hadapan gadis yang baru sahaja sehari bergelar tunangnya. Ini rupanya calon menantu pilihan mama. Orangnya boleh tahan… cantik pun cantik tapi masih tak dapat menandingi Bella. Kecantikan yang dimiliki oleh gadis itu belum dapat membuatkan hati dia tergugat. Bella masih jadi yang terutama di dalam hatinya.
            “Apa yang tak boleh beritahu dalam handphone sampai kena juga jumpa? Saya dah rugi tiga jam hari ni sebab tunggu awak. Banyak benda yang saya boleh buat daripada habiskan masa saya macam ni.”
            “Kita makan dulu…”
            “Saya tak lapar… straight to the point sahajalah, Encik Addam. Saya bukannya budak kecil lagi. Tak perlu nak berbahasa basi dengan saya.”
            “Kita bincang lepas kita makan.”
            Mellyna mengeluh perlahan. Ini yang paling aku tak gemar ni… dahlah tak minta maaf sebab buat aku tunggu dia hampir tiga jam dekat sini lepas tu nak paksa-paksa aku makan pula? Hurm, bagus sangatlah pilihan ummi dengan babah ni. Kalau aku tahu, dah lama aku pangkah awal-awal.
            “Saya cakap saya tak nak makan… kalau awak nak makan, makanlah. Saya nak balik. Awak simpan sahajalah apa yang awak nak cakapkan tu, saya tak nak dengar. Sia-sia sahaja masa saya terbuang macam tu sahaja.”
            Mellyna terus mencapai handbagnya untuk beredar dari situ namun Addam segera menghalang langkahnya. Ya Allah, kenapalah degil sangat gadis di hadapannya ini? Kalau gadis itu muhrimnya, sudah lama dia sekeh-sekeh kepala gadis itu.
            “Duduk dulu baru saya beritahu kenapa saya ajak awak keluar hari ni. But, first… sorry sebab saya datang lambat.”
            “So, apa yang penting sangat tu?”
            Addam merenung wajah gadis di hadapannya itu sambil melepaskan keluhan berat. Macam mana aku nak cakap dengan dia yang aku tak boleh kahwin dengan dia seperti apa yang family kami mahukan? Marah ke dia nanti?
            “Hello, Encik Addam… awak nak cakap ke atau awak nak tenung muka saya ni dua puluh empat jam?”
            “Saya nak putuskan pertunangan kita.”
            Terdiam terus Mellyna tatkala mendengar kata-kata lelaki itu. Wajah lelaki itu dipandang lama untuk mencari kepastian betul ke apa yang dia dengar tadi. Aku salah dengar ke apa tadi? Aku salah dengar rasanya ni…
            “Apa awak cakap?”
            “Saya nak putuskan pertunangan kita, Mellyna.”
            Okay, it’s not funny… lawak apa yang lelaki itu cuba buat sekarang ni? Serious memang tak lawak langsung. Mana ada orang baru bertunang semalam dah putus hari ni? Lelaki itu ingat dia apa? Mellyna, cool… mungkin dia ada reason dia tersendiri. Jangan cepat melatah, Mellyna.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment