HAZRILL
yang kebetulan tengah mengambil angin di tepi pantai selepas
menghantar Maisara dan anaknya pulang terus berasa cemburu yang
menggila sebaik sahaja ternampak Alisya duduk berdua-duaan dengan
Aidil di bawah pokok. Apa yang mereka berdua buat di situ?
“Hazrill,
boleh kita bercakap sekejap?”
Hazrill
menoleh bila terasa ada yang memegang bahunya. Kak Sara? Apa dia buat
dekat sini? Hazrill mengangguk beberapa kali sebelum melangkah ke
bawah pokok yang agak rendang. Apa yang Kak Sara nak cakapkan pada
dia lagi? Bukan ke semuanya dah selesai?
“Apa
yang Kak Sara nak cakap? Antara Isya dengan saya dah tak ada apa-apa.
Semuanya dah selesai punkan?”
“Kak
Sara cuma nak dengar kepastian dari mulut Rill. Cuma kali ni sahaja,
Hazrill.”
Nak
dengar kepastian apa lagi? Bukankah semuanya sudah jelas? Dia yakin
Alisya sudah beritahu segalanya pada wanita yang berdiri di
hadapannya ini.
“Kepastian
apa lagi yang Kak Sara nak dengar? Bukan semua dah jelas?”
“Kak
Sara cuma dengar dari mulut Isya sahaja sebelum ni. Betul ke apa yang
Isya beritahu Kak Sara sebelum ni?”
Hazrill
bertindak mendiamkan diri sambil menundukkan wajahnya memandang
butir-butir pasir yang melekat di kasutnya. Air matanya segera
ditahan daripada menitis. Kalau boleh dia tak mahu tunjuk yang dia
lemah di hadapan semua orang.
“Hazrill,
please
jangan mendiamkan diri macam ni.”
“Apa
yang Kak Sara dengar tu, itulah kebenarannya.”
Kak
Sara menggelengkan kepalanya tidak percaya. Dia tahu Hazrill cintakan
Alisya dan tak akan buat Alisya sebegini. Dia yakin Hazrill mempunyai
alasan yang kukuh kenapa dia buat macam tu.
“Tapi
kenapa, Hazrill? Bukan Rill cintakan Isya ke?”
“Memang
saya cintakan dia dan masih cintakan dia. Perpisahan adalah jalan
terbaik buat kami berdua. Kalau semua orang tahu sebab dia yang
sebenar, semuanya akan berterima kasih pada saya sebab buat keputusan
ni.”
Dahi
Kak Sara terus berkerut tatkala mendengar kata-kata Hazrill itu.
Semua orang akan berterima kasih padanya? Apa maksud lelaki itu?
Kenapa mereka nak berterima kasih kerana melukakan hati Alisya?
“Apa
maksud Rill? Kenapa pula nak berterima kasih atas keputusan Rill yang
dah menghancurkan hati Isya? Rill tahu tak yang Alisya tu menderita.
Lebih-lebih lagi bila Maisara datang jumpa dia semalam. Dan, apa
sebabnya Rill buat macam ni?”
“Maisara
jumpa dia?”
Kak
Sara mengangguk perlahan. Malam tadi Alisya menangis teresak-esak
meluahkan apa yang dia rasa ketika ibu kepada anak Hazrill datang
berdepan padanya. Bersusah payah dia memujuk Alisya barulah gadis itu
berhenti menangis dan akhirnya melelapkan mata.
“Kenapa
Rill buat macam ni? Kalau Rill cintakan Isya, Rill tak akan buat
macam ni.”
Hazrill
hanya menggelengkan kepalanya. Kalaulah mereka tahu sebab yang
sebenar kenapa dia sanggup buat keputusan sebegini yang bukan sahaja
menghancurkan hati Alisya tetapi hati dia juga, pasti mereka tak akan
menyalahkan dia atas keputusan yang dah dia buat ni.
“Rill?”
“Biarlah
saya seorang sahaja yang tahu kenapa dan mengapa saya buat keputusan
yang dah melukakan hati semua pihak. Saya kena tanggung apa yang saya
dah buat. Saya minta maaf bagi pihak Maisara. Saya tak tahu pula dia
datang jumpa Isya semalam.”
“Kenapa
mesti nak tanggung masalah ni seorang diri? Rill tahukan kami semua
sentiasa ada untuk Rill?”
Air
mata Hazrill jatuh berlinangan membasahi pipinya tak lama lepas itu.
Berat sungguh untuk dia buat keputusan untuk berpisah dengan Alisya.
Kalau boleh dia tak nak lukakan hati Alisya sekali lagi tapi dia tak
boleh lepas tangan dalam hal ni. Dia kena bertanggungjawab ke atas
Naufal dan Maisara.
“Rill
boleh share
dengan Kak Sara kalau Rill nak...”
“Saya
tak tahu... saya tak tahu macam mana semua ni boleh jadi. Sekarang ni
saya betul-betul buntu dan tak tahu nak buat apa. Kak Zita salahkan
saya seratus peratus.”
Kak
Sara terdiam mendengar setiap ayat yang keluar daripada mulut
Hazrill. Dia betul-betul tak dapat percaya apa yang dia dengar
sekarang ni. Hazrill buat keputusan untuk tinggalkan Alisya sebab
Maisara mengandung anaknya?
“Rill
ada buat ujian DNA?”
“DNA?”
“Tak
akan Rill tak pernah terfikir nak buat ujian DNA?
Manalah tahu Maisara sengaja nak perangkap Rillkan?”
Lama
Hazrill mendiamkan diri sambil memikirkan kata-kata Kak Sara tu. Test
DNA?
Ya Allah, kenapa aku tak pernah terfikir pasal benda tu? Nama sahaja
belajar sampai luar negara tapi langsung tak boleh fikir pasal tu.
“Cuba
buat dulu... dapat result
DNA
tu nanti barulah buat keputusan.”
“Kak
Sara boleh rahsiakan hal ni dulu daripada pengetahuan sesiapa tak?
Saya janji saya akan jelaskan pada Alisya nanti mengenai hal ni.”
“Inshaallah.”
Ya
Allah, semoga dengan test
DNA
itu dapat mengeluarkan dia dari dibelenggu masalah ini. Sesungguhnya
dia dah tak larat nak melayan kerenah Maisara. Kalau betul Naufal tu
anaknya, dia akan bertanggungjawab di atas segalanya tapi jika
sebaliknya… dia tak tahulah apa yang akan dia buat.
“Rill,
akak cuma luahkan pendapat sahajalah ni ya. Jangan ambil hati tahu?
Kenapa Rill tak berterus terang dengan Isya. Akak yakin Isya boleh
terima.”
“Entahlah,
kak. Saya takut Isya anggap saya menipu dia.”
Kak
Sara menepuk bahu Hazrill perlahan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini…
tunjukkanlah jalan keluar dari masalah ini.
“Akak
takut Isya akan lebih kecewa bila dia tahu yang Rill tak percayakan
dia dalam hal ini.”
Kak
Sara terus meminta diri dan terus menghampiri suami dan adik
kesayangannya. Kalau tak terfikir yang Hazrill minta dia rahsiakan
hal ini, mahu sahaja dia bongkarkan pada Alisya.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment