“Lamanya
sayang beli air?”
“Tadi
jumpa kawan lama... tu yang borak sekejap.”
Kak
Sara memandang wajah Alisya yang masih tidak ceria itu. Bila melihat
kesedihan adiknya itu, dia nak sahaja memberitahu tentang hal yang
sebenar tapi dia tak nak jadi orang yang munafik. Dia sudah berjanji
dengan Hazrill, tak akanlah dia mahu memungkiri janjinya?
“Kenapa
Kak Sara pandang Isya macam tu?”
“Hurm?
Tak ada apa-apalah. Akak hanya terfikirkan sesuatu tadi.”
Kak
Sara terus melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Patut ke aku
rahsiakan dulu hal ini? Tapi aku kenal Alisya macam mana… dia lebih
marah kalau Hazrill tak beritahu tentang hal itu nanti.
“Isya,
akak…”
“Kenapa,
Kak Sara?”
Kak
Sara menggelengkan kepalanya perlahan. Ya Allah, Hazrill… kamu
betul-betul buat akak serba salahlah. Nak sahaja akak beritahu hal
yang sebenar pada Isya. Tapi disebabkan janji, akak tak boleh
beritahu Isya…
“Isya
nak jalan-jalan ke sana sekejap ya?”
“Nak
kami temankan ke?”
Alisya
menggelengkan kepalanya laju. Kalau boleh dia nak mereka menghabiskan
masa berdua pula. Sepanjang berada di pulau ini, mereka asyik
menghabiskan masa di sampingnya sahaja. So,
sekarang ni dia nak bagi mereka peluang berdating
pula.
“Isya
nak bersendirian sekejap.”
Alisya
terus berjalan menyusuri pantai sambil melihat ciptaan Allah yang
sungguh indah ini. Terlalu lama dia menghabiskan masa dengan meratapi
nasib dirinya hingga dia lupa tentang Penciptanya.
PULANG
sahaja
dari bercuti, Alisya tak lagi menghabiskan masa berkurung di dalam
bilik sambil meratapi nasib dirinya. Dia lebih banyak menghabiskan
masa dengan melakukan sesuatu yang berfaedah seperti bekerja semula
di company
abah dan jika dia cuti, dia akan menghabiskan masa di gym
atau belajar ilmu agama.
“Isya,
esok pagi boleh tak ambil kawan ibu dekat airport?”
“Esok
pagi? Hurm, boleh… siapa kawan ibu tu?”
“Aunty
Syiera…
Isya ingat dia lagi tak? Dia dengan anak dia datang melawat kita.”
Alisya
menganggukkan kepalanya. Dia balik dengan anak dia si Taufiq tu ke?
Kalau dengan si Taufiq tu memang haru birulah hidup aku. Mamat tu
muka sahaja handsome
tapi
mulut macam longkang.
“Dia
datang dengan anak dia yang mana?”
“Taufiq…”
Terus
terhenti tangan Alisya dari menyusun muffin
ke
dalam kotak. Kenapalah dalam banyak-banyak anak dia, si mamat mulut
longkang tu juga yang diangkut? Kalau abang-abang dia yang lain tu
okaylah
juga.
“Si
Taufiq tu dah tak macam dulu lagikan?”
“Kata
Aunty
Syiera,
si Taufiq tu dah tak macam dulu… agaknya kalau Isya jumpa Taufiq
nanti, Isya boleh tersuka dengan dia.”
“Ibu
ni… minta simpanglah. Tak ada maknanya Isya nak suka dekat mamat
tu. Muka sahaja handsome
tapi
mulut longkang. Tak habis-habis nak menyakitkan hati Isya.”
“Isya,
tak baik cakap macam tu. Hurm, nanti mereka akan stay
dekat
sini seminggu. So,
Isya
janganlah bergaduh dengan si Taufiq tu pula.”
Alisya
mula menarik muncungnya bila mendengar kata-kata ibu tu. Ibu ni…
mana ada dia cari gaduh dengan mamat tu. Mamat tu yang tak
habis-habis nak menyakitkan hati dia. Kalau tak memikirkan dia tu
anak kawan ibu, dah lama dah aku jahit mulut dia tu.
ALISYA
mengeluh
kebosanan sambil merenung orang yang keluar dari balai ketibaan. Dah
dekat dua jam dia tunggu… mana mereka ni? Jadi datang ke tak ni?
Ibu cakap semalam mereka akan sampai dalam pukul sepuluh tapi ni dah
pukul dua belas dah.
“Sabar
ya perut… kejap lagi kita balik makan.”
Alisya
terus mengeluarkan handphonenya
dari dalam beg untuk menghubungi ibu. Mereka ni jadi datang ke tak?
Kalau masih belum sampai lagi, lebih baik aku pergi makan dulu. Perut
ni dah buat macam-macam bunyi dah ni.
“Hello,
assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam…
Isya dekat mana ni? Aunty
Syiera
call
ibu tadi.”
“Isya
dekat airportlah
ni… dah dekat dua jam Isya tunggu tapi tak ada pun mereka.”
“Isya
tunggu dekat mana? Mereka ada dekat food
court.”
Alisya
menggelengkan kepalanya perlahan. Aku tunggu punyalah lama dekat
sini, mereka boleh pula ada dekat food
court?
Sabar sahajalah aku… aku dahlah lapar ni. Dah tambah satu kerja
lagi aku nak mencari mereka.
“Lah…
manalah Isya tahu. Isya tunggu dekat balai ketibaan. Okaylah,
Isya pergi sana sekarang. Ibu calllah
aunty
suruh
tunggu sahaja dekat situ.”
Sebaik
sahaja Alisya tiba di kawasan food
court, matanya
terus melilau mencari Aunty
Syiera.
Mana pula dia ni? Tak kanlah pergi tempat lain pulakan? Kenapalah aku
tak minta nombor telefon dia tadi dekat ibu?
“Aunty
Syiera!”
Aunty
Syiera
yang sedang masukkan barang di dalam begnya terus menoleh. Siapa pula
yang panggil aku tadi? Bila melihat seorang gadis bertudung
menghampirinya sambil tersenyum barulah dia perasaan siapa gadis itu.
“Alisya
ke ni?”
“Ha’ah,
minta maaflah aunty…
Isya
tak tahu aunty
dekat
sini. Isya tunggu aunty
dekat
sana tadi.”
“Tak
apalah, aunty
yang
silap sebab tak perasan kamu. Comelnya kamu bertudung… dulu waktu
aunty
datang
kamu belum bertudung macam ni…”
Alisya
hanya tersenyum tanpa mahu mengulas apa-apa. Mana anak dia tu? Dia
tak jadi datang dengan anak dia tu ke? Bagus juga kalau anaknya itu
tak datang… aman sikit hidup dia.
“Ibu
kata aunty
datang
dengan Taufiq?”
“Ha’ah,
dia pergi toilet
kejap.
Hah, itu pun dia…”
Alisya
terus memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Aunty
Syiera
itu. Huh? Itu ke Taufiq? Biar betul… tak kanlah lelaki mulut
longkang yang aku pernah kenal dulu tu dah berubah sampai macam ni
sekali? Seriously?
“Siapa
ni, mummy?”
“Inilah
Alisya… tak kanlah kamu dah tak kenal dia?”
Taufiq
menganggukkan kepalanya perlahan. Hurm, dah bertudung dah ni? Eh,
bukan ke ini gadis yang aku nampak dekat balai ketibaan tadi?
Patutlah aku tak perasan dia tadi. Comel pula minah ni bertudung.
“Jomlah
kita gerak, aunty…
ibu dah lama tunggu. Aunty
pun
mesti dah penatkan?”
“Ha’ah,
jomlah kita… aunty
pun
dah rindu sangat nak jumpa ibu kamu. Sihat ke dia?”
“Alhamdulillah,
sihat…”
Sepanjang
perjalanan pulang, hanya suara Alisya dan Aunty
Syiera
sahaja kedengaran. Taufiq hanya mendiamkan dirinya di sebelah seat
pemandu.
Entah apa yang dia fikirkan pun Alisya tak tahu. Biarlah dia kalau
dia tak nak berbual dengan aku… bukannya aku rugi pun.
“Kamu
buat apa sekarang? Sambung study
or kerja?”
“Buat
masa ni Isya kerja dengan abah dulu… inshaallah, kalau ada rezeki
Isya akan sambung belajar lagi. Kalau boleh tak naklah sampai master
sahaja.”
“Bila
nak kahwin kalau macam tu?”
Alisya
terus terdiam tatkala mendengar kata-kata Taufiq tu. Eh, dia ni dah
kenapa? Tiba-tiba sahaja tanya pasal kahwin dengan aku. Ingatkan tadi
tak nak bercakap dengan aku dah…
“Kahwin?
Macam mana nak kahwin kalau belum ada jodoh?”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment