TANPA
pengetahuan Maisara, Hazrill membawa sampel rambut Naufal dan sampel
rambutnya ke hospital berdekatan. Mujur Kak Sara beri jalan padanya.
Kalau tak sampai bila-bilalah dia akan serabut dengan masalah ni.
“Ya
Allah, tunjukkanlah jalan keluar dari kemelut ini.”
“Abang
buat apa dekat sini?”
Hazrill
terus menoleh bila mendengar suara Maisara di sebelahnya. Dia ni buat
apa dekat sini? Dia ikut aku dari tadi ke? Hisy, dia ni dah kenapa?
Mana sahaja aku pergi mesti dia ada dekat situ.
“Tak
akan semua benda nak kena beritahu?”
“Salah
ke saya bertanya? Lagipun abang tu bakal suami saya.”
Hazrill
dah terasa rimas bila Maisara mula sibuk ambil tahu hal dia. Selama
ni tak pernah peduli pun apa yang dia buat kenapa tiba-tiba hari ni
dia sibuk?
“Belum
jadi suami. So,
tak perlulah ambil tahu semuanya.”
“Abang!”
“Sini
hospital, tolong kawal sikit baran awak tu. Lagipun saya dah penat
bergaduh mulut dengan awak.”
Hazrill
terus berlalu dari situ meninggalkan Maisara terkulat-kulat seorang
diri. Dasar jantan tak guna! Berani dia buat aku macam ni?! Dia ingat
aku ni apa?
“Sayang,
you
dah lama sampai ke?”
Muka
Maisara terus dimaniskan bila melihat Nadzrin menghampirinya dengan
senyuman. Nadzrin! Kalau Hazrill selalu buat dia naik hantu, Nadzrin
pula selalu buat dia tersenyum. Kau ingat aku nak sangat kahwin
dengan kau, Hazrill? Kau silap besar.
“Mana
ada, I
baru sampai.”
“You
tak bawa budak tu datang ke?”
“Malaslah I
nak bawa dia. Hari tu dia hampir-hampir terlepas cakap dengan Hazrill
bodoh tu pasal you.
Mujur I
perasan. Lagipun buat apa nak bawa dia, dia tu tak habis-habis
menyusahkan I.
I
tak sabar nak hantar budak tu pergi lepas semua ni selesai.”
“Sabarlah,
dah tak lama dah. Jomlah, sayang.”
Maisara
terus memaut lengan Doktor Nadzrin mesra. Kau silap besar kalau kau
fikir aku nakkan kau, Hazrill. Aku ada yang lebih hebatlah dari kau.
DI
cafe,
Alisya betul-betul tak percaya apa yang dia nampak hari ni. Doktor
Nadzrin dengan perempuan yang jumpa dia ketika di pulau hari tu. Apa
kaitan dia orang berdua? Nak kata adik beradik rasanya mustahil sebab
perangai dia orang berdua tu terlajak mesra dan agak keterlaluan di
khalayak ramai.
Mujurlah
Alisya memilih untuk makan di meja tersorok hari ni kalau tak dia
pasti doktor sengal tu pasti akan perasan kehadiran dia di situ. Apa
sebenarnya hubungan mereka berdua?
“Sayang,
sekejap lagi kita pergi shopping
nak tak? Kita dah lama tak keluar sama-sama macam ni.”
“Shopping?
Sure, why not?
Lagipun you
dah banyak bersusah payah untuk Ikan?”
Maisara
terus memaut lengan doktor itu dengan senyuman penuh menggoda. Inilah
yang membuatkan dia sayangkan lelaki ini. Apa sahaja yang dimahukan,
pasti lelaki itu akan beri.
“Jomlah
kita pergi beli apa yang you
nak tu.”
Alisya
terus beredar daripada cafe
tu tak lama lepas pasangan kekasih tu beredar. Dia sangat-sangat
pasti yang mereka tu bukan adik beradik atau saudara mara selepas
memerhatikan mereka selama beberapa jam.
“Hello,
Eqal.”
“Oii,
apa pasal Isya dah lama tak call
Eqal hah? Nama sahaja sepupu tapi macam nilah Isya buat Eqal kan?
Eqal tahulah Eqal tak handsome…”
Alisya
mengeluh perlahan. Isyh, mamat inikan… aku belum sempat cakap
apa-apa dia dah potong cakap aku and
terus buat kesimpulan sendiri. Inilah yang menyebabkan aku malas nak
call
dia
ni.
“Bukan
pasal Eqal handsome
ke tidak… Isya ada masalah sikit. Sorrylah,
lain kali Isya tak buat lagi.”
“Kali
ni Eqal maafkan Isya. Eh, Isya call
Eqal ni kenapa? Mesti ada sebabnya kalau tak mustahillah Isya nak
call
Eqal kan?”
“Eqal,
Isya nak minta tolong dengan Eqal ni.”
“Eqal
dah agak dah!”
Bila
mendengar Eqal ketawa terbahak-bahak bila tekaannya mengena, Alisya
mengeluh perlahan. Hisyh, macam-macamlah sepupu aku seorang ni.
“Boleh
ke tidak ni?”
“Gila
tak boleh tapi macam biasalah bukan semuanya free
lah.”
Alisya
mengeluh perlahan. Eqal ni aku tengah serious
and tak ada masa nak bergurau, dia boleh pula main-main dengan aku.
Aku cari orang lain baru tahu.
“Kalau
kerja Eqal memuaskan hati Isya, Isya bayar double.”
“Amboi?”
Eqal
mula serious
dan tak main-main bila Alisya langsung tak ketawa bila dia mengusik.
Penting benar nampaknya kali ni.
“Isya
betul-betul serious
ni Eqal. Benda ni berkait rapat dengan hidup dan mati Isya.”
“Kali
ni pasal siapa?”
“Nanti
Isya e-mail
maklumat dan gambarnya. Thanks,
Eqal.”
Alisya
terus memandang ke arah Doktor Nadzrin dan Maisara yang sudah jauh
berjalan di hadapan. Apa agaknya hubungan mereka berdua? Nak kata
mereka adik beradik, dia berani kerat jari yang mereka bukan adik
beradik.
“Apa
agaknya hubungan mereka berdua?”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment