Alisya
merenung wajah-wajah dihadapannya dengan perasaan bercampur baur. Aku marah, sedih
dan kecewa bila dikhianati orang yang aku sayang dan paling percaya. Hazrill, kenapa
kau sanggup buat aku macam ni? Kenapa kau sanggup terlibat sama dengan mereka?
“Diam!!
Aku tak nak dengar apa-apa pun daripada kau orang semua and Hazrill, saya betul-betul kecewa dengan awak! Saya percayakan
awak selama ni tapi sanggup awak tipu saya? Apa yang keluar dari mulut awak
semuanya dusta! Saya menyesal percayakan awak dan saya betul-betul bodoh sebab
percayakan awak!!”
Alisya
terus berlalu dengan linangan air mata selepas menghadiahkan sebuah penampar di
pipi Hazrill. Terkedu Hazrill ketika mendapat hadiah penampar sulung dari
Alisya. Sungguh, Alisya betul-betul kecewa dengan Hazrill ketika itu.
Sebaik
sahaja tiba di bilik, Alisya terus
mengemas barang-barangnya. Dia dah tak peduli ketukan bertalu-talu di muka
pintu. Itu pasti Hazrill. Aku tak kira, hari ni juga aku nak balik KL. Dia
orang yang paling rapat dengan aku sekarang ni tapi sanggup dia menipu aku?!!
“Aku
benci kau, Hazrill... aku benci kau!!!”
Kenapa
kau tipu aku? Kenapa kau tipu aku, Hazrill? Kenapa kau sanggup buat aku macam
ni? Aku betul-betul percayakan kau. Kenapa kau pun sama macam mereka? Dalam
dunia ni hanya kau sahaja yang aku harapkan tapi kenapa kau pun sama?
LEPAS
memulangkan kunci bilik keesokan tengah harinya, Alisya terus mengheret
bagasinya ke parking lot. Mujur
semujurnya dia datang sini drive
sendiri kalau tak, tak tahulah macam mana dia nak balik KL.
“Alisya
tunggu!!”
Alisya
segera mempercepatkan langkahnya sebaik sahaja mendengar Hazrill memanggil namanya. Apalagi
dia nak? Penampar sekali lagi? Kalau nak lagi, meh aku bagi double terus.
“Alisya...”
“Apa
lagi awak nak, Hazrill? Tak payah nak pujuk saya sebab saya tak akan percayakan
awak lagi! Setiap perkataan yang keluar dari mulut awak hanya pembohongan
semata-mata! Saya tak akan maafkan penipu macam awak ni! Saya menyesal
percayakan awak!”
Hazrill
cepat-cepat menghalang langkah Alisya yang mahu melangkah masuk ke dalam perut
keretanya. Tak kisahlah hari ni dia akan makan penampar Alisya sekali lagi atau
tak… yang penting hal ni perlu diselesaikan.
“Isya,
please. Dengar dulu penjelasan Rill. Rill
tak benarkan Isya pergi sebelum dengar apa yang Isya patut dengar! Okey, Rill
tahu apa yang Rill buat ni salah and
menghancurkan hati Isya tapi apa yang Rill buat ni demi aunty and tak ada kena
mengena dengan Aidil atau Sara langsung! Isya tahu yang Rill kisah apa dengan
Aidil and Sara tu. Rill cuma kesiankan aunty.
Aunty merayu-rayu pada Rill suruh
pujuk Isya balik, Isya tahu tak aunty
sampai nak melutut dengan Rill?”
Alisya
kembali teresak bila mendengar penjelasan Hazrill. Ibu sampai mahu melutut pada
Hazrill? Ya Allah, berdosanya aku pada ibu… apa yang patut aku buat sekarang
ni? Kenapa aku tak habis-habis buat masalah?
“Saya
buat semua tu bukan kerana simpati, Alisya. Saya sanggup buat semuanya sebab
awak wanita yang saya paling sayang and
cinta dalam dunia ni selepas orang tua saya. Mereka sangat-sangat rindukan awak,
Alisya. Maafkanlah mereka.”
Alisya
hanya mendiamkan diri sambil memikirkan kata-kata Hazrill. Amboi, Alisya… bila
ada orang cakap dia suka kau, terus kering air mata kau ya? Sebenarnya ibu
dengan abah langsung tak salah dalam hal ni… hanya aku sahaja yang terlalu
mengikut perasaan.
“Rill,
Isya nak jumpa ibu dengan abah...”
Minta2 la ayah Alisya beritahu. Kesian Alisya. :(
ReplyDeletehaha,thanks Naisma sudi baca and comment
Delete