“Yes,saya ex-girlfriend dia yang second selepas Ekeyn.Saya datang cari
awak bukan nak
serang atau apa.Saya cuma nak bagi nasihat.Amsyar bukan seorang
lelaki yang baik untuk awak.
Disebabkan dia tak boleh ubah perangai dia yang
sememangnya buaya sejak azali,perokok tegar
dan panas barannya tulah yang membuatkan saya tinggalkan
dia.Saya datang dengan niat yang
baik.Saya cuma tak nak awak jadi mangsa seterusnya yang
akan mengejar cinta palsunya itu.
Lainlah awak dapat ubah perangai dia.Apa-apa pun maaf
mengganggu.”
Perempuan
tu terus meninggalkan aku lepas memberi nasihat yang begitu panjang lebar.
Mengikut apa yang perempuan tu cakap,Ekeyn adalah kekasih
Amsyar yang pertama.Patutlah
dia berlagak semacam waktu datang jumpa aku semalam.
“Arghh,lama-lama
aku boleh jadi gila macam ni.”
Petang
tu lama Amani duduk merenung laut sambil memikirkan tentang apa yang dah
jadi ni.Ye,dia memang dah cintakan Amsyar.Walaupun sekuat
mana dia mencuba untuk buang
perasaan tu,semakin kuat rasa cinta dalam hatinya pada
Amsyar.
“Assalamualaikum..Awak
seorang je,Amani?”
“Wa’alaikumussalam.Am..Amsyar?”
“Hurmm,maaf
ganggu awak.”
Amsyar
terus melabuhkan punggung di atas pasir sambil membuang pandang ke arah
laut.Bila Amani menolak cintanya,barulah dia sedar yang
dia betul-betul cintakan Amani
sepenuh hatinya.Niatnya untuk memperisterikan Amani juga
ikhlas dan langsung tiada niat
untuk mempermainkan Amani.
“Awak..”
“Hurm?”
“Saya
tahu awak mungkin rasa saya hanya main-main dengan niat saya untuk
memperisterikan awak.Tapi,jujur saya katakan saya
betul-betul serious dalam hal ni.
Saya ikhlas nak memperisterikan awak.”
“Amsyar..Saya
betul-betul minta maaf.Saya tak boleh.”
Petang
tu Amsyar pulang ke rumah dengan perasaan hampa.Dua kali..Dua kali cintanya
ditolak oleh orang yang sama.Apa kurangnya dia sampai
Amani menolak cintanya tanpa berfikir
panjang?
“Hah,Amsyar.Baru
balik?”
“Hurmm..”
“Kamu ke
mana?Tahukan tadi Insyirah datang.”
“Am
penatlah,mak.Lain kalilah kita cakap pasal ni.”
Amsyar
terus mengunci diri dalam bilik tak lama lepas tu.Apa yang Insyirah tu nak
lagi?
Dia tak faham ke yang aku tak nak kahwin dengan dia?Mak
pun satu.Apa yang dia nampak
entah dekat si Insyirah tu sampai berkenan nak dijadikan
menantu.
“Stress betullah!”
Malam tu
Amsyar ambil keputusan untuk spend time
dekat kelab malam.Dia betul-betul
kecewa bila Amani sanggup tolak cinta dia sedangkan dia
betul-betul ikhlas dengan Amani.
“Sayang?What a pleasant suprise.Apa you buat dekat sini?I thought you dah ‘cuci’ kaki
you.Yelah,you sekarang
ni dah bertukar selerakan.Kenapa datang seorang?Kalau bawa dia,boleh
dia ‘payung’ you
malam nikan?Opps,terlupa pula yang dia tu budak baik.Manalah dia nak jejak
tempat-tempat macam nikan,sayang?”
Amsyar
terus meneguk air coke dihadapannya
dengan rakus.Dia tahu Ekeyn saja je nak
buat dia sakit hati.Jadi jalan terbaik dia ambil adalah
buat tak tahu sahaja.Kalau tak,mahu malam
ni ada yang mulut pecah.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment