Monday 29 October 2012

Lara Semalam 15

Ketika menikmati nasi lemak sambal sotong kegemaran Hazrill, tiba-tiba ada seorang perempuan menghampiri Hazrill dengan lagak mengada-ngada hingga membuatkan Hazrill dan Alisya jadi meluat.
“Hai, handsome...”
“Err, assalamualaikum.”
Melayang terus selera Hazrill nak menikmati makanan kegemarannya pagi ni. Mana pula datang perempuan ni? Payahnya kalau jadi macam ni selalu.
I, Sufi. I berminat nak berkenalan dengan you. Boleh?”
“Oh, I Hazrill.”
So, boleh kita berkenalan?”
Hazrill memandang Alisya sebelum melemparkan senyuman pada wanita yang memperkenalkan diri sebagai Sufi tadi. Aduh, tolonglah aku Alisya. Tolonglah selamatkan aku dari perempuan macam ni.
Alisya hampir tergelak bila melihat riak wajah Hazrill yang meminta pertolongan... nak mintak tolong aku ya? Tak nak aku tolong kau selagi kau tak cerita sampai habis pasal tadi. Aku terus menyuap makanan di dalam mulut sambil tersenyum mengejek.
Hazrill menendang kaki Alisya di bawah meja. Dia boleh nak gelak? Tolonglah aku. Aduh, Alisya ni... janganlah macam ni. Tolonglah kawan baik kau ni.
So, Encik Hazrill. You buat apa dekat sini?”
Hazrill makin menggelabah bila wanita tu dengan selambanya melabuhkan punggungnya di sebelah Hazrill. Aduh, gilalah perempuan ni.
“Ehem… Miss Sufi.”
Bila mendengar suara Alisya barulah Hazrill mampu menarik nafas lega. Akhirnya, kau tolong juga akukan? Sayang juga kau dekat kawan baik kau ni. Ingatkan tadi nak buat tak tahu sahaja…
You tergedik-gedik depan hubby I ni kenapa? You ingat I apa dekat sini? Tunggul?”
“Dia wife you?”
Yupp, my wife. Cantikkan? I suka bila dia senyum nampak comel. Kalau dia menangis pun I suka. Nampak innocent sahaja. Hurm, I rasa beruntung sangat-sangat memiliki dia sebagai wife I.”
Glupp! Hazrill cuma berlakon sahajakan? Apasal dia puji aku sampai macam tu? Segannya aku! Sesiapa, tolong bagi tahu aku yang Hazrill cuma berlakon. Sesiapa? Tolonglah... Alisya memandang ke arah kiri dankanannya. Kalau ada sesiapa yang memandang ke arahnya, dia akan meminta pertolongan orang tu pula untuk bagitahu dia Hazrill hanya berlakon sahaja atau pun tidak. Hazrill iinikan memang layak dapat gelaran mamat over.
You puji I lebih-lebih ni kenapa?”
“Alah, nak puji wife sendiri pun tak boleh… you tengok, Sufi… wife I ni sangat-sangat special and lain daripada yang lain. Sejak dari dulu lagi dia mana suka orang puji. Bagi dia, puji tu macam mengutuk.”
Eh, pandai-pandai sahaja mamat ini membuat cerita? Sejak bila dia fikir bila orang memujinya itu macam mengutuk pula?
“You jangan percaya cakap hubby I ni... dia ni terlalu banyak makan ikan kerapu tu yang merapu tak ingat dunia.”
“Err, hurm… berapa umur you ya?”
Dia tanya aku ke? Ke dia masih tanya Hazrill? Aku terus buat muka blurr depan Hazrill. Dia sebenarnya tanya siapa? Aku rasa dia bukan tanya aku sebab tak ada pun dia sebut nama aku dekat depan ayat dia tu.
Hazrill menjentik tangan Alisya bila melihat Alisya diam tanpa jawapan. Minah ni berangan apa? Orang tanya dia, boleh dia senyap?
“Sakitlah.”
“Sufi tanya youlah, sayang.”
“Oh, I? Manalah I tahu… dia tak sebut nama I ke apa waktu tanya...”
Sufi terus tergelak bila mendengar komen isteri kepada jejaka yang berjaya menarik perhatian dia tu. Ya, betul kata Hazrill... wife dia ni memang special. Jealous pula bila lihat kebahagiaan mereka.

Wife you nampak comel…”

No comments:

Post a Comment