LEWAT
petang tu abah mendail nombor telefon Hazrill. Lama juga menunggu barulah
Hazrill menjawab panggilan.
“Hello,
assalamualaikum...”
“Wa’alaikumussalam.
Rill, ni uncle...”
“Ada
apa, uncle? Sorrylah, saya lambat jawab tadi sebab saya keluar tadi.”
Hazrill
tetap melayan abah Alisya dengan baik selepas apa yang terjadi ini. Dia sudah
menganggap abah Alisya itu seperti orang tuanya sendiri.
“Kamu
ada dekat mana sekarang?”
“Perak...
kenapa uncle?”
Abah
mengeluh perlahan. Nampaknya Alisya tidak dapat bertemu dengan Hazrill dalam
masa yang terdekat ini. Kalau dia bagitahu hal yang sebenar pada Hazrill, mahu
ke lelaki itu datang berjumpa dengan anaknya?
“Bila
perginya?”
“Tengah
hari tadi, ada urusan sikit. Itu yang ada dekat Perak ni.”
Lama
abah mendiamkan diri memikirkan keputusannya menghubungi Hazrill tu betul ke
tidak. Hurm, macam mana ni? Patut ke aku bagi tahu Hazrill tentang keadaan
Alisya?
“Uncle?”
“Ya,
ya... uncle ada ni...”
“Uncle nak cakap apa dengan saya?”
Abah
mengeluh sekali lagi. Patut ke dia bagitahu Hazrill tentang hal ini? Kalau boleh
dia tak mahu menyusahkan Hazrill lagi tapi dia perlu menyampaikan hasrat Alisya
untuk bertemu dengan Hazrill.
“Uncle... uncle sahaja call
kamu...”
“Ohh...”
Patut
ke tidak aku bagi tahu Hazrill ni? Macam mana ni? Nak bagi tahu ke tak? Kalau
aku bagi tahu Hazrill mesti menyusahkan dia. Kalau tak bagi tahu, aku pula yang
rasa bersalah nanti.
“Rill...”
“Hurm?”
“Tengah
hari tadi... Alisya nak jumpa kamu tapi...”
Alisya
nak jumpa dia? Kenapa Alisya nak jumpa dia? Ingatan Alisya dah pulih ke? Tapi
kalau ingatan Alisya dah pulih sekali pun, dia dah selamat menjadi tunang orang
lain. Semua tu dah tak berguna untuknya.
“Tapi
apa uncle?”
“Alisya
jatuh tangga... sekarang ni dia ada dekat hospital. Tapi dia dah stabil
sekarang.”
Lama
Hazrill diam mendengar butir-butir terperinci mengenai kemalangan yang menimpa
Alisya. Dia patut balik lawat Alisya ke tak? Masalah sekarang, dia ada dekat
Teluk Batik dan Alisya dah nak bertunang.
“Alhamdulillah,
lega saya dengar dia dah stabil... uncle
kirim salam pada dia ya nanti. Saya rasa macam tak sedap pula dengan bakal
tunang dia nanti kalau saya datang jumpa dia. Nanti apa pula kata dia pulakan?”
“Tak
apalah kalau kamu kata macam ni... uncle
cuma menyampaikan sahaja sebab uncle dah
anggap kamu macam keluarga uncle.”
“Terima
kasih, uncle... kirim salam pada
semua ya... assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam...”
Lepas
menamatkan perbualan dengan Hazrill, abah mengeluh berat. Betul apa yang
Hazrill kata tadi. Macam mana aku boleh terlupa tentang Nadzrin? Hurmm... kesian
Alisya dan Hazrill.
“Apa
kata Hazrill?”
“Dia
ada dekat Perak sekarang ni...”
“Perak?
Dia buat apa dekat sana?”
“Katanya
ada urusan... abang nak naik mandi sekejap.”
Aidil
dengan Kak Sara hanya mendiamkan diri di satu sudut. Mungkin Hazrill bawa diri
ke sana sebab Alisya nak bertunang dengan Doktor Nadzrin. Hurm... kesian
Hazrill kalau pertunangan antara Alisya dengan Doktor Nadzrin berlaku.
No comments:
Post a Comment