“Baik
aku call sekali lagi...”
Hazrill
mendail nombor telefon Alisya sekali lagi dengan harapan Alisya akan angkat. Bila
mendengar suara Alisya, perasaan dia kembali berbunga-bunga. Alisya ni memang
suka buat dia risau tak menentu.
“Alisya,
apasal aku call kau banyak kali kau
tak angkat?”
Alisya
terus menjauhkan handphonenya dari
telinga tatkala mendengar suara Hazrill. Hisy, mamat iinikan boleh buat aku
pekak lama-lama kalau macam ni hari-hari. Bukannya dia sengaja tak nak angkat.
Dia ni memang nak bagi aku pekak agaknya.
“Aku
tertinggal telefon dalam kereta. Sorrylah,
aku balik macam tu sahaja tadi. Agak tak sopan pula.”
“Tak
apa. Aku cuma nak tanya, kau alergik ke? Tadi aku nampak tangan kau merah-merah?”
Alisya
terus memandang tangannya yang masih kelihatan normsl itu. Alergik? Apa maksud
Hazrill ya? Mungkin aku basuh tangan kuat sangat kot tu yang tangan aku merah
tadi.
“Eh,
mana ada aku alergik. Aku tergosok kuat sangat tu yang merah. So, best dating?”
Hazrill
tergelak kecil mendengar pertanyaan Alisya. Dating
apanya kalau dari Alisya pergi toilet
dia sibuk cari alasan untuk melarikan diri. Susah betul jadi orang handsome ni.
“Dating apa ke benda? Lepas kau balik, aku
apa lagi... cabutlah. Eh, thanks eh
tolong aku tadi.”
“Benda
kecil, bolehlah aku tolong. So, apa
cerita? Storylah pada aku pasal tadi.”
“Tak
ada apa pun pasal tadi yang best nak
diceritakan. Oh ya, malam ni kita keluar makan jom? Aku belanja sebagai tanda
terima kasih aku pada kau.”
Makan
malam dengan Hazrill? Nana macam mana pula? Tak akan dia asyik keluar
tinggalkan Nana berseorangan dekat chalet
sahaja? Kesian pula Nana nanti.
“Tengoklah
macam mana nanti. Kau ni baru lepas makan, kau cakap pasal makan lagi. Aku
terasa macam nak terluak balik apa yang aku makan tadi.”
LAMA
Hazrill berbual dengan Alisya macam tak ada esok dah. Bila handphone masing-masing dah berbunyi tanda battery dah nak habis barulah Hazrill nak mematikan talian, kalau
tak… jangan haraplah.
“Seronok
berbual?”
“Kawan
lama Isya… dia baru balik overseas. Nana
ada nak apa-apa ke?”
Nana
terus melabuhkan punggung di sebelah Alisya dengan berhati-hati. Sejak semalam
dia asyik terjatuh sahaja gara-gara terlanggar semua benda. Mungkin sebab dia
masih tak biasa dengan keadaan di chalet
tu rasanya.
“Tak
adalah, Nana cuma nak duduk-duduk sahaja.”
“Nana,
Isya nak bincang sesuatu dengan Nana boleh?”
“Nak
bincang pasal apa?”
Alisya rasa serba salah nak bagi tahu Nana ke
tak pasal hal ni. Hurm, macam mana ni eh? Nana setuju ke tak dengan plan aku ni? Kalau dia tak setuju macam
mana?
“Nana,
Isya ingat nak Nana jalani pemeriksaan mata. Siapa tahu Nana boleh melihat
semula?”
“Betul
ke apa yang Nana dengar ni?”
“Iya,
Nana... Isya nak bawa Nana pergi jumpa pakar mata. Tapi, Nana jangan berharap
sangat.”
Nana
terdiam buat seketika. Ya, dia berharap sangat agar dia dapat melihat dunia
ciptaan Allah ni tapi bagaimana pula dengan kos rawatan dia nanti?
“Tapi,
macam mana Nana nak bayar duit rawatan?”
“Nana
jangan risau pasal tu. Hal tu biar Isya yang uruskan.”
Nana
termenung jauh tak lama lepas tu. Tak akan aku nak biarkan Alisya tanggung kos
rawatan aku nanti? Dia dah lah baru keluar dari rumah. Ya Allah, aku ni
betul-betul membebankan Alisya.
No comments:
Post a Comment