Saturday 3 November 2012

Jangan Sesekali Bilang Cinta...


Aku melihat jambangan bunga yang diletakkan di hadapan cermin kereta aku.Hurm,tak bosan ke dia buat semua ni setiap hari?Aku yang dok terima ni dah jemu dah tengok.Ayat yang dia tulis pada card yang diselitkan di jambangan bunga tu lagilah membosankan hari aku.Dia fotokopi apa ayat tu sebab setiap hari ayat dia sama je sentiasa.Hurmm.

Perkara ni sudah berlanjutan selama dua bulan sejak kes aku terserempak kembali dengan dia setelah bertahun dia menghilangkan diri dengan kekasih barunya.

I'm sorry and I love you,Faza.
-Isa

"Tak bosan ke dia hantar bunga dekat aku ni?!"
"Oii,mak cik..Apasal pagi-pagi dah mengamuk?"
"Ni hah,orang gila tu hantar bunga lagi.Aku dah jemu gila dah ni."
"Bunga?Haih,untungnya badan dapat bunga tiap-tiap hari..Kalau aku jadi kau,aku melompat suka."
"Kau nak ke?Ambillah."
"Hisyh,kau ni..Dia bagi kau bukan aku.Siapa dia ni sebenarnya?"
"Kalau kau tak nak aku buang je."
"Ikut suka kaulah.Bagilah tahu aku siapa dia ni?Tak pokai ke dia bagi kau bunga tiap-tiap hari?"

Aku hanya menjongket bahu.Insan bernama Syed Isa bin Syed Rahman tak akan pokailah setakat bagi bunga-bunga ni.Dia tu playboy,sanggup melabur dekat perempuan.

"Dia bekas suami aku yang paling tak guna sekali."
"Hah?!"
"Dia dah menghilang dengan awek baru dia berapa tahun yang lepas dah,bila jumpa aku balik cakap I'm sorry and I love you bagai.Nak muntah aku dengar ayat-ayat playboy dia tu."

Aku terus campak bunga yang kelihatan hodoh di mataku ke dalam tong sampah.Segala apa yang diberi Isa layak dimasukkan ke dalam tong sampah.Hanya tong sampah tempat yang paling sesuai.

"Tapikan,kenapa kau tak cakap dengan dia stop hantar bunga?"
"Aku dah cakap tapi tak guna langsung.Dia tu degil.Dahlah tak payah cakap pasal dia lagi,setakat bunga-bunga yang dah aku campak dalam tong sampah tu..Tak kan buat dia miskin."

Aku terus melangkah masuk ke dalam perut kereta.Kalau nak bercakap pasal Isa,tak kan pernah cukup sehari.Sakit yang dia tinggalkan dulu masih lagi terasa sampai sekarang.Bila terpandang muka dia atau apa-apa yang ada kaitan dengan dia lagi membuatkan darah aku mendidih.Kalau nak bercakap tentang sedih dan perih ditinggalkan,memang tak kan pernah habis untuk dicerita!

"Aku kena jugak buat sesuatu kalau tak sampai bila-bila aku terseksa macam ni."

Aku memandu ke tempat kerja sambil mendengar lagu-lagu korea yang berkumandang di corong radio.Hurm,nama je dah pernah kahwin aku ni tapi perangai tak matang langsung.

"I’m so sorry but I love you da geojitmal
Iya mollasseo ijeya arasseo nega piryohae
I’m so sorry but I love you nalkaroun mal
Hwatgime nado moreuge neol tteonabonaetjiman
I’m so sorry but I love you da geojitmal
I’m so sorry (I’m sorry)
But I love you (I love you more more)
I’m so sorry but I love you nareul tteona
Cheoncheonhi ijeojullae
Naega apahal su itge"


BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment