SEBAIK
sahaja habis membeli barang-barang yang
diperlukan, Alisya dengan Kak Sara tinggalkan pasaraya Giant dengan trolley yang
penuh dengan barang.
“Ada
nak pergi mana lagi?”
“Isya
nak beli cake... hari ni hari lahir
Hazrill.”
“Jom,
kita pergi kedai cake kawan akak.”
“Jom.”
Alisya
betul-betul gembira ketika memilih cake yang tersusun cantik di raknya. Hurm, banyak
betul cake yang nampak sedap di
matanya. Agaknya Hazrill suka tak dengan kejutannya?
“Isya
nak yang mana?”
Kak
Sara turut memandang ke arah cake di
dalam rak kaca. Terliur pula tengok cake
yang cantik-cantik dalam rak kaca ni. Nak beli cake yang mana eh? Tiba-tiba rasa lapar pula tengok semua cake ni.
“Isya
nak yang nilah. Comel.”
“Akak
pun berkenan yang ni juga.”
Alisya
merenung kek di hadapannya dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir. Dia
berharap sangat Hazrill suka cake
yang dia pilih ini.
“Kalau
Isya tak sempat nak bagi cake ni pada
Hazrill, Kak Sara boleh pastikan tak yang cake
ni sampai juga dekat tangan Hazrill?”
“Apa
pula tak sempat? Mesti sempat punya.”
Alisya
hanya tersenyum sebelum mengangkat bahunya. Entahlah, dia rasa macam dia tak
sempat sahaja nak sambut birthday
Hazrill bersama-sama tahun ini.
“Kak
Sara rasakan, Hazrill suka tak dengan kek ni?”
“Inshaallah,
akak pasti dia suka. Lagipun apa benda yang datang dari orang kesayangannya, dia
pasti akan suka dan hargainya.”
“Oh,
ya ke?”
Lama
Kak Sara memandang Alisya. Hari ni adiknya itu betul-betul aneh. Dia tak pernah
nampak Alisya segembira ini. Ketika bertunang dengan Aidil dulu pun tak
segembira ini.
“Kak
Sara, Isya nak pergi beli hadiah sekejap. Kak Sara tunggu dalam kereta ya? Nak
ajak Kak Sara teman, mesti Kak Sara dah penat nak berjalankan?”
“Hurm,
jangan lambat. Ni abah dah banyak kali call
suruh kita balik cepat.”
“Inshaallah,
kalau kita sempat balik…”
Alisya
terus melangkah masuk ke dalam kedai jam berhampiran dengan kedai cake tu. Lepas mendapatkan hadiah untuk
Hazrill, Alisya terus melangkah ke arah kereta dengan perasaan berbunga-bunga. Waktu
itu Alisya langsung tak perasaan yang ada kereta entah dari mana muncul terus
meluncur laju ke arahnya.
“Alisya!!!”
Tak
sampai beberapa minit, badan Alisya melambung ke udara sebelum terhempas di
atas jalan raya. Ya Allah! Alisya!! Kak Sara terus berlari menghampiri Alisya. Kereta
yang melanggar Alisya laju meninggalkan kawasan tanpa berhenti walaupun buat
seketika.
“Alisya!!
Tolong!! Tolong adik saya... Ya Allah, Alisya...”
Teresak-esak
Kak Sara menangis sambil memangku kepala Alisya dengan tangannya. Tak sampai
seminit dia terkulai layu disebelah Alisya. Waktu tu, dia telah kehilangan bayi
yang dia tengah kandung.
No comments:
Post a Comment