“Kau girlfriend
Amsyar yang ke berapa ribu kalau boleh aku tahu?”
Sah!Dia memang kenal Amsyar.Mungkin dia salah satu
daripada BEKAS kekasih Amsyar.Kalau tak kenapa dia ajukan soalan sebegitu pada
aku?
“Aku tak pastilah yang ke berapa ribu tapi yang aku
paling pasti aku ni girlfriend dia yang
terkini dan tak seperti girlfriend
dia yang lain.”
Amani terus membalas kata-kata wanita yang kononnya ingin
menyerang dia seperti Ekeyn dan entah siapa-siapa lagi.Asyik dia saja yang
terkena,mana boleh tahan kalau lama-lamamacam ni.
“Kau jangan nak berlagak sangat.Kau ingat kau dah cukup
bagus jadi girlfriend Amsyar?
Percayalah cakap aku,kau pun akan ditinggalkan nanti bila
dia jumpa orang yang lagi muda, cantik,bergaya dan bergetah daripada kau.”
“Jodoh tu bukan kau atau sesiapa yang tentukan.Andai kata
jodoh antara aku dengan Amsyar tak panjang,aku tak kan jadi perempuan yang desperate nak dia balik.Berjuta lelaki dalam
dunia ni.Kalau dia dah tak nak,masih ada orang lainkan?”
“Kau jangan nak berlagak sangatlah.Aku berani kerat
jarilah.Amsyar tu hanya nak mainkan perasaan kau macam dia buat dekat perempuan
lain.”
“Kau siapa nak tentukan semua ni?Aku tahulah kau tu BEKAS
girlfriend Amsyar.”
Aku terus membasuh tanganku sebelum melangkah keluar dari
ladies.Rasakan betapa pedasnya mulut perempuan bernama Amani.
Amani berpaling ke arah wanita yang kononnya datang ingin
menyerang dia seperti apayang dilakukan bekas kekasih Amsyar sebelum ni sebaik
saja berada di muka pintu.
“Boleh aku tahu kau ni BEKAS girlfriend Amsyar yang ke berapa ribu?Aku kena juga ambil tahukan
sebab barulah aku tahu aku ni girlfriend
dia yang ke berapa.”
Terdiam terus perempuan tu bila aku memulangkan semula
paku buah keras padanya.Sebelum ni aku asyik sabar saja bila ex-girlfriend Amsyar datang menyerang sebelum ni walhal aku tak
ada buat salah apa pun dengan mereka.Tapi sekarang tidak lagi.Elok-elok aku baik
dengan semua orang,kau orang yang paksa aku kurang ajarkan?Sekarang ni terima
sajalah apa yang aku balas.
“Buang masa betul ikut aku dengan Amsyar dari tadi.”
Sebaik saja melangkahkan kaki ke dalam bilik,Amani terus
diserbu dengan soalan bertubi-tubi daripada Myra.Dasyat betul minah ni,non-stop bertanya sampai nak tarik nafas
puntak sempat.Tak boleh ke tunggu esok pagi ke apa?
“Myra,saya baru balik.Tak boleh ke bagi saya duduk dulu
kalau tak boleh tunggu esok pagi?’
“Ala,tak bolehlah.Kalau boleh saya nak tahu sekarang.”
“Saya dengan Amsyar dah on sekarang.”
“On?Really?!”
Myra terus melonjak gembira bila mendengar apa yang
diucapkan oleh Amani sebentar tadi.Ya Allah,doa dia dengan Imtiyaz akhirnya
termakbul juga untuk melihat Amani
dengan Amsyar menjadi pasangan kekasih.
“Akhir termakbul juga doa saya untuk lihat awak dengan
Amsyar bersama.Apa yang membuatkan awak ambil keputusan untuk terima Amsyar
setelah lamaran dia awak tolak sebelum ni?Bukan satu tapi kedua-dua lamaran dia
awak tolak.”
“Entahlah.Saya pun tak tahu sebenarnya apa yang buat saya
ubah fikiran,Myra.Mungkin sebab hati saya dah yakin?”
“Tak kisahlah sebab apa pun yang penting kau orang
bahagia.Saya doakan awak bahagia sampai ke anak cucu,Amani.”
Usai solat subuh keesokan paginya,Amani dengan Myra terus menghadap buku.Lusamereka
akan menghadapi exam penting.Tak kan nak buat main-main pula nanti tak
pasal-pasal tak boleh konvo nanti.
“Kejap lagi nak makan dekat cafe ke dalam bilik?”
“Turunlah sebab nak kena jumpa tunang awak tu juga kan?”
“Tak adalah.Kalau boleh saya tak nak kacau masa awak
study,Amani.”
“Mana ada kacau.Saya dah janji nak teman awakkan?”
Tepat jam lapan pagi,Amani dengan Myra terus menuruni
tangga dengan nota-nota rujukan di tangan.Kalau bukan sebab Myra dah berjanji
nak jumpa Imtiyaz dan aku dah berjanji nak temankan Myra,memang tak keluarlah
kami dari bilik.
“Kejap lagi kita terus pergi library nak?Dekat sana pun banyak bahan kita boleh cari.”
“Okey juga.”
“Ajak sekali boyfriend
awak tu.Kalau tak ajak sekali nanti mahu merajuk.”
“Kalau dia free
bolehlah.Nanti saya cuba tanya dia dulu.’
Sampai saja di cafe,Imtiyaz dah setia menanti di meja
kegemaran mereka kalau mereka makan di cafe dengan buku nota di tangan.Mesti
pak cik seorang ni dah lama dah datang sebenarnya.
“Awalnya datang?Janjikan pukul lapan setengah.”
“Saja datang awal nanti tak adalah kau orang
tertunggu-tunggu.”
Amani terus melabuhkan punggung di sebelah Myra.Minah
seorang ni tak nak makan ke?Perut aku dari tadi dah berdondang sayang dah
ni.Tak kanlah baru jumpa buah hati terus perut yang lapar jadi kenyang?Macam-macamlah
orang bercinta ni.
“Myra,saya pergi beli makanan dululah.Awak tak nak beli
sekali?”
“Kejap lagi.Awak pergilah dulu,nanti saya beli sendiri.”
“Okey.”
Waktu tengah memilih lauk pauk,suara yang menegurnya dari
belakang membuatkan Amani hampir mencampak pingan di tangannya.Hisyh,siapa yang
berani buat aku terkejut ni?Bila mendengar orang ketawa di belakangnya,Amani
menoleh dan terus bercekak pinggang sebaik saja terpandang gerangan orang yang
buat dia terkejut tu.
“Amsyar!Eii,sabar sajalah saya dengan awak ni.Suka suki
saja buat saya terkejut.
“Manalah saya tahu awak terkejut,sayang.”
“Dah makan?Kalau tak,jom kita makan sekali.”
“Boleh juga.”
Amsyar terus mencapai pinggan dan mengisi lauk pauk sama
seperti Amani.Konon nak sama dengan buah hati kesayanganlah katakan.Amani hanya
menggelengkan kepalanya bila melihat pinggan Amsyar.
“Datang seorang ke?”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment