BEBERAPA
hari lepas tu, Hazrill menanti dengan penuh sabar di hadapan rumah
Maisara dengan keputusan DNA
di tangannya. Keputusan tu sudah lama sampai ke tangan dia. Dia
betul-betul tak sangka yang Maisara sanggup memfitnah dia sebegini
teruk. Apa salah dia pada Maisara?
Hazrill
betul-betul tak sangka penantian dia yang lama di rumah itu
membuahkan hasil dan sekali gus membongkar satu rahsia. Tak sangka
Maisara mempunyai hubungan sulit dengan doktor tu. Patutlah hari tu
dia datang dekat hospital.
“Sayang,
you
tak nak masuk dulu?”
Maisara
menggenggam tangan Doktor Nadzrin erat tak mahu melepaskannya.
Sesekali tangan itu diramas perlahan. Kalau boleh dia tak nak lelaki
itu balik… dia tak suka duduk rumah dengan budak tu.
“Lain
kalilah, sayang. I
ada hal dengan my
mum
sekejap lagi.”
“You
jangan lupa hujung minggu ni.”
“Hujung
minggu ni? I
cuba datang okey?”
Hazrill
betul-betul terkedu melihat Maisara mencium dan memeluk Doktor
Nadzrin tu. Tak sangka betul, depan aku tunjuk baik segala tapi
belakang aku… hanya Allah sahaja yang tahu.
“I
balik dulu, sayang. Esok, I
datang jemput you
lagi.”
Ketika
Hazrill mahu melangkah keluar dari kereta selepas Doktor Nadzrin
beredar, sekali lagi dia disajikan dengan perkara yang betul-betul
memeranjatkan dia.
“Kau
inikan, betul-betul menyusahkan aku! Kau ni sama sahaja tak guna
macam mak kau tu. Kalau tak mengenangkan kau ni bawa keuntungan pada
aku, dah lama aku hapuskan kau!”
“Papa...”
“Eh,
kau ni betul-betul menjengkelkan! Kau ingat dia nak datang sini ke
tolong kau?!! Tak ada maknanyalah! Dia tu bukan bapa kau! Kau tu
hanyalah alat untuk aku dengan Nadzrin gunakan untuk halang lelaki
tak guna tu kahwin dengan perempuan tu!! Baik kau masuk sekarang
sebelum aku rembat kau sampai mati!”
Hazrill
mengeluh panjang sebaik sahaja pintu rumah Maisara ditutup rapat.
Jadi, semua ni rancangan mereka berdua untuk pisahkan kami? Kau
betul-betul tak guna, Nadzrin. Aku nak tengok sejauh mana permainan
kau orang berdua.
“Jangan
risau, Naufal. Papa akan bawa kamu keluar daripada rumah tu.”
Hazrill
terus menghubungi Kak Sara untuk meminta bantuan. Dia turut meminta
agar Kak Sara membawa Alisya datang bersama. Hari ni dia nak jelaskan
segala-galanya pada Alisya namun dia tak akan sesekali memaksa Alisya
untuk kembali bersamanya selepas dia menerangkan segalanya.
“Malam
ni ya, Hazrill? Akak tak tahu lagilah Alisya nak ikut ke tak. Nanti
akak minta Aidil pujuk dia ikut sekali.”
“Aidil...
dia dah tahu ke pasal ni?”
“Dah,
akak dah beritahu dia.”
Hazrill
akhirnya dapat menarik nafas lega. Nampaknya dia tak perlu
menerangkan pada Aidil lagi. Mujur Kak Sara sudah beritahu suaminya
tentang hal ini. Kalau tidak entah siapa lagi yang dia perlu minta
tolong.
“Kalau
macam tu, saya tunggu dekat tempat biasa.”
“Okey,
kita jumpa malam ni. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam.”
Kak
Sara terus menghubungi suaminya sebelum menghubungi Alisya. Lepas
mendapatkan persetujuan suaminya, Kak Sara terus menghubungi Alisya.
Harap-harap Alisya bersetujulah.
“Assalamualaikum...”
“Wa’alaikumussalam,
hai Kak Sara. Ada apa call
Isya ni?”
“Malam
ni nak ajak teman akak keluar boleh? Aidil busylah.”
Alisya
yang sedang sibuk menyediakan bahan-bahan terus terhenti membuat
kerja. Terasa pelik pula bila kakaknya itu tiba-tiba mengajaknya
keluar. Tak tahu ke kakaknya yang sekarang ni dia tengah busy
siapkan tempahan orang?
“Malam
ni ke? Hurm, bolehlah. Lagipun Isya ingat nak beli barang sikitlah.
Minggu depankan nak pergi bercuti dekat kampung. Tak naklah balik
lenggang PPkangkung sahaja.”
“Okey.
Dalam pukul lapan tu siap-siaplah ya?”
“Okey,
jumpa malam ni.”
Alisya
terus mencapai mangkuk yang berisi tepung sebaik sahaja menamatkan
perbualan. Agaknya ke mana Kak Sara nak bawa dia pergi ya?
“Menung
apa tu? Kata nak buat muffin?”
Alisya
menoleh bila mendengar suara ibunya. Kenapalah ibu suka sangat buat
dia terkejut sejak akhir-akhir ni? Kalau macam nilah setiap hari,
mahu ‘jalan’ juga dia nanti.
“Tak
ada apa-apalah. Cuma fikir pasal nak buat flavour
apa...”
“Kata
nak buat chocolate
moist.
Isya okey tak?”
“Okey
sahaja, ibu. Mungkin Isya letih agaknya.”
Seperti
yang dijanjikan, malam tu Kak Sara bawa Alisya ke restaurant
makanan Jepun . Hazrill sudah siap sedia menunggu kedatangan mereka
berdua di dalam restaurant.
“Kenapa
kita datang sini? Kak Sara bukan tak suka makanan Jepun ke?”
“Nak
ubah angin apa salahnya?”
Kak
Sara terus menonong masuk ke dalam restaurant
tu meninggalkan Alisya yang masih terpinga-pinga di belakang. Apa
yang tak kena dengan kakak aku ya? Selama ni puas sudah aku paksa dia
untuk makan makanan Jepun tapi tiada satu pun usaha aku berjaya. Apa
yang membuatkan Kak Sara nak makan dekat sini ya? Dia mengidam ke?
“Ah,
layankan sahajalah.”
Kak
Sara terus melambai tangannya ke arah Alisya sebaik sahaja Alisya
melangkah masuk ke dalam restaurant tu. Wah, bukan main mesra dia
lambai aku walhal sebelum ni dia dengan selambanya tinggalkan aku
dekat luar.
“Aidil
ke tu? Kata tadi busy?”
Alisya
terus berjalan menghampiri kakaknya sambil membelek telefon. Hurm,
siapa yang mesej aku ni? Niessa rupanya. Apa yang dia nak ya?
“Kata
tadi Aidil busy...”
Alisya
terus duduk sebelum mengangkat wajahnya memandang abang iparnya itu.
Hazrill? Apa yang dia buat dekat sini?
“Apa
dia buat dekat sini?”
Kak
Sara cepat-cepat menarik tangan Alisya dan menyuruh adiknya duduk
semula. Cubalah dengar dulu penjelasan orang sebelum buat apa-apa
keputusan. Nanti dia juga yang menyesal di kemudian hari.
“Isya,
Hazrill datang nak jelaskan...”
“Tak
ada apa yang nak diperjelaskan… semua dah jelaskan? Dahlah, kalau
sebab ni Kak Sara bawa Isya dekat sini, lebih baik Isya balik
sahaja.”
Alisya
mencapai handbagnya
dan terus bangun. Buat apa nak jelaskan semua yang dah sememangnya
jelas? Kenapa mesti buat dia menangis lagi? Tak cukup ke dia
menderita selama ni?
“Alisya,
please.
Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Kalau awak dah dengar, saya
tak akan halang awak pergi lepas tu.”
Lama
Alisya merenung wajah insan yang dirindui separuh nyawa itu. Macam
mana kalau dia jadi lebih menderita lepas dia dengar semua benda yang
Hazrill nak cakap tu? Mampu ke dia nak tahan semua tu? Ditinggalkan
Hazrill dah cukup menyakitkan buat dia. Dia sampai dah tak larat nak
tempuhi semuanya.
“Cakaplah
apa yang awak nak cakap sangat tu. Saya akan dengar.”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment