Alisya
terus melabuhkan punggungnya kembali di sebelah Kak Sara. Apa benda
sebenarnya yang dia nak jelaskan pada aku agaknya?
“Jadi,
apa yang perlu kami tahu, Hazrill?”
“Sebenarnya,
Maisara dengan Doktor Nadzrin berpakat untuk perangkap saya untuk
memisahkan kita berdua. Maisara buat macam tu sebab dulu dekat
overseas,
saya pernah tolak cinta dia. Saya tak tahu kenapa Doktor Nadzrin
berpakat sama dalam hal ni sebab kami tak pernah bersemuka pun
sebelum ni.”
Alisya
hanya diam sepanjang masa Hazrill memberikan penjelasan. Ya, seperti
yang dia jangkakan… hati dia semakin sakit selepas mendengar apa
yang Hazrill mahu dia dengar.
“Perangkap?
Perangkap apa?”
“Maisara
kata kami pernah terlanjur dekat sana dan Naufal tu anak kami berdua.
Mula-mula saya langsung tak tahu nak buat apa sebab dia ugut nak
beritahu semua orang termasuklah klien saya sehinggalah Kak Sara
datang bagi jalan keluar.”
“Jadi
kamu dah buat DNAlah
ya, Hazrill?”
DNA?
Dahi Alisya terus berkerut tatkala mendengar perbualan di antara
kakaknya dan Hazril. Apa maksud Kak Sara ni? Kenapa Hazrill buat DNA
pula? Apa sebenarnya yang berlaku ni sebenarnya? Kenapa aku langsung
tak tahu apa-apa ni?
“Dah, keputusannya
pun dah ada dekat tangan saya. Ini dia.”
Alisya
hanya mendiamkan dirinya selepas melihat keputusan DNA
yang dihulrkan kepadanya tu. Negative.
Jadi itu bukan anak Hazrill? Sebab ni ke dia tinggalkan aku?
“Petang
tadi, semuanya terbongkar. Saya baru tahu yang Maisara dengan doktor
tu merupakan pasangan kekasih. Dia ada cakap yang Naufal tu dia
gunakan sebagai alat untuk pisahkan kita berdua.”
“Ya
Allah, busuknya hati mereka.”
“Kak
Sara, saya nak minta tolong boleh?”
Kak
Sara memandang Alisya yang masih lagi menunduk memandang kertas di
tangannya. Agaknya apa jenis pertolongan yang Hazrill mahukan ya? Dan
kenapa Alisya hanya diam sahaja?
“Minta
tolong apa?”
“Saya
nak bawa Naufal keluar dari rumah tu. Hanya Allah sahaja tahu
seksanya dia dekat rumah tu, kak. Saya langsung tak sangka perangai
Maisara tu seteruk ini. Budak kecil macam tu dipukul macam nak
dibunuh sahaja. Depan saya, budak tu dilayan baik sangat…kalau buat
salah, dia hanya akan menegur dengan baik. Tak sangka pula dia ni
jenis naik tangan pada budak.”
Kak
Sara dan Alisya mengucap panjang di dalam hati mereka. Ya Allah, tu
manusia ke binatang? Kejamnya wanita itu… waktu Alisya jumpa wanita
itu, dia ingat wanita itu wanita yang baik-baik sebab perwatakannya
memang menggambarkan sebegitu pada waktu itu.
“Selama
ni tak akan Hazrill tak perasan lebam-lebam ke apa dekat Naufal tu?”
“Ada
tapi Maisara kata lebam sebab jatuh. Saya dengan Naufal tu jarang
jumpa sebenarnya. Tak tahulah kenapa tapi rasanya Maisara tak nak
Naufal beritahu saya sesuatu.”
Kak
Sara hampir menangis mendengar cerita Hazrill itu manakala Alisya
pula seolah-olah tiada perasaan. Dia hanya diam tanpa mahu mengulas
apa-apa sambil merenung kertas di hadapannya. Baik Kak Sara mahu pun
Hazrill, masing-masing tak tahu apa yang difikirkan oleh Alisya
ketika ini.
“Kak
Sara rasa kita perlu bawa dia keluar dari rumah tu secepat yang
mungkin. Tak akan nak tunggu ada nyawa yang dah melayang baru nak
bertindak?”
Kak
Sara menoleh ke arah Alisya yang masih lagi menunduk memandang
lantai. Entah apa yang difikirkan oleh adiknya itu, dia sendiri tak
tahu.
“Tapi
nak buat macam mana? Maisara sentiasa pastikan rumah tu berkunci dua
puluh empat jam. Kalau saya nak jumpa Naufal, saya hanya boleh jumpa
dia depan pagar sahaja.”
“Serahkan
pada kami sahaja, Hazrill. Nanti Hazrill send
alamat rumah perempuan tu pada Kak Sara tahu?”
“Baiklah,
kak.”
Hazrill
terus memandang Alisya yang tunduk memandang lantai sejak tadi. Apa
agaknya perasaan Alisya setelah mengetahui semua ini?
“Isya?”
Setitis
demi setitis air mata Alisya mula jatuh membasahi pipi. Dia ni jahat
ke atau tak berhati perut sampai lelaki itu sanggup perlakukan dia
sebegini? Dia cepat-cepat menyeka air mata yang menitis dengan hujung
jarinya. Alisya, kau dah janji tak nak menangis lagi.
“Apa
pendapat Isya tentang hal ni? Patut ke kita buat report
polis atau apa…”
BAB LIMA BELAS
KAK
Sara terus mengalihkan pandangannya pada Alisya. Kenapa adiknya itu
senyap sahaja? Dia tak percaya ke dengan apa yang dijelaskan Hazrill
tu? Bukti apa lagi yang mereka perlu cari untuk mendapatkan
kepercayaan Alisya?
“Alisya?”
“Hurm?”
Alisya
mengalihkan pandangannya dari memandang Hazrill. Air matanya yang
menitis diseka dengan hujung jari. Dia betul-betul kecewa dengan
lelaki itu. Kenapa lelaki itu langsung tak mahu berterus terang
dengan dia dari awal lagi?
“Kenapa
senyap sahaja?”
“Tak
ada mood
nak cakap.”
Alisya
terus memandang wajah Hazrill tepat. Kenapa dia tak berterus terang
dengan aku dulu? Kenapa baru sekarang dia beritahu? Apa bezanya
beritahu dia sekarang dengan dulu? Dia bukanlah sekejam mana sampai
Hazrill tak boleh beritahu dia.
“Dah
habis cakap?”
“Hah?”
“Dah
habis cakap?”
Hazrill
mengangguk perlahan sambil memandang Kak Sara. Dia betul-betul
terkejut dengan reaksi Alisya sekarang ni. Marah ke gadis itu
padanya?
“Sekarang
ni saya lagi berganda kecewa dengan awak Hazrill. Jahat sangat ke
saya ni sampai awak tak boleh nak berterus terang dengan saya dari
dulu lagi? Awak tahu tak yang saya ni sangat-sangat menderita sebab
saya gagal lupakan awak. Setiap minit hanya awak yang saya ingat dan
hanya awak yang saya rindu. Saya dah nak gila sebab setiap pagi saya
bangun sahaja dari tidur, saya terpaksa telan kenyataan yang awak dah
tak ada dengan saya lagi. Awak kejam, Hazrill. Awak kejam buat saya
macam ni.”
“Saya
minta maaf, Alisya. Saya tak tahu.”
Alisya
menggelengkan kepalanya laju. Maaf Hazrill tak berguna untuk dia.
Maaf Hazrill tak akan dapat membasuh semua kekecewaan dia!
“Dahlah,
Hazrill. Saya dah penat. Saya ingatkan yang awak kenal saya tapi
rupanya saya silap. Awak langsung tak kenal saya seperti mana saya
kenal awak, Hazrill. Assalamualaikum.”
Alisya
terus berlalu daripada situ tanpa mahu menoleh ke belakang. Hazrill
langsung tak menghalang langkah Alisya kerana dia tak nak paksa
Alisya lagi untuk berada di sisinya. Kalau gadis itu mahu kembali
kepadanya, dia akan mengalu-alukan dengan tangan yang terbuka namun
jika sebaliknya yang berlaku, dia tak akan sesekali memaksa gadis itu
untuk kembali.
“Kenapa
tak halang dia?”
“Saya
tak nak tambah luka yang sedia ada.”
Kak
Sara terus mendengus geram. Hazrill ni kenapa? Dia yakin adiknya itu
masih cintakan Hazrill kalau tak tak adanya setiap malam dia akan
mengigau dan menyebut nama Hazrill. Kalau Hazrill biarkan Alisya
pergi sekarang, kemungkinan besar Hazrill akan kehilangan Alisya buat
selama-lamanya.
“Kalau
Rill tak kejar dia sekarang, Rill mungkin akan kehilangan dia.”
“Saya
dah lama kehilangan dia…”
Kak
Sara terus mencapai handbagnya
sebelum mengejar Alisya yang sudah jauh meninggalkan restaurant
itu. Geram betul dia dengan kedegilan Alisya dan Hazrill itu. Mahu
sahaja dia kahwinkan mereka berdua… habis cerita.
“Isya,
maafkan Rill…”
Bersambung...
sedih...
ReplyDeletesedih...
ReplyDeletethanks sudi membaca karya yg xsbrpe... jemput bce Lara Semalam ep59&60.
Delete