SEBULAN
sudah
berlalu sejak kali terakhir Alisya bertentang mata dengan Hazrill.
Hazrill dengan Alisya masing-masing dengan keegoan mereka tidak mahu
mengalah.
Ibu
dan abahlah yang paling risau sekali kerana Alisya sudah buat
keputusan untuk tidak lagi menerima cinta yang baru lagi. Semua
pinangan yang datang ditolak mentah-mentah dengan alasan dia tidak
bersedia untuk bercinta lagi.
“Kita
perlu buat sesuatu, Aidil.”
“Nak
buat apa, sayang?”
“Kita
kena juga selesaikan masalah Isya dengan Hazrill ni. Kalau tak,
masing-masing akan menyesal kemudian hari.”
Aidil
menganggukkan kepalanya perlahan. Ya, mereka perlu lakukan sesuatu…
kalau mereka buat tak tahu sahaja takut benda lain yang jadi.
“Nak
satukan Hazrill dengan Isya ke? Abah setuju.”
Kak
Sara dengan Aidil terus menoleh ke belakang bila mendengar suara abah
menyampuk perbualan mereka. Abah setuju? Ibu pula bagaimana? Ibu yang
sejak dari tadi mendiamkan diri hanya mengeluh.
“Ibu?”
“Demi
kebaikan Alisya, ibu sokong. Lagipun semua ni bukan salah Hazrill
pun. Dari dulu lagi ibu dah berkenan dengan dia. Cuma itulah, ada
sahaja yang menghalang.”
“Kita
nak buat macam mana?”
Alisya
yang sedang sibuk berbual dengan Nana dan Iskandar hanya menoleh ke
arah keluarganya yang sedang sibuk berbual di satu sudut yang lain.
Apa yang mereka bincangkan tu? Macam serious
sahaja, mungkin ada masalah. Tapi kenapa mereka langsung tak panggil
dia jika familynya
ada masalah?
“Kenapa,
Isya?”
“Tak
ada apa-apa cuma hairan apa yang mereka semua tu bualkan.”
“Mungkin
pasal company
abah awak, Alisya.”
Entah
kenapa dia tak rasa yang mereka sedang bincangkan tentang hal company
Abah. Dan dia yakin dengan apa yang dia rasakan itu.
“Mungkin.
Eh, jomlah. Kata nak keluar cari barang untuk kenduri.”
“Ha’ahlah,
sembang punya sembang terleka pula.”
“List
semua dah ada?”
Nana
hanya mengangguk sambil membelek list
barangan yang perlu dibeli. Banyak juga ni, mahu makan sehari jugalah
nak beli semua ni.
“So,
let’s go.”
Alisya
terus mencapai kunci kereta dan bernyanyi kecil sambil melangkah ke
arah kereta. Jealousnya
tengok pasangan suami isteri ni. Pintu kereta nak dibukakan… aduh,
sweetnya
mereka ni.
“Isya,
kau orang nak keluar ke? Nak ikut.”
“Kau
bukan sibuk nak ambil gambar bakal pengantin tu ke, Eqal?”
“Ala,
bolehlah bagi aku ikut. Bosanlah duduk dekat rumah sahaja.”
Alisya
memandang Iskandar dan Nana sebelum mengangguk setuju. Bagus juga
Eqal ikut mereka. Nanti bolehlah Eqal temankan dia beli barang dan
tolong angkat barang.
“Yalah,
kau drive
boleh?”
“Boleh,
asalkan aku boleh ikut.”
Alisya
terus memaut lengan sepupunya itu dengan erat tak lama lepas itu.
Yay!
Dapat berjalan dengan mamat yang gila busy
dengan life
dia hari ni. Selama ni punyalah payah nak ajak mamat ni berjalan. Ada
sahaja kerjanya walaupun selama ni niatnya balik ke Malaysia untuk
bercuti.
“Belanja
aku makan brownies
boleh? Aku teringin sangat ni. Nak buat malas pula. Please?”
Alisya
sengaja mengerdipkan matanya beberapa kali sambil membuat muka comel.
Minta-minta cairlah hati dia seperti selalu. Teringin sangat nak
makan brownies
dari semalam. Say
yes…please say yes…
“Boleh,
jom.”
“Yay!
Jom...”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment