Kak Sara dengan Aidil yang memandang kemesraan yang terjalin di antara Alisya dengan Eqal mula melakar senyuman. Mereka boleh minta tolong Eqal untuk menjayakan rancangan mereka ni.
“Jom kita pergi jumpa kakak Hazrill.”
“Jom. Abah dengan ibu nak ikut tak?”
“Ibu tak boleh nak ikutlah, sayang. Sekejap lagi ada kawan ibu nak datang. Kirim salam pada mereka ya?”
Kak Sara mengangguk faham dan terus menyalami tangan ibu bapanya. Agaknya kakak Hazrill mahu bekerjasama dengan mereka tak dalam misi ini?
“Okey, ibu. Kami pergi dulu, assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam.”KETIKA Alisya dengan Eqal sibuk memilih barangan di Giant, Alisya langsung tak sedar yang Hazrill memandang mereka dengan pandangan cemburu dari jauh. Isya dah jumpa pengganti aku ke?
“Alisya,
yang ni nak tak?”
“Sayang,
intan, payung, berlian... kan tadi dah cakap nak.”
“Oh,
ya ke? Tak dengarlah. Lagi apa ya yang nak kena beli?”
Alisya
terus bercekak pinggang sebaik sahaja tersedar yang Eqal
mempermainkan dirinya. Hisy, budak ni memang nak kena piat-piat
telinga tu. List
dah
ada dekat tangan tu nak buat apa?
“Cik
abang sayang, kan dah ada list
dekat tangan tu… kenapa tak tengok sendiri?”
Hazrill
hanya mampu memandang kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.
Dia dah jumpa pengganti aku. Semoga awak bahagia dengan dia, Alisya.
Saya tetap akan menyayangi awak buat selamanya. Selagi awak masih ada
dalam hati saya, saya tak akan berhenti untuk menyayangi awak.
“Rill,
menung apa tu? Jomlah kita balik.”
“Dah
nak balik ke, Fea?”
“Ha’ah,
nanti suami Fea sampai rumah dulu pula. Rill tahukan sepupu Rill tu
macam mana orangnya? Bila lambat balik sikit mulalah risau.”
Hazrill
tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Dia dah masak
sangat dengan perangai sepupu mereka itu. Terlalu protective.
Kadang-kadang dia sendiri pun pelik dengan sepupunya itu. Entah apa
yang dirisaukan sampai isterinya itu nak turun ke bawah untuk membeli
barang di kedai runcit pun dia tak bagi.
“Sepupu
Fea juga merangkap suami.”
“Tahu
tak apa, jomlah.”
Kebetulan
ketika Hazrill dengan Fea mahu ke kaunter, mereka berselisih dengan
Alisya dan Eqal. Berubah terus muka masing-masing sebaik sahaja
melihat pasangan masing-masing.
“Rill,
Rill kenapa ni?”
“Isya?
Yuhuu,
menung apa tu?”
“Apa
khabar, Alisya?”
“Err...
alhamdulillah, baik. Hazrill?”
Eqal
merenung wajah sepupunya pelik manakala Sofea memandang wajah Hazrill
dengan beribu persoalan. Bukankah itu gadis yang Hazrill pernah
tunjukkan gambar padanya satu masa dahulu?
“Macam
apa yang awak nampak ni.”
“Kenalkan,
ni Eqal. Eqal, ni Hazrill.”
Lama
Eqal memikirkan siapa gerangan Hazrill ni ketika tangan mereka
bertaut. Macam aku pernah dengar nama ni tapi siapa ya? Hazrill?
Hurm, tak ingatlah. Siapa sebenarnya mamat depan mereka ni? Someone
special
sampai Alisya peluk lengan aku dengan kuat?
Bersambung...
Bersambung...
nape?ciput nyerrrrrr...bestttttt................
ReplyDeletenape?ciput nyerrrrrr...bestttttt................
ReplyDelete