“Saya
Fea, sepupu Hazrill.”
Alisya
mengangguk sambil tersenyum walaupun terasa senyuman dia tu plastik.
Tak akan dia nak tayang muka masam pada Hazrilll dan sepupunya
pulakan?
“Alisya.
Kami gerak dululah ya. Fea, pleasure
to meet you.”
“Same
here,
Alisya. Jumpa lagi ya?”
Alisya
hanya menggangguk sambil tersenyum sebelum berlalu dari situ dengan
hati yang sebak. Mata, janganlah kau menangis. Aku tak nak dia
nampak.
“Isya
okey? By
the way, who’s that?”
Alisya
menggelengkan kepalanya perlahan sambil menolak trolley
ke arah kaunter. Alisya, kau tak boleh menangis lagi… antara kau
dengan dia dah tak ada apa-apa lagi. Tolonglah Alisya, kau kena
teruskan hidup kau…
“Okey
sahaja. Dia bukan siapa-siapa.”
Dahi
Eqal terus berkerut sebaik sahaja mendengar kata-kata sepupunya itu.
Bukan siapa-siapa? Kalau dia bukan siapa-siapa, kenapa mata Alisya
berkaca-kaca sekarang and
kenapa tadi sebaik sahaja mereka bertentang mata ada riak kesedihan
terpancar di mata masing-masing?
“Eqal,
awak bayarkan dulu ya? Isya nak pergi ladies
sekejap.”
Eqal
memandang wajah Alisya lama sebelum dia menganggukkan kepalanya
perlahan. Kenapa dengan Isya? Keceriaan dia terus hilang bila jumpa
lelaki tadi. Dia kenal ke lelaki tadi tu siapa?
“Okey,
apa-apa Isya call
Eqal.”
“Okey,
jumpa dekat kereta nanti.”
Alisya
terus berlalu sebaik sahaja menyerahkan kunci kereta pada Eqal. Ya
Allah, kenapa aku mesti jumpa dia dekat sini? Dia dah ada pengganti
aku ke?
“Alisya,
tak sangka jumpa awak dekat sini lagi.”
Alisya
terus menoleh sebaik sahaja mendengar nama dia disebut. Kenapa aku
mesti terjumpa sepupu Hazrill lagi dekat sini?
“Fea,
err... hai.”
“Eqal
tu boyfriend
awak ya? Nampak matang orangnya.”
Alisya
menggeleng perlahan. Sudah ramai yang tersalah anggap hubungan dia
dengan Eqal. Mereka memanglah rapat dan mesra tapi bukanlah mesra
macam pasangan kekasih.
“Dia
tu sepupu saya sahaja. Nampak sahaja muka dia matang tapi sebenarnya
dia tu lima tahun muda daripada saya.”
“Ya
ke? Mati-mati saya ingat dia tu boyfriend
awak. Hazrill pun ingat macam tu.”
Alisya
tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Memang ramai yang
salah sangka tentang hubungan mereka berdua. Tak sangka pula Hazrill
akan fikir sebegitu.
“Saya
balik dululah ya? Saya nak kejar masa ni.”
“Jumpa
lagi nanti.”
“Okey.”
Waktu
di parking
lot,
sekali lagi Alisya terserempak dengan Hazrill yang kebetulan turut
parking di sebelah kereta Eqal tu. Alisya hanya menundukkan kepalanya
ketika pandangannya dan Hazrill bertaut.
“Tak
sangka kita jumpa lagi, Alisya.”
“Isya,
kitakan dah janji nak balik awal. Nanti uncle
dengan aunty
ingat Eqal culik anak dia orang pula. Aniaya nanti.”
Alisya
menganggukkan kepalanya perlahan. Mujur Eqal ada mengingatkan dia
kalau tak pasti dia akan berdiri di situ selama sejam tanpa buat
apa-apa.
“Hurm, kami balik
dulu... Hazrill.”
“Kirim
salam pada uncle
dengan aunty.”
Hazrill
hanya memandang kereta yang dinaiki Alisya berlalu pergi. Ya Allah,
betapa sakitnya hati aku nak melepaskan Alisya pergi. Mungkin ke itu
pengganti aku? Kalau macam tu, Alisya betul-betul dah nekad untuk
melupakan dia.
“Rill,
jom.”
“Hurm.”
“Rill,
itu bukan ke gadis yang berjaya mencuri hati Rill tu? Apa dah jadi
ni?”
Hazrill
mengeluh perlahan sambil masukkan barangan yang dibeli ke dalam boot
kereta. Tak sangka kuat juga ingatan sepupunya ini. Dia pernah tunjuk
gambar Alisya sekali sahaja pada sepupunya lima tahun yang lepas.
“Rill?”
“Entahlah…”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment