Tuesday 29 December 2015

Lara Semalam Ep62

SETELAH menurunkan barangan yang dibeli dari kereta, Eqal terus meminta diri kerana mendapat panggilan kerja. Susah betul ada sepupu macam Eqal ni… nak hang out lama-lama pun payah.
Ke mana pula Eqal tu? Mummy dia ada tu dekat dalam.”
Macam biasalah, ibu. Kalau nampak muka dia tu memang beruntunglah.”
Nak sahaja ibu suruh dia kerja dengan abah kamu tu.”
Dia tak minatlah, ibu. Bukan selera dia katanya.”
Alisya terus memunggah keluar barang-barang yang dibeli dari dalam plastic. Fikir pasal Eqal hanya menambahkan sakit hati sahaja. Lebih baik dia menyibukkan diri dengan semua benda ni.
Cukup tak barang-barang ni semua?”
Hurm, cukup… nanti Isya tolong ibu masak ya makan malam nanti?”
Okey, ibu.”
Alisya terus memanjat tangga ke tingkat atas selepas siap mengemas barang-barang yang dibelinya tadi. Ya Allah, penatnyalah hari ni. Terlalu banyak yang perlu dilakukan lagi.
Ibu, tadi Isya terserempak dengan Hazrill dekat Giant. Dia kirim salam pada ibu dengan abah.”
Apa khabar dia tu? Sihat ke?”
Macam tu sahajalah dia. Isya jumpa dia sekejap sahaja.”
Ibu memandang ke arah tangga sambil mengeluh perlahan. Alisya, kenapa keras sangat hati kamu, nak? Sampai bilalah kamu nak macam ni dengan Hazrill tu? Ibu betul-betul tak suka melihat keadaan kamu dengan dia macam ni.
Ibu, menung apa tu?”
Hisyh, kamu ni Sara… suka buat ibu terkejut tahu tak?”
Maaf… ibu nak masak apa? Isya dah balik ke?”
Dah, ada dekat atas tu hah…”
Kak Sara menganggukkan kepalanya sambil mencapai buah apple di dalam bakul di atas meja. Macam mana ya nak cakap dengan ibu berita gembira ni? Nanti dululah beritahu… settlekan masalah Alisya dulu. Itu yang lebih penting sekarang ni.
Sara naik atas dulu ya? Nak pergi kacau Isya sekejap.”
Hurm, pergilah…”
Kak Sara terus melangkah menuju ke arah tangga sambil bernyanyi kecil. Agak-agak apa reaksi Alisya ya nanti bila dengar pasal hal ni? Mungkin ke dia menolak? Teruja pula dia nak tahu apa reaksi adiknya itu.


SELEPAS menghantar Sofea balik ke rumah, Hazrill terus menghabiskan masa di apartment milik kakaknya. Alisya dah ada pengganti aku. Aku pula macam mana? Perlu ke aku cari pengganti dia?
Kak Zita memandang ke arah adiknya yang sedang melangkah lemah menuju ke sofa. Keletihanlah tu sampai berjalan pun tak berdaya.
Bawa Sofea pergi beli barang dapur. Diakan dah sarat mengandung, suami dia tu mana bagi dia drive dah. Itu yang dia minta tolong Rill bawa dia pergi Giant. Rill kesian bila dia beritahu barang dapur dah habis.”
Hazrill terus merebahkan badannya di atas sofa. Letih sungguh hari ni… balik meeting terus temankan si Sofea beli barang dapur. Nak ditolak permintaan wanita itu terasa tak sampai hati pula.
Laki dia ke mana pula kali ni?”
Jordan. Hari ni baru dia balik.”
Kak Zita mengeluh perlahan. Susah betul ada suami kerja pilot macam Sofea tu. Asyik fly ke sana ke mari sahaja. Sekarang ni bila tengah sarat macam ni pun suami tetap tak ada dekat sisi. Kalau jadi apa-apakan susah? Mujurlah rumah mereka dengan rumah si Sofea tu tak jauh kalau tak entah macam manalah keadaan Sofea tu nanti.
Hurm, akak lupa nak beritahu. Akak ada jumpa seorang gadis ni, manis betul budaknya. Berkenan betul akak dengan budak tu. Baik budaknya, Rill… walaupun pernah belajar di overseas, dia langsung tak sombong. Tahu hormat orang tua… senang cerita akak memang berkenan betullah dengan dia.”
Hazrill mula menggaru kepalanya yang tak gatal. Ni yang dia tak gemar kalau balik ke mari ni. Pasti soal jodoh akan terkeluar. Sejak bila pula kakaknya berjangkit perangai dengan mertuanya ni?
Kalau akak berkenan pun kenapa?”
Akak pinangkan dia untuk Rill nak?”
Hazrill terus duduk secara mengejut bila mendengar kata-kata kakaknya. Pinangkan untuk Rill? Maksud kakak aku, dia nak pinangkan perempuan tu untuk Rill dan Rill tu bukan ke aku? Maksudnya bakal tunang akulah?!
Kak, sejak bila Rill cakap nak kahwin?”
Kak Zita yang tengah siang sayur terus menoleh bila mendengar penolakan adiknya itu. Kenapalah adiknya itu degil sangat? Dia buat semua ni sebab nak yang terbaik untuk adiknya itu. Cubalah sekali ini sahaja adiknya itu dengar cakapnya.
Apa salahnya? Lagipun Rill pun bujangkan? Akak rasa dah tiba masanya untuk Rill bertunang dan seterusnya menikah. Kalau nak harapkan Rill yang cari, tak payahlah.”
Hazrill mengeluh perlahan sambil memandang wajah kakaknya. Kakak aku ni main-main atau betul-betul serious? Dari gaya Kak Zita macam serious sahaja…
Akak, Rill tak nak.”

Bersambung...

No comments:

Post a Comment