“Akak
dah janji dengan keluarganya. Kalau Rill ikut cakap akak, Rill pasti
akan gembira.”
Hazrill
tetap menggelengkan kepalanya. Dia tak mahu mengahwini gadis yang dia
tak kenali dan tak cintai. Buat aniaya anak dara orang sahaja nanti.
Alisya masih lagi berada di tempat yang teristimewa dalam hatinya.
Macam mana dia nak terima orang lain dalam hidupnya kalau hanya
Alisya sahaja yang dimahukan?
“Rill
tak kenal dia, kak. Tolonglah, kak. Rill tak nak. Belum masanya lagi
untuk Rill kahwin.”
“Belum
masanya? Kalau bukan sekarang bila, Rill? Akak ni bukannya makin
muda. Apa salahnya kalau kamu terima dia? Nanti lepas kamu kahwin,
ada yang jaga makan pakai kamu. Hidup kamu tu tak adalah kelam kabut,
semuanya teratur.”
“Kak…
Rill tak boleh kahwin dengan dia. Macam mana kalau dia diperlakukan
secara tak adil… akak nak ke?”
“Akak
yakin Rill boleh bahagiakan dia.”
Hazrill
terus mengeluh mendengar kata-kata kakaknya. Hidup aku ni tak teratur
ke? Semuanya kucar-kacir ke? Aku rasa semuanya macam dulu juga, tak
adalah tak teratur sampai aku perlu cari orang untuk urusankan
segalanya untuk aku secepat mungkin.
“Suka
hati akaklah. Rill tahu akak nak yang terbaik untuk Rill.”
“Macam
nilah adik akak. Oh ya, Hazrill. Dekat atas tu ada kad daripada Sara
dengan Aidil. Dia suruh akak sampaikan dekat kau.”
“Kad?
Bila dia orang datang?”
“Sejam
lepas.”
Hazrill
terus bangun dan mencapai kad yang kakaknya katakan di atas meja
kopi. Kad apa ya? Kenapa Kak Sara tak call
aku sahaja?
“Apa
benda yang dia bagi tu?”
Berubah
terus wajah Hazrill sebaik sahaja membaca kad di tangannya. Ya Allah,
betul ke apa yang dia tengah baca sekarang ni? Alisya dah nak
bertunang? Nampaknya dia betul-betul dah lupakan aku.
“Kad
undangan...”
Lemah
sahaja suara Hazrill sebaik sahaja dia melihat kad jemputan itu. Ya
Allah, dugaan apa lagi yang kau berikan pada aku? Betul ke kami ni
tiada jodoh? Ya Allah, sesungguhnya aku masih lagi mengharapkan yang
kami berdua masih dapat bersama semula…
“Kad
undangan? Undangan untuk apa?”
“Alisya
nak bertunang.”
Kak
Zita menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum menoleh ke arah
adiknya yang sedang terpaku merenung kad undangan di tangannya.
Adiknya itu masih mengharapkan Alisya ke?
“Baguslah
dia nak bertunang, jumpa juga jodoh dia tu. Dia bertunang dengan
siapa? Doktor yang dulu tu ke?”
“Tak...
Alisya bertunang dengan Eqal.”
“Eqal?
Rill kenal ke siapa Eqal tu? Kawan-kawan kau orang juga ke?”
Hazrill
hanya mengeluh perlahan. Eqal, maksudnya lelaki tadi tulah bakal
tunang dia? Patutlah mesra semacam sahaja dekat Giant
tadi. Siapa pun lelaki pilihan Alisya, dia tetap akan mendoakan
kebahagiaan Alisya.
“Hazrill?”
“Hah?”
“Kenapa
ni? Kamu masih mengharapkan Alisya ke?”
Sekali
lagi Hazrill mengeluh sambil menggenggam erat kad undangan itu. Tak
salahkan andai dia masih mengharap sebab seseorang pernah berkata
padanya, hope
is a dream that
doesn’t
sleep.
Jadi tiada salahnya jika dia masih lagi mengharapkan Alisya.
“Bila
akak nak pinangkan budak tu?”
“Jadi,
Rill setujulah ni?”
Hazrill
hanya mengangguk perlahan sebelum beredar ke balkoni. Betul ke apa
yang aku buat ni? Tak menyesal ke aku lepas ni? Demi melupakan
Alisya, aku perlu buat semua ni.
“Rill
tak nak jumpa bakal tunang Rill ke?”
Hazrill
memandang ke arah kad undangan tersebut sebelum melepaskan keluhan
berat. Betul ke apa yang aku buat ni? Macam mana kalau aku tak boleh
nak bahagiakan tunang aku sendiri?
“Tak
apalah, buat masa sekarang ni Rill busy
uruskan something.
Maybe
next time. Okeylah,
Rill nak balik dulu. Nanti Rill singgah lagi.”
“Jangan
tak singgah pula lepas ni.”
Hazrill
mengangguk faham. Ke mana lagi dia nak pergi kalau bukan ke rumah
kakaknya jugakan? Dalam dunia ni dia hanya ada kakaknya dan Mika
sahaja… kalau tak ke sini… ke mana lagi dia nak pergi mengadu
nasib?
“Jangan
risaulah, kak. Rill akan singgah rumah akak ni lagi. Ke mana lagi
Rill nak menumpang kasih kalau bukan dekat kakak sendirikan?”
“Rill
tak nak tunggu Mika balik? Nanti boleh makan sekali.”
“Tak
apalah, kak…"
Bersambung...
sedih...tq...tk sabar nk tahu kisah pasnih...
ReplyDeletesedih...tq...tk sabar nk tahu kisah pasnih...
ReplyDeletejmput bce smbungan dia...
Delete