LEPAS
bersalaman dengan kakaknya, Hazrill terus beredar dari rumah tu.
Sebenarnya dia bukan ada benda penting nak dibuat pun, dia hanya mahu
menenangkan fikiran buat sementara waktu.
“Kenapalah
payah sangat untuk aku lupakan dia?”
“Hazrill!”
Hazrill
terus menoleh bila mendengar ada orang memanggil namanya. Lah,
perempuan ni lagi? Macam mana dia boleh dapat tahu keberadaan aku
dekat sini? Setahu aku, aku tak pernah beritahu rumah Kak Zita dekat
sini… dia ikut aku ke?
“Mana
kau sorokkan budak tu!!”
Dahi
Hazrill terus berkerut mendengar bahasa yang digunakan Maisara itu.
Hari ni baru terkeluar semua perangai sebenar wanita itu. Hilang
terus segala kelembutan dalam setiap bicaranya selama ini.
“Apa
yang awak merapu ni, Maisara? Budak apa? Cuba awak cakap baik-baik…
saya belum pekak lagi.”
Apa
maksud dia ni? Sorokkan apanya? Budak mana pula yang aku sorokkan?
Maisara ni betul-betul mengusutkan lagi hidup dia yang sememangnya
sudah kusut itu. Datang tak bagi salam, main terus serang sahaja.
Entah budak mana yang dicarinya, dia pun tak tahu.
“Kau
jangan buat bodoh dekat sini! Aku tanya mana budak tu?!!”
“Budak
mana ni? Boleh tak jangan terus melenting dekat sini? Budak mana yang
awak maksudkan ni?”
“Mana
Naufal? Aku tahu sebelum ni kau ada datang jumpa dia senyap-senyap.
Mana kau sorokkan budak tu?”
Hazrill
menggelengkan kepalanya beberapa kali. Maisara naik hantu sebab
kehilangan budak tu? Sesuatu yang betul-betul mengejutkan Hazrill.
“Saya
akui saya memang ada jumpa dia tapi sekejap sahaja. Saya dah lama tak
jumpa diakan? Lagipun apa salahnya saya pergi jumpa dia? Diakan anak
saya dan saya ada hak untuk datang menjenguk.”
“Masalahnya
sekarang, budak tu dah hilang! Merata tempat aku cari dia.”
“Hilang?
Apa maksud awak, hilang? Bukan rumah awak tu sentiasa berkunci ke?
Macam mana Naufal boleh hilang sedangkan awak kunci pintu tu dua
puluh empat jam?”
“Manalah
aku tahu yang budak tu nak hilang! Kalau aku tahu, baik aku cakap
dengan dia kalau nak hilang jangan jauh-jauh sangat. Jangan lupa
beritahu aku dia nak ke mana sebab nanti senang sikit aku nak cari
dia balik. Apa ke bodohnya kau ni?”
Maisara
terus mengelap mukanya menggunakan tisu. Kau paksa aku keluar
panas-panas macam ni untuk cari kau… siap kau nanti kalau aku jumpa
kau. Aku rembat kau cukup-cukup.
“Dah
report
ke? Kalau belum, jom kita pergi report.”
“Report?
Eh, tak payah. Aku paling tak suka bila polis masuk campur. Nanti
semuanya jadi lagi rumit. Lebih baik tak payah.”
Dahi
Hazrill terus berkerut sebaik sahaja mendengar penolakan Maisara itu.
Rumit? Rumit apanya kalau mereka buat laporan polis? At
least,
polis boleh tolong cari Naufal. Manalah tahu kena culik ke apa…
“Rumit
apa ke benda pula? Naufal hilang awak tahu tak? Ini bukan benda
kecil.”
“Aku
kata tak payah tu tak payahlah! Yang kau nak sangat report
polis tu buat apa?!! Kalau aku tahu, tak adanya aku datang jauh-jauh
cari kaulah!”
Maisara
terus beredar meninggalkan kawasan apartment
mewah itu. Tak guna punya jantan, semua benda aku tanya kau tak tahu.
Lepas tu, nak libatkan polis segala. Dibuatnya jumpa budak
menyusahkan ni, lepas itu dia pergi cerita semua benda dekat polis
aniayalah aku nanti!
“Aku
jumpa kau nanti, nahas kau aku kerjakan. Kalau kau nak menyorok
sekali pun, pastikan aku tak jumpa kau sebab kalau tidak mampus kau
aku kerjakan!”
Hazrill
terus menghubungi Kak Sara selepas Maisara beredar. Belum sempat
mereka mulakan rancangan mereka, Naufal dah hilang pula. Ke manalah
si kecil itu pergi agaknya? Mustahillah dia lari dari rumah pulakan?
“Hello,
assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam.
Ada apa call
akak, Hazrill?”
Alisya
terus menoleh sebaik sahaja mendengar nama Hazrill disebut-sebut.
Kenapa Hazrill call
Kak Sara? Mereka ni ada apa-apa ke? Eh, aku ni kenapa? Tak akan
dengan kakak kandung aku sendiri pun aku nak cemburu?
“Naufal
hilang. Maisara datang jumpa saya tadi beritahu yang Naufal dah
hilang.”
“Hilang?
Rill, maaflah akak terlupa pula nak beritahu. Hari tu kami dah bawa
Naufal keluar dari rumah tu.”
Bila
mendengar penjelasan Kak Sara barulah Hazrill dapat menghelakan nafas
lega. Sekurang-kurangnya Naufal berada di tangan yang betul. Risau
betul dia kalau-kalau Naufal betul-betul sudah hilang.
“Jadi
dia ada dengan akaklah. Saya risau betul bila ingatkan dia dah
hilang.”
“Maafkan
akak, okey? Akak boleh pula terlupa nak beritahu hal yang sepenting
macam ni pada Rill.”
“Sekarang
dia dekat mana?”
“Jangan
risau, Rill. Dia selamat sekarang. Akak dengan Alisya tengah cari
keluarga kandung dia sekarang ni.”
Hazrill
terus meraup wajahnya beberapa kali. Mujurlah Naufal selamat sekarang
ni. Kalaulah Naufal betul-betul hilang, tak tahulah apa yang dia nak
buat. Pasti dia akan menyesal seumur hidup dia nanti.
“Tak
apalah kalau macam tu. Apa-apa beritahu saya okey?”
“Okey.
Rill dekat mana tu?”
“Baru
nak balik rumah. Okeylah, kak. Kalau ada apa-apa, Rill beritahu okey?
Assalamualaikum.”
Kak
Sara terus menyimpan handphonenya
sebaik sahaja Hazrill memutuskan talian. Agak-agak dia dah tahu ke
yang Alisya nak bertunang ni ya? Kalau dia tahu kenapa dia tak cakap
apa-apa pun?
“Kak
Sara, menungkan apa tu? Dari tadi Isya panggil sampai nak terkeluar
anak tekak ni. Ada masalah ke?”
“Tak
adalah, tadi Hazrill call
tanya pasal Naufal. Akak terlupa nak beritahu dia hari tu.”
“Mesti
dia risau ingatkan Naufal hilang. Macam manalah Kak Sara boleh
terlupa? Kan Isya dah ingatkan dah hari tu?”
Alisya
apa lagi mulalah memberikan ceramah free
of charge
pada kakaknya di atas kelalaian kakaknya itu, hampir-hampir sahaja
menjadi kes polis. Tak pasal-pasal mereka dituduh menculik budak.
“Dah
makin berusia, nak buat macam mana.”
“Apalah
akak ni.”
Kak
Sara hanya tersenyum walaupun dia baru sahaja dimarahi adik kandung
dia sendiri. Hurm, nampaknya Alisya masih lagi sayang pada Hazrill
kalau Alisya tak sayang kenapa Alisya risaukan Hazrill pula?
Alisya
merenung wajah kakaknya pelik. Kakak aku ni dah kenapa? Kena marah
pun dia masih boleh senyum lagi? Tak sihat ke apa mak cik seorang ni?
“Kak
Sara ni dah kenapa? Kena marah pun boleh senyum lagi. Sihat ke tak?”
“Akak
sihat sahaja.”
Alisya
hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali sementara Kak Sara
mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. Apa-apa sahajalah kakak aku
ni… malas aku nak layan.
“Oh
ya, akak lupa pula. Ini Mummy
Eqal suruh bagi dekat Isya.”
Alisya
menyambut kotak yang dihulur kakaknya. Apa benda yang aunty
bagi dekat aku ni? Eqal tak ada kata apa-apa pun tadi? Sebaik sahaja
kotak kecil itu dibuka, dahinya terus berkerut. Cincin? Kenapa aunty
bagi aku cincin?
“Cincin?
Apa maksud Mummy
Eqal ni?”
“Dia
dah pinang Isya secara tak rasmi tadi depan ibu dengan abah.”
What?!!
Aunty
pinang aku? Maknanya dia nak pinangkan aku untuk anak dia?! Kak Sara
memandang adiknya dengan pandangan yang pelik. Adik aku ni dah
kenapa? Teruja sangat ke dengan cincin tu?
“Dia
pinang Isya?”
Kak
Sara hanya menganggukkan kepalanya sambil merenung skrin
handphonenya.
Apa agaknya suaminya dia tengah buat sekarang ni dekat pejabat ya?
Kenapalah waktu macam ni suaminya kena pergi ke pejabat juga?
“Ha’ah,
ibu dengan abah pun dah terima tadi. Lagipun kita bukannya tak kenal
dengan Eqal tu. Kenal sangatkan? Lagipun apa salahnya kalau terima?”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment