Ya,
memang Alisya kenal dengan Eqal. Semua pasal Eqal dia tahu dari A
sampai Z. Tapi masalahnya, dia tak cintakan Eqal. Dia tak pernah dan
tak akan cintakan Eqal. Kenapa Eqal tak pernah beritahu dia apa-apa
pasal benda ni?
“Tapi...”
“Tapi
apanya? Isya tak suka Eqal ke?”
Alisya
memandang wajah Kak Sara lama. Dia takut dia tak boleh jadi isteri
yang baik untuk Eqal. Macam mana kalau lepas dia berkahwin dengan
Eqal, dia masih tak boleh lupakan Hazrill? Suami mana yang tak marah
dan cemburu kalau isterinya fikirkan pasal lelaki lain? Eqal terlalu
baik and
tak layak diperlakukan sebegitu.
“Isya
tak cintakan dia, kak. Dari dulu sampai sekarang, Eqal hanya anggap
dia sebagai seorang adik sahaja. Lagipun dia terlalu muda untuk Isya,
kak.”
“Muda
lima tahun bukan masalah, Isya. Pasal cinta, lepas kahwin nanti boleh
belajar.”
Alisya
mengeluh perlahan memandang cincin di hadapannya itu. Apa patut aku
buat? Semua family
dah ada keputusan sepakat untuk menerima pinangan itu dan tadi
pinangan tu dah diterima secara tak rasmi. Kenapa mereka buat
keputusan tanpa bertanya dan berbincang dengan aku dulu?
“Isya
nak mandi dululah. Badan dah rasa melekit.”
Kak
Sara hanya memandang adiknya yang melangkah lemah ke dalam bilik
mandi. Salah ke keputusan yang mereka semua buat ni?
Sampai
sahaja di dalam bilik mandi, Alisya menangis semahu-mahunya di sana.
Ya Allah, aku tak cintakan dia... hanya Hazrill yang sentiasa berada
di dalam hati aku.
“Mungkin
ke ini adalah jalan yang terbaik untuk aku lupakan Hazrill dan
menerima cinta yang baru?”
Alisya
terus membuka rantai yang tergantung di lehernya. Aku perlu pulangkan
semuanya pada Hazrill kembali. Aku perlu membuka hati aku seluasnya
untuk Eqal selepas aku mengusir cinta yang sedia ada di dalam hatiku
untuk Hazrill.
“Terima
kasih Hazrill sebab ajar saya tentang cinta.”
Air
mata Alisya semakin laju membasahi pipinya sambil dia menggenggam
erat rantai di tapak tangannya. Ya Allah, kenapa beratnya hati ni
untuk melepaskan dia pergi? Apa yang sepatutnya dia buat?
SEBELUM
Alisya
melangkah keluar dari biliknya untuk ke pejabat, dia terus meletakkan
barangan pemberian Hazrill seperti seutas rantai, dua bentuk cincin,
teddy
bear
dan beberapa barangan lagi ke dalam sebuah kotak sebelum menghantar
pesanan ringkas kepada Hazrill.
Hazrill
yang sedang merehatkan diri di tepi tasik terus mencapai handphonenya
yang tiba-tiba bergetar menandakan ada pesanan ringkas masuk. Alisya?
Kenapa dia mesej aku setelah sekian lama masing-masing mendiamkan
diri?
Assalamualaikum,
Hazrill, boleh kita jumpa sekejap? Saya janji tak akan ambil banyak
masa awak. -Alisya-
Kenapa
Alisya nak jumpa aku? Mungkin dia ada hal penting nak beritahu aku.
Lepas membalas pesanan ringkas itu, Hazrill terus melangkah ke arah
keretanya.
“Kenapa
ya Alisya nak jumpa aku? Bukan ke hujung minggu ni dia bertunang?”
Setibanya
di tempat yang dijanjikan, Alisya dah setia menunggu di sana. Hurm,
sakitnya hati aku bila terpaksa terima kenyataan yang dia bakal jadi milik orang
lain. Ya Allah, aku tak mampu nak berdepan dengan dia sekarang ni.
Aku terlalu mencintai dia.
“Hazrill,
kau kena kuat. Dia bakal jadi milik orang lain dan begitu juga kau.”
Langkah
terus diatur menghampiri Alisya dengan perlahan. Dia masih tak
berubah dan nampak lebih cantik. Ya Allah, kenapa susah sangat untuk
aku lupakan dia?
“Assalamualaikum...”
“Wa’alaikumussalam...”
“Dah
lama sampai?”
Alisya
menggeleng perlahan sambil memaksa dirinya untuk tersenyum. Kalau
boleh dia tak mahu tunjuk pada Hazrill yang dia sedih dengan
pertunangan ini. Biarlah lelaki itu fikir yang dia bahagia dengan
hidupnya sekarang.
“Baru
sahaja, maaf ya saya minta awak keluar jumpa saya.”
“Tak
apa, lagipun saya memang dekat luar pun tadi.”
Alisya
dengan Hazrill masing-masing terdiam selepas itu kerana tak tahu apa
yang nak dibualkan lagi. Lidah masing-masing tiba-tiba jadi kelu
untuk berkata-kata.
“Alisya...”
“Hazrill...”
“Err,
awak cakaplah dulu.”
Alisya
mengeluh perlahan. Dia tak tahu macam mana nak cakap dengan Hazrill.
Mungkinkah Hazrill terluka dengan pertunangan yang bakal berlangsung
antara dia dengan Eqal?
“Saya
nak minta maaf.”
Hazrill
menggelengkan kepalanya perlahan. Alisya tak salah dalam hal ni…
dia yang salah dalam hal ni. Dia sepatutnya lebih percayakan Alisya
dalam hal ni… kalau tak pasti semua ini tak akan terjadi.
“Tak
perlu minta maaf, Alisya. Semua ni salah saya dan saya yang patut
minta maaf.”
“Saya
dah lama maafkan awak, Hazrill. Tiada satu pun hari dalam hidup saya,
saya salahkan awak. Sebenarnya saya minta awak datang sini sebab nak
pulangkan barang awak. Saya tak boleh simpan semua ni lagi sebab ni
bukan milik saya lagi.”
Sebaik
sahaja kotak bertukar tangan, muka Hazrill terus berubah. Semua ni
barangan yang dia beri kepada Alisya dan kini semua itu dikembalikan
semula kepadanya. Kenapa Alisya pulangkan barang yang sudah menjadi
miliknya kepada dia semula?
“Semua
ni dah jadi milik awak, Alisya. Kenapa pulangkan pada saya?”
“Hazrill,
saya tak boleh simpan semua ni lagi. Kalau saya masih simpan semua
barang ni… saya takut Eqal akan fikir lain pula.”
Walaupun
dia berat hati, Alisya tetap memaksa dirinya untuk kekal tersenyum
namun di dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Dia tak layak
menyimpan semua barang pemberian Hazrill itu. Meskipun dia terlalu
sayangkan semua barang-barang itu, dia tak boleh menyimpannya lagi.
“Tak
apalah, kalau macam tu… saya faham, Alisya.”
“Terima
kasih untuk semuanya, Hazrill.”
“Tak
usah berterima kasih pada saya, Alisya. Saya tak ada buat apa-apa pun
untuk awak selain menyakitkan hati awak dan buat awak menangis
sahaja.”
“Tak,
Hazrill. Banyak dah awak buat untuk saya. Awak buat saya lupa dendam
saya, awak buat saya kenal erti cinta yang sebenarnya, awak buat saya
bahagia... awak...”
Hazrill
hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Hanya itu sahaja yang
dia mampu lakukan untuk Alisya. Dia yakin Eqal mampu lakukan lebih
daripada apa yang dia mampu beri dan sediakan untuk Alisya.
“Saya
tahu Eqal tu seorang lelaki yang baik untuk awak, Alisya. Saya doakan
awak bahagia dengan dia. Tolong sampaikan salam saya pada dia ya?”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment