“Awak
tak datang ke hujung minggu ni?”
Hazrill
menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tak sanggup nak melihat orang
yang dia cintai akan menjadi milik orang lain. Dari dulu sehingga
sekarang… dia memang tak kuat untuk melihat gadis itu menjadi milik
orang lain.
“Tak,
Alisya. Saya tak kuat untuk hadir waktu pertunangan awak dengan dia.
Lagipun lusa saya dah nak balik semula ke sana.”
“Balik
ke sana?”
Hazrill
menganggukkan kepalanya perlahan sambil tersenyum. Ya, dia sudah buat
keputusan untuk balik ke sana semula. Dah tak ada apa lagi yang ada
untuknya di sini. Gadis yang membuatkan dia kembali semula ke sini
akan jadi milik orang lain.
“Saya
dengan Kak Zita dah ambil keputusan untuk balik semula ke sana.
Lagipun dah tak ada sebab untuk kami berada di sini…”
Alisya
menganggukkan kepalanya perlahan sambil merenung wajah Hazrill lama.
Ya Allah, macam mana dia nak berkongsi hidup dengan Eqal kalau lelaki
itu tetap di hatinya? Macam mana dia nak lupakan lelaki itu?
“Sebelum
saya pergi… boleh tak kalau saya nak tanya satu soalan?”
Hazrill
memandang wajah Alisya dengan mata yang mula berkaca-kaca. Ya Allah,
boleh ke aku terima jawapan Alisya nanti? Sesungguhnya, aku takut
keputusan yang bakal aku dengar ni akan mengecewakan aku.
“Apa
dia?”
“Awak
dengan Eqal bertunang atas kerelaan awak atau apa?”
Alisya
menarik nafas panjang sebelum berbalas pandang dengan Hazrill. Dia
tak boleh tunjuk pada lelaki itu yang pertunangan ni terjadi
disebabkan keluarganya. Kalau boleh biarlah lelaki itu fikir semua
ini berlaku di atas kemahuannya sendiri.
“Ya…
pertunangan ni atas kerelaan saya sendiri dan tak ada paksaan dari
sesiapa pun.”
Hazrill
menganggukkan kepalanya perlahan sambil memaksa dirinya untuk
tersenyum. Dia harap gadis itu akan bahagia dengan pilihannya
walaupun hati dia berat untuk melepaskan gadis itu pergi.
LEWAT
malam tu Alisya menghubungi Eqal ketika lelaki itu sedang nyenyak
tidur. Dia perlu lakukan sesuatu dan dia rasa itu adalah keputusan
yang terbaik perlu dia lakukan. Lebih baik, majlis perkahwinannya
dipercepatkan. Kalau boleh dia nak ikut Eqal tinggalkan tempat ni
secepat yang mungkin. Dia mahu tinggalkan semua yang ada di Malaysia
ini.
“Hello,
Eqal.”
“Hurm,
Isya.”
Eqal
memandang jam dinding di biliknya. Pukul dua belas empat puluh lima?
Apa yang Isya nak sampai call
lewat waktu macam ni? Dah lewat sangat kalau Isya nak share
something
dengan dia ke apa.
“Eqal
tengah tidur ke?”
“Ha’ah,
pukul dua belas lebih Isya. Isya tahukan Eqal selalu tidur pukul
sepuluh?”
Eqal
kembali memejamkan matanya sambil handphone
masih di telinga. Ada apa agaknya sampai Alisya call
dia pagi-pagi macam ni? Dia rasa mesti Alisya nak cakap benda yang
penting sebab kalau tak penting, Alisya akan mesejnya sahaja.
“Sorry
ganggu.”
“Tak
apa. Ada apa Isya? Esok nak ajak Eqal keluar jalan-jalan ke?”
“Tak...
cuma er...”
Alisya
mengeluh perlahan. Patut ke aku beritahu rancangan aku ni ke tak pada
Eqal? Tapi kalau dia cakap, Eqal akan setuju ke tak?
“Isya,
kenapa ni? Kalau ada masalah Isya boleh share
dengan Eqal. Cuma apa, Isya?”
“Eqal,
boleh tak kita kahwin hujung bulan ni?”
Mata
Eqal terus segar bugar bila mendengar Alisya mengajaknya kahwin
hujung bulan ni. Alisya ni mimpi ke apa? Boleh pula ajak dia kahwin
pada pukul dua belas empat puluh lima minit pagi.
“Hah?!!”
“Isya
rasa tak salahkan kalau kita nak cepatkan wedding
kita. Err, apa pendapat Eqal?”
“Isya
mimpi apa tadi?”
“Isya
serious
ni, Eqal.”
Eqal
terus menggarukan kepalanya yang tak gatal. Aduh, apa aku nak buat
ni? Ya Allah, macam mana semua ni boleh jadi serabut sampai macam ni?
Hujung bulan ni bukannya lama sangat. Lagi beberapa minggu lagi dah
hujung bulan.
“Isya,
are
you serious?”
“Yes.
Berapa kali Isya nak kena cakap yang Isya serious
nak kahwin dengan Eqal. Lagipun apa bezanya dengan dua tahun lagi
atau hujung bulan ni?”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment