Monday, 25 January 2016

Lara Semalam Ep67

Eqal menampar pipinya perlahan. Sakit…. aku ni tengah bermimpi ke? Alisya ajak aku kahwin hujung bulan ni? Ya Allah, ni mimpi jadi kenyataan ke apa? Tapi… kenapa Alisya nak ajak dia kahwin hujung bulan ni?
Boleh Eqal tahu kenapa Isya nak cepatkan wedding kita?”
Eqal tak setuju ke?”
Taklah, Eqal cuma terkejut... so, boleh beritahu kenapa?”
Alisya merenung cincin di jari manisnya lama sambil mengesat pipinya yang sudah basah dengan air mata itu. Reason apa yang aku nak bagi dekat Eqal ni? Tak kanlah aku nak berterus terang sahaja dengan dia yang aku ajak dia kahwin dengan aku hujung bulan ni sebab nak lupakan Hazrill?
Isya…”
Tak apalah, Isya… Eqal tahu Isya mesti ada sebab sendiri kenapa Isya nak cepatkan wedding kita. Macam ni… esok pagi Eqal akan beritahu mummy. Kalau mummy okey dengan plan ni, Eqal akan beritahu Isya secepat yang mungkin.”
Thanks, Eqal.”
Eqal sanggup buat apa sahaja untuk Isya… Isya tahukan?”
Hati Alisya menjadi semakin sebak tatkala mendengar kata-kata Eqal itu. Ya Allah, berdosanya aku. Aku dah mainkan perasaan dia. Aku pergunakan dia sebagai alat untuk melupakan Hazrill.
Eqal, Isya nak tidur dulu ya… tiba-tiba rasa mengantuk pula. Sorry ya ganggu Eqal tidur.”
It’s okay…
Lepas menamatkan perbualan, Alisya menangis teresak-esak di balkoni. Ya Allah, apa aku dah buat ni? Betul ke apa yang aku buat ni?
Maafkan Isya, Eqal…”
Kak Sara yang kebetulan lalu di hadapan pintu bilik Alisya yang sedikit terbuka itu memandang ke arah adiknya yang sedang menangis di balkoni dengan keluhan di bibirnya. Ya Allah… bilalah semua ini nak berakhir?

IBU dan abah terkejut besar ketika Alisya menyampaikan hajatnya untuk mempercepatkan tarikh kahwinnya ke hujung bulan ini. Mimpi apa agaknya Alisya malam tadi sampai nak kahwin cepat?
Isya dah fikir masak-masak?”
Dah, abah. Lagipun apa bezanya kalau buat majlis tu hujung bulan ni atau dua tahun lagi. Sama sahajakan? Tak ada beza apa-apa pun.”
Semua yang ada di meja makan itu benar-benar terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Alisya. Kenapa Alisya mahu menyegerakan perkahwinannya? Ah, kacau… Alisya memang merosakkan plan mereka sahaja.
Tapi kenapa tiba-tiba?”
Umur Isya makin bertambah, ibu… Isya ni bukan makin muda, lagipun aunty dengan Eqal pun dah bersetuju.”
Abah bertindak mendiamkan diri sambil memikirkan rancangan anaknya itu. Kalau boleh dia tak mahu Alisya terburu-buru dalam membuat keputusannya untuk menamatkan zaman bujangnya sebegini. Mendirikan masjid ni bukannya satu kerja yang senang… lagipun hidup Eqal tu masih belum stabil lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Abang, saya tak setuju…”
Abah sentiasa menyokong apa yang Isya buat. Kalau Isya fikir keputusan Isya ni terbaik buat Isya, abah setuju.”
Abah!”
Abah terus mengangkat kedua belah tangannya tanda dia tidak mahu mengulas apa-apa. Jika itu yang dimahukan Alisya, dia akan menuruti dengan hati yang terbuka asalkan anak dia bahagia.
Isya… ibu tak sokong kalau Isya nak kahwin hujung bulan ni. Isya tahu tak persiapan kahwin tu mengambil masa yang lama. Macam-macam benda nak kena buat… dulu pun kita ambil masa dekat dua tiga bulan untuk siapkan segalanya. Ibu tak nak kamu nikah gantung sahaja.”
Alisya mengeluh perlahan sambil menundukkan kepalanya memandang pinggan. Baginya tak kisahlah nikah gantung atau apa… buat benda yang wajib sahaja cukuplah. Lagi satu… kenapa mereka tak pernah nak faham sebab apa aku ambil keputusan sebegitu?
Isya, jangan buat keputusan terburu-buru.”
“Isya dah fikir masak-masak, kak. Dah berjuta kali Isya fikirkan tentang hal ini. Isya tahu apa yang terbaik buat Isya… tak boleh ke semuanya sokong keputusan Isya? Dua tahun atau hujung bulan ni bagi Isya sama sahaja. Lagipun benda macam ni lebih elok disegerakan…”
Aidil menggosok bahu isterinya perlahan sambil memohon isterinya bersabar. Mungkin dah sampai waktunya untuk Alisya menamatkan zaman bujangnya? Kalau bertanya tentang pendapat dia, dia akan menyokong apa sahaja keputusan yang Alisya buat.
“Aidil, pujuklah Isya tu jangan bagi dia buat benda gila.”
Kak Sara menggoncang bahu suaminya agar membantu dia menyedarkan Alisya. Ini bukan seperti apa yang mereka mahukan. Semua plan mereka jadi kacau bila Alisya tiba-tiba sahaja membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini.
“Sara, mungkin dah sampai masanya dia jadi isteri orang.”
No!”
Kak Sara mengeluh perlahan. Tak sangka Alisya mengambil serious tentang pertunangan tipu-tipu ini. Tak sangka lain yang dirancang, lain pula yang menjadi. Mereka ingat mereka yang nak buat kejutan untuk Alisya tapi tak sangka pula mereka yang dapat kejutan yang lebih dasyat.
“Isya, sebenarnya…”
Aidil terus menutup mulut isterinya. Dia takut untuk mengetahui penerimaan adik iparnya jika mengetahui hal yang sebenar nanti. Lebih baik gadis itu tak tahu apa-apa…
“Sebenarnya apa?”
“Tak ada apa-apa, Isya.”
“Isya harap Kak Sara hormat keputusan Isya ni…”

KAK Sara memandang ke arah Alisya yang termenung di tepi kolam renang dengan keluhan berat. Apa yang mereka rancang, lain pula jadinya. Ya Allah, apa yang patut dia buat sekarang ni. Dia rancang nak satukan Alisya dengan Hazrill tapi kenapa ini pula yang jadi?
“Sayang… ni saya ada buatkan susu untuk awak.”
Aidil terus meletakkan susu di atas meja make up. Apa yang isterinya pandang sampai khusyuk betul? Dia masuk pun isterinya langsung tak perasaan.
“Sayang?’
“Eh, bila Aidil masuk?”
“Lama dah… Sara tengok apa sampai dah tak perasan suami Sara masuk ni?”
Kak Sara tersenyum malu sambil memeluk lengan suaminya. Dia bukannya sengaja buat tak tahu pada suaminya… dia terleka. Khusyuk sangat memikirkan pasal adiknya sampai tak perasan suaminya masuk.
Sorry Aidil …”
It’s okay… ni ada susu untuk Sara. Minum sekarang, nanti kalau dah sejuk tak sedap.”
Kak Sara terus menarik mukanya. Ya Allah, loyanya dia tengok susu tu. Baru tengok dia dah loya belum lagi minum. Kalau dah minum tak tahulah pula apa yang jadi. Tak boleh ke kalau tak minum susu setiap hari?
“Aidil, kalau Sara tak payah minum susu tu boleh tak? Loyalah… Sara nak makan buah sahaja.”
No, Sara kena minum. Kalau Sara minum baru boleh saya ambilkan buah.”
“Tak apalah, Sara ambil sendiri sahajalah.”
Aidil menggelengkan kepalanya perlahan. Macam budak-budaklah isterinya ini. Tak faham betul dia dengan isterinya itu. Susu sahaja, apa yang nak ditakutkan?
“Kalau Sara minum susu ni, petang ni kita keluar shopping.”
Wajah Kak Sara terus berubah ceria sebaik sahaja mendengar kata-kata suaminya. Shopping? Dah lama dia tak pergi shopping… bolehlah dia borong barang yang dia mahukan hari ni.
“Betul ni?”

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a comment