Monday 12 November 2012

Lara Semalam 25

ALISYA terus menonong meninggalkan Hazrill di belakang. Kalau dia tertinggal sebatu jauh daripada aku pun tak apa. Tak adalah terpaksa menahan sakit hati bila dengar dia memuji awek slow dia tu. Hisyh, macam manalah aku boleh terjatuh cinta dengan lelaki macam dia ni?
Menyesal dulu tu aku tolong dia. Payah betul bila orang tak reti nak membezakan realiti dengan lakonan semata-mata. Macam manalah dia boleh ada master? Ting tong kepala aku lama-lama.
“Alisya, tunggulah!”
Aku terus mengorak langkah seribu bila Hazrill mula menghampiri. Haha, tak larat aku nak layan otak dia yang putus fius tu . Lama-lama, fius otak aku pula yang putus. Macam mana aku boleh terjatuh cinta dekat mamat ni lagi hah? Walhal dari dulu lagi aku dah tahu fius otak dia putus.
“Tak nak... wekk...”
Sebaik  sahaja tiba di hadapan bilik, Alisya cepat-cepat membuka kunci dan terus mengunci diri di dalam. Haha, dari dulu sampai sekarang Hazrill still lagi tak dapat kejar aku bila aku lari. Suka betul aku membuli dia.
“Hurm, susah betul mencintai orang dalam diam…”
“Isya, malam ni dinner sama-sama tau?”
Alisya langsung tak menyangka akan jumpa mereka di sini ketika dia dengan Hazrill mahu menuju ke café. Hurm, dah bertambah anak mereka nampaknya…  
“Isya, menungkan apa tu? Kitakan nak dinner ni...”
“Kita dinner dekat tempat lainlah...”
“Lah, kenapa? Kitakan dah nak sampai dekat depan tu sahaja.”
“Rill dinner seoranglah ya? Tiba-tiba sahaja hilang selera nak makan.”
Alisya terus melangkah menjauhi café itu. Hilang terus seleranya nak makan malam itu bila disajikan dengan drama bahagia orang yang dia benci itu.
“Hah? Alisya, kita dah nak sampai. Kenapa pula tiba-tiba tak jadi? Dah janjikan tadi?”
Bye...”
Alisya terus berjalan menyusuri pantai dengan berkaki ayam. Aku ingatkan lepas aku cintakan orang lain, perasaan marah dan dendam aku ni akan hilang tapi nampaknya tidak. Setiap kali terpandang wajah mereka, darah aku terus mendidih.
“Isya? Abang, anak kita abang... Alisya...”
Alisya terkedu bila melihat siapa yang memanggil namanya. Abah, ibu... kenapa mesti aku jumpa mereka di sini? Kenapa orang yang paling aku tak nak jumpa akan aku jumpa juga?
“Isya, maafkan ibu sayang... ibu tahu ibu salah.”
“Jangan dekat! Jangan datang dekat dengan Isya…”
Alisya terus berlari meninggalkan tempat tu dengan pipi yang sudah basah dengan air mata. Kenapa aku mesti jumpa mereka semula? Kenapa?! Kenapa bila aku nak mulakan hidup baru, aku mesti jumpa dengan mereka semula?
“Abang, Isya...”
“Biarkan... dia masih terkejut tu.”
Abah menepuk bahu isterinya perlahan, mengharapkan isterinya bersabar dengan apa yang jadi ini. Dia sendiri sudah sedia maklum penerimaan Alisya nanti bila melihat mereka di sini. Sebab itu dia tak terkejut bila Alisya lari daripada mereka.
“Tapi abang, saya betul-betul rindukan anak saya...”
“Kita pergi jumpa Hazrill dulu...”
Alisya masih lagi marah padanya. Anak kesayangannya yang ditatang bagai minyak yang penuh dari kecil masih lagi marah padanya. Anak yang tak pernah dipukul atau dijentik walaupun sekali tu sedang merajuk dengannya. Maafkan ibu, sayang. ibu tak sengaja...
“Rasanya Aidil dengan Sara dah lama tunggu kita dekat sana.”
“Berhasil ke rancangan Hazrill ni?”
“Tak tahulah. Mungkin Hazrill dapat pujuk Isya.”

“Saya harap begitulah…”

1 comment:

  1. sian nye hazrill sabar lh alisya bkn nye sengaja wat cam tu,tabah andai cinta tu luhur pasti kn bersatu...rill jodoh tu ketentuan ALLAH,andai berjodoh pasti di temu kn...

    ReplyDelete