ALISYA
tersenyum
senang bila hari ni genap empat puluh empat hari dia berpantang.
Akhirnya, berakhir juga semua kesengsaraan dia untuk makan lauk
pantang itu. Nampaknya lepas ni bolehlah dia makan makanan yang
sedap-sedap.
“Bee,hari
ni boleh tak kalau kita keluar makan? Isya teringin nak makan satay.
Please?”
“Satay?
Sayang dah habis pantang ke?”
“Dah…
officially
empat
puluh empat hari… so,
boleh
tak kita pergi makan satay
malam
ni?”
Satay?
Boleh ke aku bawa anak dengan isteri aku keluar waktu malam? Nak kena
tanya ibu ke apa ya? Tapi kalau aku tak ikutkan kehendak isteri aku
ni, mahu dia merajuk dengan aku.
“Satay?
Bee
pergi
bungkus sahajalah. Nak bawa babies
keluar
malam-malam macam ni tak eloklah…”
“Ala,
apa salahnya sesekali? Isya dah dekat dua bulan duduk dekat rumah tak
keluar ke mana-mana…”
“Kita
keluar esok sahajalah… nanti bee
bawa
Isya pergi shopping
nak?”
Alisya
sudah menarik muka ketatnya bila mendengar penolakan suaminya. Dia
bukannya minta nak shopping
dekat
overseas
pun…
dia hanya nak keluar ambil angin di rumah. Sudah terlalu lama dia
berkurung di rumah.
“Sayang…”
“Bee
tak
sayang Isyakan? Isya bukannya ajak nak ke Paris or
New
York… Isya nak keluar makan sahaja…”
Hazrill
menggaru pipinya perlahan. Bila isterinya dah merajuk ni yang payah.
Dia bukannya tak nak bawa isterinya itu keluar malam ni… masalahnya
babies
mereka
tu masih kecil.
“Yalah
kita keluar malam ni tapi Isya duduk dalam kereta sahaja. Lepas beli
satay,
kita terus balik rumah okay?”
Alisya
terus menganggukkan kepalanya laju. Tak kisahlah nak kena duduk dalam
kereta ke apa… yang penting dia boleh keluar malam ni. Rindunya nak
tengok KL waktu malam…
“Sayang…start
minggu depan sayang duduk rumah ibu boleh tak?”
“Kenapa?”
“Bee
kena
pergi Dubai sebulan… kalau boleh memang bee
nak
angkut babies
dengan
sayang sekali… tapi masalahnya sayang ada kerjaya dekat sini and
anak-anak
kita kecil lagi…”
Pergi
Dubai selama sebulan? Maksudnya aku tak boleh jumpa suami aku selama
sebulan nanti? Mereka berdua tak pernah berpisah selama itu… kalau
berpisah pun sekejap sahaja. Itu pun pergi office
sahaja.
“Bee
kena
pergi juga ke? Tak payah pergilah bee…
tak pun suruhlah orang lain ganti tempat bee…”
“Tak
boleh buat macam tulah, sayang… projek ni penting untuk company…
lagipun tak akan bee
nak
suruh Kak Zita yang pergi? Dia tu bukannya larat sangat. Pekerja
dekat office
tak
ada yang available.”
“Tapi
bee…
sebulan
tu bukannya sekejap. Tak akanlah bee
nak
tinggalkan Isya dengan babies
selama
itu? Kita tak pernah berpisah lama…”
Alisya
terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Hilang terus moodnya
nak keluar malam ni. Suaminya nak pergi tinggalkannya selama sebulan.
Isteri mana yang masih lagi okay
kalau
tahu suami dia nak tinggalkan dia selama sebulan?
“Bee
tahu
sayang tapi bee
tak
boleh nak biarkan sahaja projek tu terlepas dekat tangan orang lain.
Projek ni terlalu penting untuk bee.”
“Jadi
projek tu lebih penting dari Isya and
babies?”
“Bukan
macam tu, sayang…”
“Ikut
suka beelah…
kalau nak pergi, pergilah.”
Alisya
terus melangkah masuk ke dalam biliknya sambil mendukung si kembar
itu. Hati dia betul-betul sakit bila tahu suaminya nak pergi
tinggalkannya… projek tu lebih penting daripada dirinya dan
anak-anak mereka.
“Sayang…”
Hazrill
mengeluh perlahan bila isterinya terus menghilang di sebalik pintu
bilik tidur mereka. Ini yang payah bila Alisya merajuk dengannya.
Susah betul dapat isteri yang manja macam ni. Projek ni pun penting
dalam hidupnya, tak akan itu pun isterinya tak boleh faham?
“Suka
hatilah nak buat apa pun.”
Hazrill
terus mencapai kunci kereta dan melangkah keluar dari rumah. Dia
perlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Kalau dia duduk sahaja
dalam rumah ni, mahu sahaja perang tercetus nanti.
ADIFF
hanya memerhatikan Hazrill yang tak henti-henti mengeluh sambil
menggelengkan kepalanya perlahan. Dia ni nak ajak aku datang sini
untuk tengok dia mengeluh sahaja ke? Tak tahu ke aku tengah sibuk nak
uruskan resepsi perkahwinan?
“Rill,
cuba kau beritahu aku apa sebenarnya yang dah jadi? Dah dekat sejam
kita duduk sini dan kau tak habis-habis mengeluh. Kau ada masalah
ke?”
“Alisya…
dia merajuk pasal aku nak pergi Dubai.”
Adiff terus menepuk dahinya sedikit kesal. Dia ajak aku keluar ni sebab
isteri dia merajuk sahaja? Dah dekat sejam kot aku duduk sini tak
buat apa-apa… kalau pasal benda kecil ni, baik cakap dalam phone
sahaja.
“Dah
tu? Pergilah pujuk isteri kau tu.”
“Malaslah
aku… asyik nak kena ikut apa yang dia nak sahaja…”
“Bro,
kau
juga yang manjakan bini kau dulu… sekarang ni bila dah jadi macam
ni, redha sahajalah.”
Sekali
lagi Hazrill mengeluh sambil mengacau airnya menggunakan straw.
Salah aku ke Alisya jadi macam ni? Aku manjakan isteri aku ke selama
ni? Selama ni aku hanya nak yang terbaik untuk isteri aku…
“Macam
nilah, Rill… apa kata kau bincang baik-baik dengan Alisya. Mungkin
dia akan faham kenapa kau kena juga pergi ke sana.”
“Aku
tak tahulah, Adiff. Aku sebenarnya dah bosan dengan sikap dia yang
tak matang tu… tak akanlah semua benda aku nak kena ikut cakap dia
sahaja?”
“Bukan
kau juga ke yang rela ikut semua kata dia? Aku ni sebenarnya tak
layak nak bagi apa-apa nasihat dekat kau. Kau sendiri tahu hidup aku
dengan isteri aku tu masih lagi belum stabil. Nasihat aku, pergilah
berbincang dengan isteri kau tu.”
Hazrill
terdiam buat seketika sambil memikirkan kata-kata Adiff itu. Betul
juga apa yang Adiff cakapkan itu… apa yang dia tengah buat sekarang
ni adalah lari dari masalah. Sepatutnya dia berbincang elok-elok
dengan Alisya… bukannya keluar dengan perasaan marah macam ni.
“Jomlah
aku hantar kau balik, Adiff. Ni pun dah lewat sangat. Risau pula aku
nak tinggalkan Alisya dengan anak-anak aku dekat rumah tu…”
“Hurm,
jomlah… plastic
apa
yang kau pegang tu?”
“Ni
hah, Alisya teringin nak makan satay
malam
ni… tak sampai hati pula aku tak belikan dia. Alang-alang dah
keluar ni, aku beli sahajalah sekali.”
Adiff
menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Marah-marah pun masih lagi
belikan apa yang isteri dia nak? Nampak sangat kau terlalu sayangkan
Alisya, Hazrill.
“Kau
dengan Niessa apa cerita?”
“Aku
dengan Niessa? Okey sahaja…”
“Kau
still
izinkan
dia kerja macam dulu juga ke?”
“Kalau
boleh memang aku nak dia duduk sahaja dekat rumah tak payah buat
apa-apa tapi aku tak naklah paksa dia tinggalkan dunia dia tu.
Kerjaya dia tu nyawa dia…”
ALISYA
mengeluh
perlahan sambil mendodoikan anaknya. Waktu macam nilah anak dia buat
perangai tak nak tidur. Sabar sahajalah dia bila anak-anaknya itu
tetap juga tidak mahu tidur walaupun sudah diberi susu dan
didodoikan.
“Sayang
ibu ni kenapa? Time
ibu
dengan ayah tengah ada masalahlah kamu berdua ni nak buat perangai
ya? Tidurlah, sayang… esok ibu nak kena masuk office.
Mesti bertimbun kerja dekat office
tu…
sayang tak kesiankan ibu ke?”
Alisya
terus menoleh ke arah pintu bila mendengar pintu ditolak dari luar.
Hurm, dah balik dah ayah kamu ni. Ibu ingatkan dah lupa jalan balik
rumah sebab tu sampai tengah malam pun tak balik lagi.
“Sayang
ibu, kenapalah ayah kamu tu balik lambat ya? Pergi mana tak bercakap
dengan kita. Dia tak tahu ke ibu kamu ni risau?”
Hazrill
yang baru sahaja mencapai towel
untuk
membersihkan badannya hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
Comel pula isteri aku ni merajuk dan marah. Dia boleh sahaja cakap
straight
pada
aku tapi dia gunakan anak mereka sebagai orang tengah pula.
“Anak-anak
ayah… ayah ni bukan sengaja nak balik lambat. Ayah belikan satay
untuk
ibu kamu tu, Tadi beria betul ibu kamu nak keluar nak makan satay,”
Alisya
terus menarik muka geram bila mendengar jawapan suaminya itu. Yalah
pergi beli satay.
Entah
perempuan mana yang dia jumpa dekat luar tadi dia cakap keluar beli
satay
untuk
aku. Alasan sahaja semua tu.
“Apa,
sayang? Satay?
Ya
ke ayah kamu tu keluar beli satay
untuk
ibu? Entah siapa ayah kamu jumpa tadi dekat luar… dia jadikan satay
tu
sebagai alasan sahaja tu…”
“Anak
ayah, beritahu dekat ibu kamu tu… tak payah nak risau sangatlah.
Tak ada sesiapa pun yang nakkan ayah ni kecuali ibu kamu tu. Rasanya
kalau ibu kamu tu tak nak kahwin dengan ayah, sampai sekarang ni ayah
kamu ni jadi bujang terlajak.”
“Sayang,
cakap dengan ayah kamu tu… ibu sikit pun tak percayakan apa yang
ayah kamu cakapkan tu. Bukannya ibu tak tahu dia pun fans
dekat
luar sana tu bersusun tunggu giliran nakkan ayah kamu tu. Siapalah
ibu ni kalau nak dibandingkan dengan mereka semua tu, sayang?”
“Fans?
Siapalah yang buta nak jadi fans
ayah
tu? Bagi ayahkan, ibu kamu tu cukup sempurna sebagai seorang isteri…
cukuplah dengan ibu kamu. Ayah dah tak pandang orang lain dah.”
Alisya
mencebik sambil mendodoikan anak-anaknya. Kononlah tak pandang orang
lain. Hari tu bukan main berpeluk-peluk dengan Maisara waktu dekat
office
tu
apa? Alasan sahaja semua tu.
“Babies,
tak
payahlah layan cakap ayah tu… ayah tu cakap macam tu sebab nak
sedapkan hati ibu sahaja… daripada layan cakap ayah kamu tu, lebih
baik kita tidur. Esok ibu nak masuk office.
Babies tak
kesiankan ibu ke?”
Hazrill
terus melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan
badannya. Isterinya dah nak masuk kerja ke esok? Ingatkan isterinya
tu nak bercuti lama sedikit. Macam mana ya cara nak memujuk isterinya
itu ya? Isteri dan anak-anaknya sangat penting dalam hidupnya…
projek dekat Dubai pun penting juga. Apa yang patut aku buat ya?
Kedua-duanya sama penting dalam hidup aku. Kalau aku terlepas projek
tu, apa aku nak bagi anak bini aku makan?
“Patut
ke aku pergi Dubai tu? Memanglah kalau aku tak pergi anak isteri aku
tak mati kelaparan. Hisy, kusutlah macam ni.”
Sampai
ke tengah malamnya Hazrill tak dapat melelapkan matanya. Isterinya
yang tidur di sebelahnya dipandang dengan penuh kasih sayang. Apa
yang patut aku buat ya? Patut ke aku biarkan projek tu terlepas dekat
tangan orang lain?
Masalahnya
aku nak dapatkan projek tu sebab aku nak tunjukkan pada Alisya yang
aku mampu untuk bagi dia hidup senang nanti. Sampai bila mereka nak
tinggal dekat rumah teres dua tingkat hadiah daripada Kak Zita ni…
kalau boleh aku nak bina sebuah vila di atas bukit untuk dia. Aku nak
bagi dia hidup senang and
tak
payah susah-susah kerja dekat company
abah
tu lagi.
“Sayang…
bee
minta
maaf ya? Bee
bukannya
nak pergi Dubai tu sebab saja-saja. Bee
kena
pergi sana untuk dapatkan projek tu untuk sayang. Bee
nak
sayang hidup senang nanti. Kalau boleh bee
tak
naklah sayang susah-susah kerja dekat company
abah
tu. Bee
nak
sayang duduk dekat rumah jaga anak-anak kita… bee
kesian
dekat sayang sebab terpaksa bekerja. Bee
yang
sepatutnya kerja cari nafkah untuk sayang dengan anak-anak.”
Alisya
yang sejak dari tadi terjaga terus bangun dan memeluk suaminya dengan
mata yang berkaca-kaca. Ya Allah, dia ingatkan suaminya memang
sengaja nak pergi Dubai dan tinggalkan dia.
“Sayang?
Kenapa tak tidur lagi ni?”
“Bee,
Isya
minta maaf. Isya ingat bee
sengaja
nak tinggalkan Isya dekat sini… Isya tak tahu bee.”
“Dah,
dah… jangan menangis lagi. Bee
tak
salahkan sayang.”
“Bee…
Isya
tak kisah kalau Isya kena kerja sampai bila-bila pun. Apa salahnya
kalau Isya tolong bee?
Isya tak kisah, bee…”
Hazrill
menepuk-nepuk belakang isterinya perlahan. Dia tahu isterinya tak
kisah tapi masalahnya telinga dia ni tak tahan dengar keluarga dia
mengata dia bila tahu isterinya itu bekerja. Lagi menyakitkan telinga
dia bila keluarganya mengata pasal mereka tinggal di rumah teres
sahaja.
“Sayang,
bee
nak
buktikan pada semua yang bee
boleh
bagi kesenangan pada sayang. Sebulan tu sekejap sahaja…”
“Bee
janji
dengan Isya yang bee
akan
sentiasa call
Isya...
setiap
masa bee
akan
inform
dekat
Isya…”
“Bee
janji,
sayang.”
Alisya
terus mengemaskan lagi pelukannya. Ya Allah, macam mana aku nak
teruskan hidup selama sebulan suami aku pergi Dubai? Mampu ke aku nak
teruskan hidup tanpa dia di sisi aku? Kami tak pernah berpisah macam
ni selepas kahwin… kalau dulu pun aku macam orang tak betul tak
jumpa dia…
“Nanti
kalau Isya ada masa… Isya akan lawat bee
dekat
sana.”
HARI
ni
Alisya sanggup ambil cuti untuk menjemput suaminya di KLIA. Ya Allah,
rindu betul dia pada sang suami yang dah sebulan tinggal di Dubai.
Macam mana agaknya rupa suaminya itu ya? Masih kacak macam dulu atau
sudah kurus sedikit? Tak kisahlah macam mana sekali pun keadaan
suaminya itu… yang penting dia terlalu rindukan suaminya dan tak
sabar nak tunggu suaminya itu.
“Tahulah
teruja nak tunggu Hazrill balik… cubalah Isya duduk sekejap. Pening
kepala Kak Sara tengok Isya dok ke hulu ke hilir macam cacing
kepanasan sahaja.”
“Isya
tak sabar nak jumpa Hazrill. Rindu gila dekat dia, Kak Sara…
sebulan kot Isya tak jumpa dia. Isya nak ke sana sekejaplah, kak…
nak beli air. Kak Sara tolong tengokkan budak-budak ni sekejap ya?”
“Hurm,
belikan akak fresh
orange ya?”
Alisya
menganggukkan kepalanya sambil berjalan menuju ke kedai-kedai yang
ada di situ. Kenapa lambat sangat suami aku ni? Semalam dia cakap
dalam pukul sebelas dia sampai KLIA tapi kenapa tak sampai-sampai
lagi ni? Dah dekat pukul dua belas dah ni.
“Isya?
Hey,
tak
sangka boleh jumpa you
dekat
sini…”
“Niessa?
Hey,
you buat
apa dekat sini?”
Alisya
terus memeluk sahabatnya itu setelah hampir dua bulan tak berjumpa.
Entah ke mana pula kali ni dia sendiri pun tak tahu. Sahabatnya itu
terlalu sibuk dengan show
sana
sini… sampai nak kumpul macam dulu pun punyalah susah.
“I
baru
balik dari Hong Kong… you
pula
?”
“I
nak
jemput Hazrill… dia pergi Dubai. Amboi, sekarang ni jobs
makin
melimpah ruah ya? Cik abang tak bising ke you
selalu
tak ada dekat rumah?”
“Bising
tu bising jugalah tapi nak buat macam mana? Dah memang kerja I
macam
ni. Nak buat macam mana lagi? Nak berhenti? Memang I
tak
sangguplah. Eh, jomlah kita minum-minum dulu nak sementara tunggu
Hazrill sampai?”
“I
datang
dengan kakak and
babieslah.
Apa kata you
join kami?”
Niessa
memandang ke arah jam di pergelangan tangannya sambil memikirkan
sesuatu. Aku ada masa lagi tiga jam sebelum Adiff balik dari office.
Boleh
kot kalau aku join
Alisya
dengan Kak Sara sekejap.
“No
problem…
lagipun nak balik awal pun Adiff tak adalah dekat rumah. Bosan sahaja
duduk rumah seorang diri.”
Lepas
mendapatkan minuman dan makanan yang diperlukan, Alisya dan Niessa
terus berjalan menghampiri Kak Niessa yang sedang mendodoikan
anaknya. Kesian kakaknya kena jaga tiga orang budak serentak.
“Sorry
lambat…
tak apa, Isya ada bawa nanny
dari
Hong Kong ni. Auni boleh duduk dengan Aunty
Niessa.”
“Macam
mana boleh jumpa Niessa?”
“Kebetulan
mak cik seorang ni baru balik… dah terjumpa tu, Isya ajaklah lepak
sekali.”
Kak
Sara menganggukkan kepalanya sambil menyuakan botol susu pada
anaknya. Mujurlah Alisya cepat sampai, kalau tak mahu gila dia
jadinya bila tak cukup tangan jaga tiga babies
sekali
gus. Rasanya kalau lambat seminit bukan anaknya sahaja menangis,
dengan dia sekali menangis.
“Hazrill
tak keluar lagi ke?”
“Belum…
dia tak ada call
pun.
Mungkin sekejap lagi dia sampailah tu.”
Alisya
terus mengeluarkan handphone
dari
dalam handbagnya
sambil mendodoikan anak bujangnya itu. Waktu macam nilah anak ibu nak
tidurkan? Haih, manalah ayah kamu ni… dah penat dah ibu tunggu ni.
Jadi balik ke tak hari ni?
“So,
Niessa…
you
apa
cerita? Bila nak ada baby
ni?”
“Lambat
lagilah, Isya… dengan kerja tengah tak menentu ni, mana sesuai nak
ada baby
lagi…
lagipun I
dengan
Adiff tak rancang nak ada baby
dalam
masa yang terdekat ni. Mungkin setahun dua lagi kot.”
“Setahun
dua? Beb,
anak
I
dah
pandai jalan kot waktu tu… tak lambat sangat ke?”
“You
tahu
tak kalau I
ada
baby…
maybe I kena
tinggalkan dunia I…
tak sangguplah nak bayangkan waktu tu. Seriously,
I’m not ready untuk
stay
dekat
rumah jaga anak. Sangat tak sesuai untuk I
tahu
tak?”
Kak
Sara hampir mencebikkan mulutnya tatkala mendengar jawapan Niessa
itu. Dari dulu sampai sekarang dia memang tak berkenan sikit dengan
perangai Niessa yang agak diva
itu…
macam mana entah suami dia boleh tahan?
“Ikut
youlah,
Niessa. Kalau you
ada
baby
sekali
pun, you
still boleh
kerja after
bersalin…
macam I…”
“Tengoklah
macam mana… I
bukan
tak nak anak cuma tengoklah yang mana datang dulu. Kalau dibuatnya I
pregnant dalam
waktu yang terdekat ni… I
terima
sahaja tak adalah sampai I
nak
buang anak I...”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment