ALISYA
langsung tak menyangka setelah empat tahun berlalu, dia kembali
semula ke tempat yang menyimpan segala suka dan dukanya ketika
ditinggalkan Aidil di majlis perkahwinannya dulu. Kedatanganya ke
tempat ini berbeza daripada dulu kerana dahulu dia datang
berseorangan tetapi kini dia ditemani oleh keluarganya yang tercinta.
Hurm,
tenangnya duduk di sini. Rasa sayang pula nak tinggalkan tempat ini
walhal sudah tiga jam dia duduk merenung pantai. Terlupa pula dia
pada si kembar yang mungkin sedang nyenyak tidur dan si suami yang
tercinta.
“Ya Allah, sayang. Dekat sini rupanya sayang duduk. Merata tempat
tahu bee
cari sayang. Lain kali kalau nak pergi mana-mana bagilah tahu bee.
Sayangkan tengah sarat, kalau tiba-tiba bersalin dekat sini macam
mana.'
Alisya
hanya tersenyum mendengar suaminya membebel. Sejak dia mengandung
kali kedua ini, mulut suaminya macam bertih jagung, membebel dua
puluh empat jam berbeza dengan waktu dia mengandungkan si kembar itu.
kadang-kadang rasa macam nak menangis sahaja bila suaminya itu mula
membebel.
“Orang
penat membebel, dia boleh pula senyum. Sayang, dengar tak apa yang
bee
cakapkan ni?”
“Bee
nampak lainlah hari ni, makin handsome
pula Isya tengok suami Isya ni. Kenapa handsome
sangat suami Isya hari ni?”
Hazrill
terus berhenti membebel bila si isteri mula memujinya. Senyuman terus
terlakar di bibirnya bila mendengar pujian yang keluar dari mulut
Alisya. Bangga kot isteri yang puji.
“Handsome?
Bukan dari dulu ke bee
handsome?”
Makin
lebar senyumannya bila taktiknya menjadi. Dia sebenarnya sengaja nak
puji suaminya kerana dengan cara itu sahaja dapat menghentikan
bebelan suaminya yang macam mak nenek itu. Tapi rasanya kalah mak
nenek bila suaminya membebel.
“Memanglah
tapi hari ini bee
terover
handsome
dari biasa. Isya rasa terjatuh cinta dengan bee
berkali-kali hari ni. “
Hazrill
tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya itu.
Makin comel pula isterinya bila berkata sebegitu. Nampaknya tak
silaplah dia bawa isterinya datang ke sini…
“Teringat
waktu dulu-dulukan? Macam ni juga kita duduk tapi bezanya time
tu
ada Azie, Fieda dengan Niessa. Dulu yang lain semuanya masih single
lagi…
kita sahaja waktu tu tengah sibuk bercinta. Tapi sekarang
masing-masing sudah berkeluarga and
tak
ada masa dah nak ikut kita berjalankan?”
“Tak
apalah, lain kali kita plan
betul-betul…
kita ajak mereka semua join
sekali.”
Alisya
terus memaut lengan suaminya sambil tersenyum dan kembali merenung ke
arah laut melihat pelancong yang sedang seronok melakukan aktiviti
air seperti menaiki jet
ski
dan naik banana
boat.
Kalaulah bukan sebab dia dah terlalu sarat mengandung, mahu sahaja
dia melakukan semua aktiviti itu.
“Tenang
betul dekat sinikan?”
Hazrill
menganggukkan kepalanya turut bersetuju dengan kata-kata isterinya
itu sambil merenung laut yang terbentang indah di hadapan mereka itu.
Indahnya ciptaan Allah swt. Terasa sayang pula nak tinggalkan tempat
ini.
“Kalau
tak fikir Isya tengah saratkan, bee…
Isya
nak naik semua benda tu…”
“Kalau
nak naik sangat, sayang kena tunggu baby
kita
ni lahir dulu ya?”
“Promise
eh?”
“Ya,
bee
janji
tapi lepas sayang betul-betul sihatlah.”
Alisya
menganggukkan kepalanya sambil memperkemaskan lagi pautan di lengan
suaminya itu. Akanku tuntut janjimu, sayang. Aku tak kira, genap
sahaja usia anak aku ni setahun, aku nak naik semua benda alah tu…
tak nak tertinggal satu pun.
“Sayang,
jomlah kita balik… nanti si kembar tu cari pula.”
“Ha’ahlah,
terlupa pula dekat anak-anak…”
ALISYA
tersenyum sambil membetulkan lilitan tudungnya selepas solat maghrib.
Hari ini genap empat tahun usia perkahwinan dia dengan Hazrill. Dan
malam ni Hazrill akan membawanya keluar makan seperti tahun-tahun
yang sebelumnya.
“Amboi,
cantiknya anak ibu malam ni… makin berseri-seri pula ibu tengok.”
Alisya
semakin tersipu-sipu bila diusik oleh ibunya. Ibu ni sengaja nak buat
dia malu-malu kucing dekat sini. Tahulah hari ni ulang tahun
perkahwinan dia… janganlah usik sampai macam tu sekali. Seganlah.
“Ibu,
Auni dengan Haziq mana? Senyap sahaja rumah ini dari tadi. “
“Ada
tu tengah tengok tv
dengan abah kamu tu. Dia orang kalau dengan atuk dia memang terus
lupakan ibu dengan ayah dialah. “
“Biasalah
tu, ibu. “
Alisya
terus menyembur perfume
kegemarannya ke pergelangan tangan sebelum mencapai handbagnya
dia atas meja. Aduh, kenapa perut aku ni sakit semacam sahaja?Dah nak
bersalin ke aku ni? Sabar, Isya… tarik nafas, hembus… mungkin
perasaan kau sahaja kot. Perutnya segera diusap perlahan. Sayang nak
sambut ulang tahun perkahwinan ibu dengan ayah sekali ke?
“Kenapa,
Isya?”
Alisya
menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum. Ya Allah, sakitnya
perut aku ni… kenapa dengan anak aku ni? Tak akan aku dah nak
bersalin kot? Sayang, ibu nak pergi candle
light dinner dengan
ayah ni… janganlah buat ibu macam ni.
“Entahlah,
ibu. Perut ni rasa sakit sangat-sangat… ”
Alisya
mengusap perlahan perutnya dengan harapan sakitnya akan berkurangan
namun rasa sakit itu langsung tak berkurangan malah semakin bertambah
adalah. Ya Allah, anak ibu… kamu ni dah tak sabar sangat ke nak
keluar?
“Dah
nak bersalin kot. . . ibu panggilkan abah dengan Hazrill. Kita pergi
hospital sekarang.”
Alisya
terus menggelengkan kepalanya laju. Tolonglah, dia tak nak ke
hospital malam ni. Suami dia dah prepare
candle light dinner untuknya
malam ni. Sayang, sopanlah sikit… bagilah ibu peluang dinner
dengan ayah malam ni.
“Ibu
ni risau sangatlah. Mungkin belum lagi. Nanti buat penat sahajalah
kita pergi hospital.”
Ibu
terus meninggalkan Alisya dalam bilik dan memanggil suami dan
menantunya itu. Tak kisahlah lambat lagi ke apa, yang penting mereka
kena pergi hospital sekarang. Manalah tahu ada masalah pada bakal
cucunya itu ke apa. Tapi kalau ikutkan anaknya itu sudah cukup
bulankan?
“Abang…
Hazrill… kita bawa Alisya pergi hospitallah malam ni. Saya takut
dia bersalin sahaja malam ni… itu pun dah start
sakit
katanya.”
“Hospital?
Hurm, yalah… awak pergilah siap…”
“Ibu!!!”
“Ya Allah, Alisya!”
Ibu
dan Hazrill terus bergegas menuju ke arah bilik sementara abah
membawa kedua-dua cucunya untuk masuk ke dalam kereta. Cucunya yang
lagi seorang tu nampaknya dah tak sabar nak keluar…
“Ibu
sakit…”
“Tahan
ya, Isya… kita pergi hospital ya?”
Hazrill
terus mendukung isterinya bila Alisya betul-betul sudah tidak larat
untuk berjalan. Bila melihat keadaan isterinya itu yang sedang dalam
kesakitan, dia sanggup tak ada anak ramai asalkan isterinya itu tak
akan mengalami semua kesakitan ini lagi.
“Tahan
ya, sayang… kita nak pergi hospital ni.”
“Ya
Allah…”
BEBERAPA
jam
kemudian, Hazrill menggenggam erat tangan isterinya yang masih belum
sedarkan diri selepas selamat melahirkan anak mereka. Mungkin
gara-gara kesan kena bius itu yang sampai sekarang dia masih belum
sedarkan diri.
“Bilalah
sayang nak bangun ni?”
Hazrill
terus menoleh bila mendengar bunyi pintu bilik ditolak. Siapa pula
yang datang? Bila melihat wajah Eqal tersembul di sebalik pintu,
senyuman terus terlakar di bibir Hazrill. Orang jauh dah balik ni…
“Assalamualaikum,
Hazrill. “
“Haikal?
Wa’alaikumussalam. Bila kau balik sini?”
“Aku
baru sahaja sampai Malaysia. Bila dapat tahu dari mummy,
aku terus datang sini. Baby
okey?”
Hazrill
menganggukkan kepalanya laju. Sayang, bangunlah... ni sepupu
kesayangan awak ni datang melawat. Mesti sayang sukakan jumpa Haikal?
“Baby
dengan Alisya okey sahaja. Cuma Alisya sahaja belum sedarkan diri.
Mungkin sebab ubat bius rasanya.”
“Tahniahlah,
ya? Aku dengar kau dengan Alisya dapat anak kembar hari tu? Betul
ke?”
“Ha’ah,
Auni Haziqah dengan Haziq Alfi. Mungkin petang ni mereka datang ke
sini dengan abah and
ibu.”
“Wah,
seronoklah kau dengan Alisya. Ramai betul anak kau ya?”
Alisya
terbangun dari lenanya gara-gara mendengar suara orang yang sedang
bising bersembang. Suara yang satu tu, dia amat kenal sekali dan
suara yang lagi satu tu macam biasa sahaja dia dengar sebelum ini.
“Bee…”
Hazrill
terus menoleh bila mendengar suara isterinya yang masih lemah itu.
Alhamdulillah, isterinya dah sedar dah… tangan isterinya segera
digenggam dengan penuh kasih sayang.
“Sayang
dah bangun? Sayang, ni Haikal datang melawat sayang ni. “
“Hai,
beb.
You
okey?”
“Eqal?
Bila awak balik sini?”
“Baru
sahaja… by
the way,
congratslah
Alisya. Dah bertambah dah anak you.”
Alisya
menganggukkan kepalanya lemah sambil tersenyum. Sesungguhnya dia
masih lagi tak bertenaga untuk bergerak. Sekarang ni dia terasa nak
tidur sahaja. Kalau bukan sebab dia ada tetamu, dah lama dia pejamkan
matanya balik.
“Ya
Allah, terlupa pula aku. Sekejap ya?”
Haikal
terus melangkah keluar dari wad meninggalkan pasangan suami isteri
itu yang pelik melihatnya. Kenapa dengan Haikal tu and
apa yang dia terlupa?
“Kenapa
dengan Eqal tu, sayang?”
“Manalah
Isya tahu, bee
ni...”
Mata
Alisya terus membulat sebaik sahaja melihat Haikal masuk semula ke
dalam wad bersama bekas kekasih Haikal yang sedang berbadan dua.
Ceria sahaja melihat wajah Haikal ketika itu.
“Lynn?”
“Isya,
Hazrill… aku nak kenalkan, ni wife
aku.”
Dahi
Alisya terus berkerut mendengar kata-kata sepupunya itu. Wife?
Kalau
Eqal kahwin dengan Lynn… macam mana pula dengan Nuradha? Ya Allah,
kesiannya gadis muda itu…
“Kau
dah kahwin Eqal? Sampai hati kau tak jemput akukan? Main kahwin
senyap-senyap sahaja.”
Lynn
tersenyum sambil menghampiri Alisya untuk bersalam. Walaupun wajah
Lynn nampak pucat namun masih kelihatan seri orang mengandungnya.
Betuah punya Haikal, berani dia kahwin tak jemput aku.
“Tahniah,
Kak Isya.”
“Tahniah,
Lynn… dah berapa bulan dah ni?”
“Baru
lima bulan, kak.”
Hazrill
terus bangun dari duduknya untuk memberi laluan pada isteri Haikal
untuk duduk. Tak akanlah nak bersembang sambil berdiri sedangkan dia
berbadan dua.
“Sayang
bersembanglah dulu ya? Bee
pergi turun bawah sekejap belikan sayang makanan. Haikal, jomlah ikut
aku. Kalau kau duduk sini sahaja mati kutu pula kau nak sembang apa
dengan wanita-wanita ini.”
“Okey
juga. Lynn, I
ikut suami Isya sekejap ya?”
“Okey.”
Lynn
terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sebelah katil Alisya
itu. Walaupun baru sekejap dia berdiri… dah terasa letihnya. Ini
baru lima bulan belum lagi sembilan bulan. Tak tahulah macam mana
keadaan dia nanti waktu kandungannya sudah berusia sembilan bulan.
“Lynn
sihat? Bila kahwinnya? Langsung tak beritahu kami dekat sini ya?”
“Lynn
sihat, kak… maaflah tak beritahu awal pasal benda ni. Benda pun
jadi secara mengejut. Tak rancang pun sebenarnya... lagipun kami buat
majlis kecil-kecilan sahaja, kak.”
“Macam
mana Lynn dengan Eqal boleh berjumpa semula?”
“Kebetulan
hari tu Lynn join
kawan
pergi Tokyo… tak sangka pula boleh terjumpa dengan dia. Senang
cerita dah berjodoh… nak buat macam manakan?”
Alisya
menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Ya, dia setuju dengan Lynn
dalam hal ni. Kalau terpisah beribu batu pun, kalau dah jodoh… tak
akan ke manalah. Tapi kesian pula dia pada Nuradha. Agaknya apa
khabar gadis tu sekarang ni ya? Dia masih berharap pada Eqal ke?
Kalaulah gadis tu tahu Eqal dah jadi suami orang, pasti gadis tu
kecewa.
“Betul
juga tu…”
Ketika
Lynn berada di dalam toilet,
Alisya terus melontarkan soalan cepu emas mengenai Nuradha. Perempuan
sebaik Nuradha tak layak untuk disakiti.
“Eqal,
saya nak tanya awak pasal Nuradha…”
“Kenapa
dengan Adha?”
“Awak
dah beritahu dia yang awak dah kahwin?”
Eqal
mengeluh perlahan sambil menggelengkan kepalanya. Dia tak tahu macam
mana nak beritahu gadis itu… sejak gadis itu meluahkan perasaan
padanya, mereka berdua jadi tak rapat seperti dulu. Dia sering
menghindarkan diri dari gadis itu. Dia ke Tokyo pun untuk menenangkan
dirinya.
“Entah,
Isya… I
tak
tahulah nak cakap dengan dia macam mana. Dulu, lepas dia beritahu I
perasaan
dia, I
jadi
tawar hati nak terus berkawan dengan dia.”
“Kalau
awak tak suka dia, kenapa bagi dia harapan palsu? Awak buat dia
mengharap pada awak.”
“I
anggap
dia sebagai kawan sahaja… tak lebih dari tu. I
tak
pernah pun cakap pada dia yang I
sukakan
dia atau apa-apalah. Salah dia sebab dia ingat I
sukakan
dia.”
Alisya
mengeluh perlahan sambil menggelengkan kepalanya. Ah, terserahlah
pada lelaki itu. Kalau lelaki tu fikir apa yang dia buat betul
terserah. Aku dah malas nak masuk campur hal dia.
“Ikut
suka awaklah, Eqal.”
ALISYA
tersenyum
melihat anak-anaknya nyenyak tidur. Alhamdulillah, setelah beberapa
tahun aku kecewa, akhirnya aku berjaya memperoleh kebahagiaan yang
tak terhingga. Semua ini terjadi kerana adanya suami yang cukup
sempurna di sisinya untuk menjalani hari-harinya.
“Sayang,
kenapa tak tidur lagi? Dah pukul satu pagi dah ni.”
Alisya
menoleh ke arah muka pintu bila mendengar suara si suami. Seksi pula
suara suaminya itu bila bangun dari tidur. Tergoda pula pagi-pagi
buta ni dengan suara seksi suaminya itu.
“Isya
tak mengantuk lagilah, bee.”
“Sayangkan
tengah dalam pantang, janganlah tidur lewat sangat. Ni kenapa tak
pakai stoking
lagi ni?”
“Sekejap
lagi Isya pakailah. Tadi Isya pergi toilet,
tu yang Isya buka tu. Takut basah pula nanti. “
Hazrill
terus melangkah keluar dari bilik anak-anak mereka tanpa bersuara.
Eh, suami aku marah aku ke sebab tak pakai stoking
lagi? Aku bukan tak nak pakai, sekejap lagi aku pakailah. Kolam mata
Alisya terus bertakung dengan air mata. Entah mengapa, sejak
akhir-akhir ini, dia terlalu mudah untuk menangis.
“Lah,
kenapa sayang menangis ni? Bee
ada buat salah ke?”
“Isya
ingatkan bee
marahkan Isya.”
“Bee
tak marahlah, sayang. Bee
ambilkan stoking
bersih untuk Isya pakai. Sini, bee
pakaikan.”
Air
mata Alisya terus menitis gara-gara terharu yang teramat sangat
melihat suaminya yang sedang berhati-hati menyarungkan stoking
ke kakinya. Ya Allah, aku bersyukur sangat kerana kau telah
memberikan suami seperti Hazrill untuk diberi pinjam kepadaku di
dunia ini. Kehadiran suamiku ini sungguh membahagiakan diriku
sekaligus melengkapkan hidupku.
“Isya
kena sentiasa pakai stoking
tahu?Bee
tak naklah Isya sakit lepas ni.”
“Bee,
terima kasih. Isya sayang bee
sangat-sangat.”
“Dah,
jangan menangis lagi. Sayang tu tengah dalam pantangkan, ummi cakap
tak elok kalau sayang asyik menangis sahaja.”
Makin
laju air mata Alisya mengalir bila dipujuk oleh suaminya. Kenapa tak
nak berhenti menangis ni? Alisya, janganlah menangis lagi… kenapa
tak boleh berhenti lagi ni?
“Bee
pujuk makin kuat pula sayang bee
ni menangis. Comel betul sayang bee
ni… bee
jual boleh?”
Makin
kuat esakan Alisya bila mendengar kata-kata suaminya itu. Suaminya
nak jual dia? Kejamnya suami dia tu… penat-penat dia mengandungkan
anak lelaki itu, boleh pula lelaki itu nak menjualnya? Kejam sungguh!
“Waaa,
bee
jahat. Bee
tak sayang dekat Isya…”
“Hei,
siapa kata bee
tak sayang dekat Isya? Mestilah bee
sayang. Sayang sangat-sangat tahu? Dah, jangan menangis… bee
bergurau sahaja tadi.”
Hazrill
terus merangkul tubuh isterinya dengan penuh kasih sayang. Ya Allah,
dia terlalu bahagia dengan perkahwinan ini. Semoga mereka akan kekal
bahagia pada hari-hari yang mendatang. Amin.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment