TAKDIR Allah... apa kudratnya mahu melawan takdirNya? Dia nak cakap apa lagi kalau sudah tertulis sejak azali lagi yang di antara mereka memang tiada jodoh. Sakit macam mana pun hati dia ketika ini, dia tak akan sesekali menjatuhkan martabatnya sebagai seorang wanita dengan melutut merayu menagih cinta pada orang yang tidak sudi. Kuatlah wahai hati.. inshaallah satu hari nanti Allah swt akan pinjamkan seorang lelaki untuk dijadikan sebagai suami. Perancangan Allah tu kan lebih indah?
Ikhlaskan
hati, Fara. Terima ketentuan Allah dengan hati yang terbuka. Putus cinta tu
soal biasa.. doakan sahaja kebahagiaan untuk mereka. Dia pun dah selamat jadi
suami orang sekarang ni. Yakinlah Allah akan ganti kesedihan yang kau rasa
sekarang ini dengan kebahagian satu hari nanti.
"Kau
okey tak ni, Fara? Kalau kau tak okey, kita balik sahajalah. Bukannya majlis ni
tak boleh berjalan tanpa kita."
"Aku
okeylah, Ema... jangan risau pasal aku." ujar Fara sambil menepuk bahu
kembarnya perlahan.
"Aku
sebenarnya tak faham dengan kau ni. Orang dah buat macam-macam dekat kau
tapi kau masih lagi bersusah payah nak datang majlis dia. Kalau akulah
jadi kau... peduli apa aku dengan Paksu and Maksu tu. Hati and perasaan aku
lebih penting."
"Dah
tak ada jodoh, Ema... nak buat macam mana?Lagipun tak akan sebab aku dengan dia
putus, kita nak putus saudara dengan mereka pula?"
Ema
mengetap bibirnya menahan geram. Kenapalah kembar dia ni baik sangat hah?
Senang sangat nak memaafkan orang. Sepuluh tahun kot kembarnya tunggu lelaki
tak guna tu... sudahnya ini yang mereka balas?
"Hidup
ni mudah je, Ema... tak perlulah kita nak serabutkan dengan benda-benda yang
tak penting."
"Senang
betul kau maafkan dia kan? Macam-macam kau korbankan untuk dia, Fara. Kau
sanggup tak kejar cita-cita kau sebab dia tapi ini yang dia balas pada kau?
Kalau aku dekat tempat kau… tak sesenang ini aku terima apa yang diaorang buat
ni."
Fara
tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Mereka berdua ni nama sahaja kembar
tapi perangai bagai langit dengan bumi. Berbeza seratus peratus! Kalau dia
jenis yang telan sahaja apa yang jadi, Ema pula jenis yang tak akan berdiam
diri sehingga apa yang dia mahukan tercapai.
"Okey...
sekarang ni kau nak aku buat apa? Pergi melutut merayu pada dia? Rosakkan
majlis orang atau buat perangai toreh-toreh tangan aku semua tu? Kau ni terlalu
banyak tengok telenovela ni, Ema... kalau aku buat semua tu, belum tentu lagi
dia nak kembali pada aku. Aku dah cukup happy sekarang ni sebabnya aku ada
Allah, aku ada kau... mama and abah. Itu dah cukup untuk aku."
Ema
menganggukkan kepalanya perlahan. Kalau itu yang dimahukan oleh Fara, dia akan
turuti sahaja kemahuan gadis itu. Lagipun ada betulnya apa yang dikatakan
kembarnya itu. Tak akanlah sebab cinta, mereka mahu bermusuhan pula?
"Aku
doakan agar kau jumpa orang yang berjuta kali ganda lebih better dari dia. And
satu hari nanti dia akan sedar yang dia tu rugi besar tak pilih kau sebagai
isteri dia."
“Amin…
aku harap Allah makbulkan doa kau tu.”
To be continue...
No comments:
Post a Comment