SEPANJANG
majlis berlangsung, Fara hanya mempamerkan reaksi selamba sahaja seperti tiada
apa-apa yang pernah terjadi antara dia dan Ameer sebelum ini sedangkan hatinya
berkocak hebat disaat melihat lelaki itu bersanding dengan gadis pilihan hatinya
di atas pelamin. Saudara mara yang rata-ratanya tahu mengenai kisahnya yang
tidak berhenti-henti berbisik sesama sendiri tidak dipedulikan. Ema juga
mengotakan janjinya untuk sentiasa berada disisinya dan tidak buat perangai
yang bukan-bukan sepanjang mereka berada di situ.
"I
nak cakap dengan you sekejap."
"Kau
nak apa dekat sini, Ameer? Pergilah balik dekat isteri kesayangan kau tu."
"I
cakap dengan Fara bukan dengan you. You boleh diam tak?!"
Fara
terus bersuara untuk menghentikan perdebatan kecil di antara Ameer dan
kembarnya. Mereka datang sini dengan niat yang baik dan dia tak mahu
menjatuhkan air muka sesiapa di sini. Cukup-cukuplah kehadirannya ke majlis ini
sudah memberi bahan untuk mereka membawang hari ni.
"Saya
rasa lebih baik awak balik semula ke tempat awak, Ameer. Jangan memalukan diri
awak dekat sini. Kami datang hanya untuk memenuhi permintaan Paksu and Maksu.
Kami tak ada niat nak buat kecoh atau apa kalau itu yang awak risaukan. Ema,
jom kita ke sana..."
"I
belum habis cakap dengan you, Fara..."
Fara
terus bangun dan menarik tangan kembarnya. Banyak hati dan air muka yang perlu
dijaga di sini. Dia tak mahu disebabkan dia...semuanya jadi kacau. Lagipun
mulut si Ema ni bukannya boleh percaya. Takut majlis perkahwinan orang jadi
gelanggang untuk berdebat pula nanti.
"Berlagak
bagus. Macam manalah kau boleh tersuka dekat dia tu. Huh! Menyampah betul aku
dekat dia. Muka tak adalah handsome mana tapi berlagak macam dia tu
kegilaan ramai. Aku agak bini dia ‘buta’lah… nasiblah kau dah ‘celik’ kalau
tak, tak tahulah aku nak cakap macam mana."
"Ema,
bercakap tu berpada-pada sikit. Dinding dekat sini ada telinga... tak pasal
nanti timbul fitnah pula. Sudah-sudahlah bagi bahan dekat mereka nak bergossip."
"Yalah,
ustazah... kau sahajalah yang betul."
Mama dan
abah yang sedang leka berbual dengan Paksu dan Maksu segera dihampiri. Apa
lagilah yang dibualkan oleh mereka? Nak kata jarang jumpa... tiap hujung minggu
mereka akan berkumpul di rumah Maklong. Ada sahaja topik yang dibualkan mereka
tiap kali berjumpa. Tak bosan ke mereka pusing-pusing asyik jumpa muka yang
sama.
"Dah
makan dah anak-anak dara Paksu ni?"
"Dah,
Paksu... si Ema ni siap makan sampai bertambah. Macamlah Paksu tak kenal dengan
perangai Ema yang kuat makan ni." usik Fara sambil menolak bahu kembarnya.
"Eh,
tolong sikit ya? Dia yang makan macam nak habiskan semua makanan yang ada cakap
orang pula. Ema siap kena ingatkan banyak kali supaya ingat dekat orang
belakang."
Paksu
tergelak kecil melihat telatah kembar di hadapannya itu. Walaupun masing-masing
dah besar panjang tapi perangai masih tak berubah lagi. Masih lagi
keanak-anakan. Wajah Fara yang sedang ketawakan kembarnya dipandang lama. Kalau
ikutkan hati tuanya, dia mahu menjadikan gadis muda itu sebagai menantunya. Dia
berkenan betul dengan anak saudaranya itu namun apakan daya... kita hanya mampu
merancang tapi Tuhan yang menentukan.
"Terima
kasih sebab sudi datang, Fara."
"Paksu
ni... tak akanlah kami tak datang wedding cousin sendiri. Fara dengan Ema kan
dah janji nak datang... tak akanlah kami nak mungkir janji pula?"
Mama
tersenyum sambil memeluk bahu anak-anak daranya. Dia betul-betul bangga dengan
mereka. Alhamdulillah, mereka tak salah dalam mendidik anak-anak mereka selama
ini. Fara dan Ema bukan sahaja sudah berjaya dalam kehidupan masing-masing,
mereka berdua juga tak pernah merungsingkan hati tuanya.
"Amboi
anak-anak mama ni. Kalau dah jumpa paksu dia... terus lupa dekat mama dengan
abah ya? Ni yang mama rasa jealous tiba-tiba ni."
"Mana
ada lupa…mama dengan abah tetap nombor satu dalam hidup kami selepas
Allah."
"Yalah
tu... macamlah mama tak tahu kalau boleh kamu berdua ni langsung tak nak
berenggang dengan paksu dia tu."
"Kami
ni tak ada anak perempuan, Reen. Dekat budak berdua ni sahajalah tempat kami
nak menumpang kasih." Maksu yang sedang berbual dengan abah terus mencelah
tatkala mendengar kata-kata birasnya. Kalau tiada si kembar itu, tak merasalah
mereka peluang nak ada anak perempuan.
"Lepas
ni Maksu dah ada geng untuk temankan Maksu kalau kami berdua tak ada."
"Anak
dengan menantu lain..."
"Apa
yang lainnya? Dua-dua anak jugakan? Lega hati Ema dengan Fara sebab lepas ni Durrah
bolehlah tengok-tengokkan Maksu dengan Paksu untuk kami. Tak adalah kami risau
lepas ni bila ada yang boleh jagakan Maksu dengan Paksu."
Fara
menganggukkan kepalanya menyetujui kata-kata Ema. Kalau mereka tak ada lepas
ni, tak adalah maksu kebosanan lagi dekat rumah kalau paksu kerja. Ada juga
kawan maksu nak borak lepas ni.
“Maksu
harap lepas ni Fara dengan Ema jangan serik pula datang rumah kami. Maksu tak
naklah sebab Durrah, kamu tak nak datang rumah dah.”
“Kenapa Maksu cakap macam ni? Tak kanlah kami nak buang Maksu dengan Paksu lepas ni?
Kitakan keluarga… kalau kami tak boleh nak datang jumpa Maksu dengan Paksu
setiap hari macam dulu, kita masih boleh jumpa tiap hujung minggukan?”
LEWAT
petang itu Ameer menghampiri Fara ketika gadis itu sedang sibuk membantu
mengemas di dapur ketika semua sanak saudaranya yang lain sedang mengemas di
luar rumah. Ini sahaja peluang dia untuk bercakap dengan gadis itu tanpa
gangguan orang lain. Bukan dia tak ada hubungi gadis itu, namun gadis itu sudah
menyekat nombor telefonnya.
"Fara...I
nak cakap something dengan you sekejap."
"Saya
tengah busy sekarang ni."
"Fara,
I nak cakap tentang kita..." ujar Ameer sambil menarik tangan Fara yang
sedang sibuk mengelap pinggan mangkuk.
Fara
cepat-cepat menarik semula tangannya yang dipegang oleh Ameer. Sudah gila ke
lelaki itu sesuka hati memegang tangannya? Kalau saudara mara mereka nampak
atau kalau Durrah nampak macam mana? Dia tak mahu menimbulkan apa-apa masalah
di antara mereka.
"Antara
awak dengan saya dah tak ada apa-apa yang nak dibincangkan. Saya harap benda
macam ni tak akan berlaku lagi."
"Fara,
dah siap kemas ke? Mama dengan Abah dah ajak balik... kau? Kau buat apa dekat
sini? Mana isteri kesayangan kau tu? Buat apa kau cari Fara lagi?" Ema
terus bercekak pinggang tatkala melihat Ameer turut berada di dapur.Mamat ini
kan… pantang sahaja nampak Fara seorang diri, laju sahaja nak mengendeng. Dasar
lelaki gatal! Bini dekat luar pun sempat lagi nak buat kerja.
"Ema,
ni antara I dengan Fara. You boleh tak jangan masuk campur."
“Sayang,
merata I cari you. You borak apa ni sampai dekat luar I boleh dengar suara you
all.”
Ameer
meraup mukanya kesal. Lagi satu gangguan datang. Kenapa susah sangat dia nak
berbincang dengan Fara tanpa gangguan sesiapa pun? Ada sahaja manusia-manusia
yang datang mengganggu.
"Tak
ada apa-apa, sayang. I cuma borak kosong dengan cousin I ni… you ingat
lagi tak ni Ema dengan Fara.”
Muka
Durrah terus berubah bila mendengar nama Fara yang meluncur keluar dari mulut
suaminya. Oh, inilah perempuan yang hangat diperkatakan dari hari pernikahan
dia tu? Hurm, bukannya cantik sangat pun. Apa yang dia buat dekat sini? Siapa
yang jemput perempuan tu datang ke majlisnya.
“Oh, I tak
berapa ingatlah. Ramai sangat tetamu yang datangkan sampai tak cukup tangan nak
melayan. Sayang, jomlah teman I dekat depan. Mummy and daddy dah nak
balik tu.” Durrah terus menarik tangan suaminya keluar dari dapur tanpa menyapa
cousin suaminya itu.
“Eh,
bagusnya perangai perempuan tu. Memang elok sangatlah jadi bini mamat perasan
bagus tu. Sesuai sangat! Seorang perasan handsome dan bajet bagus…
seorang lagi hidung tinggi ke langit and langsung tak ada manners.
Bagus sangat. Harapnya kekallah sampai ke sudah.”
“Ema…”
“What?Betullah
aku cakap… perempuan tu memang tak ada adab langsung.”
To be continue...
No comments:
Post a Comment