PEJAM
celik sudah setahun berlalu tanpa disedari. Rasa macam baru semalam dia
menghadiri majlis Ameer. Hari ini dia dikejutkan dengan berita yang lelaki itu
bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi. Alhamdulillah, bertambah ahli
keluarga mereka selepas ini. Dia tumpang gembira dengan kebahagian lelaki itu.
Tercapai sudah hasrat Paksu dan Maksu untuk menimang cucu.
"Alhamdulillah,
tahniah. Durrahnya okey ke?"
"Alhamdulillah,
dia okey sahaja..tak ada mabuk apa. Kamu macam mana sekarang, Fara? Tak ada good
news nak share dengan kami ke?"
"Maksu
nak dengar cerita pasal apa? Macam-macam Fara boleh cerita pada maksu."
"Fara
masih tak jumpa pengganti Meer ke? Maksu risaukan kamu sebenarnya. Ema tak lama
lagi nak jadi isteri orang. Ameer pula tak lama lagi nak jadi ayah. Kamu tu tak
kanlah nak membujang sampai ke tua? Atau... kamu masih mengharap pada
Ameer?"
Berubah
terus wajah Fara tatkala mendengar kata-kata maksu itu. Senyuman di bibirnya
turut mati. Maksu ni kenapa tiba-tiba buka kisah lama? Risau yang dia akan
merosakkan kebahagian anak bujangnya itu ke? Ah, Fara... jangan berprasangka
buruk. Mama dengan abah tak ajar kau jadi macam ni.
"Ya
Allah, Maksu ni… apa cakap macam tu? Tak kanlah Fara nak mengharap dekat suami
orang. Nasib baiklah Durrah tak ada, kalau dia dengar… boleh jadi salah faham
nanti.”
“Kalau
kamu tak mengharap lagi pada Meer, kenapa kamu tak cari pengganti dia?”
“Maksu,
Meer tu cousin Fara sahaja… tak lebih dari tu. Kita dah janjikan tak nak
ungkit hal lama? Untuk soalan Maksu tu…Fara busy sikit. Tu yang tak
sempat lagi nak cari bakal jodoh. Maksu tahukan Fara dah sambung study semula?”
Maksu
memegang tangan anak buah kesayangannya itu dengan penuh pengharapan. Kalau
boleh dia nak gadis itu pun bahagia sama seperti kembarnya. Sampai bila gadis
itu mahu bersendirian?
“Maksu
carikan calon nak? Kawan Meer ada yang single and available tau?”
“Tak
payah susah-susah, Maksu. Fara boleh cari sendiri. Nanti kalau Fara perlukan
bantuan Maksu, Fara beritahu Maksu okey? Buat masa ni Fara nak fokus dekat
beberapa hal yang penting dulu. Inshaallah, satu hari nanti Fara akan kahwin
juga tapi bukan sekarang.”
"Maksu
ni bukannya apa, Fara... Ameer dah bahagia dengan Durrah. Ema pula tak lama lagi
dah nak jadi isteri orang.Kalau boleh Maksu nak tengok Fara bahagia juga
walaupun bukan dengan Meer. Fara fahamkan?"
Fara
menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Loud and clear,Maksu… Apalah
masalah Maksu ni agaknya? Dah tak ada kerja ke sampai nak jadi matchmaker untuk
aku? Nak kata aku ni dah 30-an… aku baru dua puluh tujuh tahun. Masih awal lagi
kalau nak tergesa-gesa kahwin.
“Malam
esok Fara dengan Ema jangan lupa datang kenduri doa selamat tu tau? Maksu
tunggu kamu berdua datang.”
“Inshaallah,
Maksu. Nanti Fara sampaikan pada Ema tentang kenduri tu.”
“Jangan
lupa tau?”
“Ya,
Maksu. Kalau tak ada apa-apa kami akan datang.”
“ARE you
of your mind, Fara??!” Fara terus menekup kedua belah telinganya tatkala
mendengar suara Ema yang dah serupa dengan bunyi petir itu. Risau tak sempat
umur tiga puluh dia dah pekak gara-gara Ema. Macam manalah Redza boleh tahan
dengan minah petir ni hah?
“Cukup-cukuplah
kita terpaksa pergi kenduri kahwin dia tu. Tak kanlah dia mengandung pun kita
kena hadap juga? Nur Fara Shahila, kau sedar tak si Durrah tu bukannya suka
kita datang. Kenapa kau pandai-pandai nak pergi juga majlis dia tu?!”
“Ema,
Maksu datang dari jauh semata-mata nak undang kita ke majlis tu. Tak kanlah aku
nak cakap no dekat dia. Kau tahukan aku tak boleh bila melibatkan Maksu
dengan Paksu.”
“Lepas
ni majlis apa pula yang kita nak kena pergi hah? First time anak dia
buang air nanti pun nak kita ada ke? Jangan mengarut boleh tak?”
“Ema…”
“Aku tak
nak pergi. Banyak lagi kerja yang berfaedah boleh aku buat dari pergi majlis
dia tu.”
Aduh,
siapa yang nak teman dia ke majlis tu? Kalau boleh dia tak naklah pergi seorang
diri. Memang tempah mautlah kalau dia pergi sendiri. Kenapalah susah sangat dia
nak cakap tak pada Maksu? Kenapalah mulut ni pandai sangat berjanji?
“Ema,
tolonglah aku…”
“Nope…kali
ni aku tak akan termakan dengan pujuk rayu kau. Dengar cakap aku, Fara…tak
payah pergi. Ingat tak betapa sedihnya kau lepas balik dari wedding mereka
dulu? Si Durrah tu layan kau macam mana?”
“Tapi…”
“Please,
Fara… jangan biar mereka pijak maruah dan harga diri kau. Aku tak nak
tengok kau down macam dulu lagi. Bukan senang kau nak bangun balik, Fara…Ingat
janji kau pada aku dulu…”
Ada
betulnya apa yang dikatakan oleh Ema itu. Bukan senang dia nak bangkit semula
setelah apa yang terjadi antara dia dengan Durrah dulu. Pertuduhan demi
pertuduhan dilemparkan kepadanya namun tiada satu pun dipertahankan oleh Ameer.
Lelaki itu hanya berdiri kaku sahaja tanpa menjelaskan hal yang sebenar.
“Baik
kau ikut aku pergi Pangkor esok. Selain kau temankan aku, kau boleh relaxkan
otak kau dekat sana.”
“Pangkor?
Tapi kenduri tu…”
“Ya
Allah, Fara… kau masih lagi fikir pasal majlis diaorang tu? Sekarang ni kau
pergi kemas barang-barang kau… kau kena ikut aku pergi Pangkor. Titik. Soal
Maksu tu pandailah aku nak jawab apa nanti.”
To be continue...
No comments:
Post a Comment